Friday, April 15, 2011

InHaLe...eXhaLE..

Salam.

Kadang-kadang kita akan cuba untuk tersenyum, walaupun hakikatnya ia memeritkan. Di waktu itu, hanya Dia sahaja yang tahu betapa terasanya hati dan perasaan ini...namun untuk meluahkan, jauh sekali.

Yang termampu kita lakukan...sebaik mungkin mengukir senyuman ibarat semestinya tiada apa-apa yang berlaku.

Kerana kita tahu, jika kita gagal untuk tersenyum ketika dan waktu itu, pasti keadaan akan menjadi bertambah buruk. Mereka di sekeliling mungkin......bukan - PASTI akan kita sakiti dan berlakulah pertengkaran.

Nah, tatkala inilah selalunya kita beristighfar memohon dilembutkan dan disejukkan hati ini. Mengharap semoga tidak pecah amarah di dalam diri.

Dan akhirnya.....kita yang termakan hati.

Tapi masih berpegang kepada tidak mahu berkelahi, biarlah terasa seorang diri dari kehilangan rakan, teman dan mereka yang sentiasa di sisi...

Saat itu terasa masa letak terhenti.....dan kita sendiri...

Aku pasti para pembaca pernah mengalami situasi seperti ini. Bak kata orang dahulu - ditelan mati emak, diluah mati bapa..

Kita seringkali tersepit antara menyatakan dan menyimpan dari dinyatakan.

Aha!!

Jika ini pernah terjadi kepada anda, berbanggalah!!

Berbanggalah kerana anda merupakan insan yang mempunyai rasa hati dan mengambil berat terhadap orang lain.

Memang benar perkara ini jika kita simpan akan membuatkan kita terasa hati...tapi cuba ambil masa untuk bertenang. Jangan dikeruhkan lagi keadaan dengan melepaskan pelesit amukan kita. Tentunya mood orang di sekeliling kita akan lari dan semua pun mulut muncung saja...haha.

Jadi katakan kita terasa hati dengan kawan kita, ambil masa untuk bertenang...inhale....exhale...inhale...exhale...senyum. Haha...cuba cari kelebihan dan kebaikan dia yang boleh kita kagumi.

Mana tahu lama-lama kita boleh beradaptasi dari terasa kepada anggapan bahawa itulah cara dia bergura...

Kalau tak boleh juga.......beredarlah dari tempat tersebut secara berhemah dan kosongkan fikiran sendiri. Ambil masa untuk diri sendiri tenang dan berfikir.

Hehe....sekadar nasihat dari manusia yang tak terlalu pakar dalam menjaga perasaan. Haha...

Senyum =)