Monday, March 23, 2009

Ku kiNi teRbanG

Salam kepada semua pembaca yang aku sayangi...

Sebelum aku mulakan bicara entry kali ni, izinkan aku melakukan sesuatu jap ek...pek..pek!! pekk!! wooshh...!! woshh!! beam beam beam!!!

Fuh...akhirnya, segala sawang, kurap dan kulat blog ini telah dibersihkan..hahahaha..

Wokeh, berbalik kepada entry kali ni, dengan rasa syukur aku nak bagitau kat para pembaca yang aku telah pun diterima bagi jawatan pegawai pendidikan pengajian tinggi. Alhamdulillah..

Secara tulisnya, aku akan menjadi pensyarah di politeknik kulim bermula 24 mac ini. Tapi aku berjaya membuat penangguhan seminggu untuk menyelesaikan segala perkara termasuk perletakan jawatan GSTT aku.

Sangat-sangat bersyukur...Alhamdulillah...Allahuakbar!! Setakat ini memang ini yang aku impikan..berharap sangat aku akan dapat melakukan yang terbaik kat sana nanti.

Tempat memang baru bagi aku...doa aku pun hari tu supaya aku dapat area utara...hehe. Jangan nak buat spekulasi....saja ja nak cari pengalaman di belah pelusuk sana pula. Tak salah kan? Huhu...beam beam beam!!

Gambar amek waktu taklimat pensyarah pagi tadi...huhu (gambar kecik gila...amek guna hp..)

Ntah macam mana la nanti kat sana kan...aku harap sangat dapat menyesuaikan diri dan yang paling penting, dapat ajor budak-budak tu dengan penuh dedikasi dan kehenseman (chewah...)

Aku akan bertolak ke kedah pada hari Jumaat ini (27 mac 09)...so bloggers kat sana hola la aku kalau terserempak!! haha..

Doakan aku yang terbaik wahai para pembaca..hehe.


p/s: Esok aku akan pergi ke sekolah wat kali terakhir sebelum bertolak ke kedah. p/s lagi: Kamera rosak rosak rosak....memang takda gambar berkualiti la gamaknya..huhu..

Friday, March 13, 2009

SmaRt TaG

Ni ha ada dua insan yang memberikan aku tag yang sama...insan tersebut adalah Ayeesha dan Humyra...hahaha.

Maka ini la peraturan tag itu...

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Muwahahahaha....nampak sangat komputer aku banyak wallpaper katun. Hihi...ni aku download wallpaper Hack//G.U iaitu salah satu game PS2 yang paling aku gemari.

Corak permainan amat berlainan. Yang tu hero dia, Haseo. Perwatakan hero memang memula amat menjelekkan..suka maki orang dan bunuh player lain. Tapi last2 berubah..huhu

Banyak sebenarnya yang boleh kita belajar dari permainan video. Bukan takat ilang stress, percaya atau tak, cara nak sebut sesuatu perkataan dalam BI pun aku belajar dari game.

Huhu...sekian.

p/s: I don't wanna tag anybody...lalala~