kau kata itu ku kata ini
cuba mengelak dari memberi
sebenar kata aku menipu diri
cuma berlari dari perasaan hati
bukan niatku membeban diri mu
menutup cintaku dari minda mu
memendam rasaku dari hati mu
membuang kasihku pada perilaku mu
tetapi aku perlu sendiri
kerana hikayat ini tentang diriku
yg perlu berdiri tegap berdikari
mengubah haluan mengukuh tingkah laku
maafkan aku kata ku mampu
melagu lafaz dari kejauhan
kerana jika kita saling bertemu
tentukan pasti aku tertawan
dan benar sebenar ikhlasnya
tutur laku mu cukup bermakna buatku
semua indah dan manis belaka
tetapi kita tak mungkin kan satu..
5 comments:
Errrr... dalamnya puisi ni.. ni puisi ker?? Abg Bear kurang penghayatan lah.. sekarang tengah mood hip hop!!!
hahahaha....ni puisi..kot. keh3..tak apa, nanti bila abg bear tengah dalam mood balada atau sentimental, cuba lagi..keh3
erkk lagu ke syair ni hehe
happy weekend to you!!
alan: keh3...itu suka..nk lagu boleh, syair boleh...gurincam pon bleyyy..hihi
axim: hahaha...epi weekend to u too bro!!
Post a Comment