Sunday, November 23, 2008

ManuSia seMakin jaHat

Manusia memang banyak ragam.

Kalau di berikan masa untuk kita belajar pasal manusia...ragam dan fe'el..

Memang tak akan habis.

Aku sendiri pun kadang-kadang pelik dengan manusia...walaupun aku juga masih bergelar manusia, aku sendiri kurang faham akan perangai makhluk paling mulia ini (bukan makhluk paling seksi tau..haha...makhluk paling seksi ialah zebra..lalala~)

Dulu secara jujur memang aku melihat yang mana mungkin ada manusia yang berhati keji, di penuhi dendam dan nanah derhaka..

Tapi aku silap.

Betapa naifnya aku pada ketika itu. Terlalu percaya bahawa dunia ni masih selamat. Masih ada harapan.

Bila mana aku sudah berada di dunia ni selama hampir 23 tahun. Aku mulai melihat kejadian dan perangai manusia. Mata aku mulai terbuka.

Kalau dahulu aku seringkali terlalu mudah percaya pada orang yang aku jumpa. Tapi sekarang tidak lagi. Aku lebih berhati-hati.

Benarlah. Pengalaman mendewasakan.

Sebagai contoh. bila aku terlihat pada motorsikal yang rosak di bahu jalan. Niat memang ada untuk berhenti dan cuba menghulurkan apa yang termampu..tapi di kala itu jugalah aku teringat kepada kisah samun yang berlaku pada seorang manusia ini.

Cuba menghulurkan bantuan kepada dua orang manusia yang sedang menolak motor di bahu jalan, akhirnya dia disamun oleh mereka yang hanya berpura-pura..meraih simpati untuk kepentingan diri..

Ahhh...aku pun dah mulai pening. Makin banyak manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri.

Aku marah.

Aku bengang.

Aku tertekan.

Kalau dunia ini penuh dengan manusia seperti ini...di mana lagi tempat untuk kita tinggal sebelum kita ke dunia yang kekal abadi?

Kerana kita cuma punyai satu dunia yang sementara...

Dan di sinilah kita sepatutnya mengharmonikannya..



p/s: Tapi aku tahu rakan dan sahabat serta manusia di sekelilingku baik-baik belaka...kerana kamu semua amat bermakna buat aku..sebagai pencetus inspirasi dan pembaikpulih semangat diri.. =)

4 comments:

Anonymous said...

kisah ini boleh d novel kan. hehehe =]]
judul: manusia kejam kah?. hehehe =]]

p/s:tq tq. terharu! =]]

FK said...

Tak semua org macam tu

aShaBuLz said...

zana:
hahaha...novel? jeng3... =)

khapeace:
yup..btol. tapi semakin ramai yang begitu...hoho~

buzz said...

yup..semakin ramai yg macam tu..jadi berhati2..jgn jadi mcm tu juga..wahaha