Sunday, December 28, 2008

maSa dePan yanG mungKin

Salam

Haha..akhirnya selesai sudah pengalaman aku berniaga di expo Selangor Ria tuh.

Banyak perkara yang aku belajar...

Cara menjaga hati pelanggan

Cara berjimat

Cara menunggang motorsikal dalam kelesuan

Cara makan beradab (eh silap...makan berpantang sebab duit)

Dipendekkan cerita, hari-hari lain di expo banyak menguji kesabaran dan kredibiliti sebagai penjual.

Member niaga hilang handphone sebab dia tido kat expo tu. Sedar-sedar ja handphone dah hilang...hurm...nasib.

Tak kurang juga pelanggan yang mendakwa aku tipu bila aku kata kain tudung tu bawal 1. ceh...sesedap ja. Cili mulut tu kang..haha.

Tuk pengetahuan pembaca, kain bawal 1 tu ada banyak gred ya.

Cuma yang dijual tu bukan gred teratas sebab yang finest punya bawal 1 kain dia lembut yer...

Niaga kena jujur. huhu~

Apapun, hari rabu ni aku akan hadiri temuduga untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) pukul 8 pagi.

Doakan aku berjaya yer!! yeeehaaa!!!

Kalau aku berjaya, aku akan mula mengajar pada 9 januari nih..hoho.

Future!! here i comeee!!!

p/s: banyak lagi entry nak masuk ni...tapi tunggu masa lapang..ni pun curi-curi ja..haha

Tuesday, December 16, 2008

eXpo seLangor Ria

Hari ini aku akhirnya berkesempatan untuk menyentuh laptop sekaligus menaip di bibir keyboard menceritakan perjalanan aku di alam perniagaan. (ni apa kes ada perkataan ala-ala jiwang? erk...)

Seperti rakan pembaca tau, aku sekarang kerja part-time ngan member aku kat shah alam.

Seksyen 13, dekat Stadium Malawati. ada expo Selangor Ria. 13-21 disember 2008.

Setiap hari ada ja perkara yang menarik dan mendebarkan berlaku...ni retetan suara aku kat expo tu...huhu~

***************

Day 1

Ini merupakan hari yang paling mencabar....serius, tercabar kemachoan aku.

Waktu ni kami (aku dan member aku) datang memang bawa barang-barang untuk dijual sahaja. Persediaan lain tak ada.

Usahawan in the making

Antara kain yang dijual

Kerongsang bukan keroncong yer..

Tudung bidang 60 bawal 2

Dengan kehendak-Nya...

Hujan.

Memandangkan tapak kami di corner lot, terpaksalah pinjam kanvas kat jiran booth (pasangan berkahwin anak satu) kami..

Buat muka tebal ja...di ikuti dengan senyuman mesra..haha.

Disebabkan persediaan yang kurang pada hari pertama, ada kain dan tudung yang digantung menjadi lembap sebab terkena ujan sikit...huhu~

Nak dijadikan cerita juga, waktu tu kami tak bawa beg plastik dan resit. Kira kalau pelanggan datang beli....abis la...haha.

Maka aku pun pergi la beli plastik kat Tesco Extra yang ada dekat situ..

Hari pertama ni jugalah aku belajar pasal jenis tudung, jenis kain dan cara menggulung tudung...hehehe.

Tu la tudung yang aku gulung..kira ok la tuk first time.

Malam tu pula, jiran kami (yang kami pinjam kanvas) hilang dompet ngan kamera...ada pelanggan pura-pura tengok baju...

Jadi member aku jaga kedai, aku tolong abang tu cari pencuri tu.

Maka pergilah Tesco.

Tak jumpa.

Pergi pula Giant.

Tak jumpa.

Tapak expo tu dah pusing beberapa kali juga tapi tak jumpa.

Tuk pengetahuan pembaca, pencuri tu wanita berumur hampir 30. Siap bawa anak sorang...hurm..

Macam mana kitorang tahu dia? Sebab dia sorang ja customer waktu tu. Lepas dia keluar abang tu tanya isteri dia ada hilang apa-apa.

Check tengok beg terbuka dan dompet ngan kamera ilang....

Benda nak jadi....hurm

Day 2

Tak sepenat hari pertama sebab kami telah bersedia.

Kanvas pun dah beli.

Kira kalau hujan, turunkan kanvas, maka terlindunglah dari hujan..huhu

Dapat baik dengan anak pasangan booth sebelah.

Adana nama dia.

Inilah adik Adana a.k.a baby

Comel ya amat...huhu.

Aku tarik dia dengan bagi lukisan ultraman.

Sebab dia minat ultraman.

Maka belajarlah aku beberapa bahasa budak dua tahun setengah yang petah ini:

pes pes - ultraman max

kelopok kelepeng - spongebob squarepants

aeropelain - aeroplane

patit - patrick

nelemon - doremon

Aku pun dah ajar dia gaya ultraman sakit perut dengan gaya ultraman tengah fire..muwahahaha

Selain tu, pelanggan pun bertambah...walaupun hujan turun dua kali.

Alhamdulillah...hujan itu rahmat...

Day 3

Berjalan lancar.

Cuma aku masuk kerja lambat, dalam pukul 3 petang sebab ada urusan keluarga kejap.

Aku pun dah cakap dengan member supaya potong gaji.

Tak sedap la kan kerja datang lambat tapi gaji penuh.

Dah la kerja ngan member.

Nanti sebab duit takut boleh bawa gaduh..hoho.

Berjaya tidurkan Adana.

Mak dia kata budak ni susah nak tido..bangga jap. Haha.

Tomeinya la dia tido..huhu

Jualan meningkat. Amat memberansangkan..huhu.

Keluarga aku pun datang hari ni melawat expo sekaligus melawat aku.

***************

Itulah serba sedikit pasal apa yang aku lalui.

Bagi aku semua tu pengalaman.

Best dapat meniaga.

Best dapat sakat dan dibuli budak kecik. Haha.

Walau penat tapi berbaloi!!

Meh la jenguk aku!! Huhu~

Tag peniaga aku..hehe

p/s:

tudung manjalara bidang 45 kain bawal satu kami jual rm20..ngah promosi..huhu~

orang booth sebelah kata aku dah kena kawin sebab pandai jaga budak..tapi aku jawab aku belum pandai jaga bini lagi...muwahahaha.

Friday, December 12, 2008

maRi ke eXpo

Esok aku akan memulakan kerja part-time aku di shah alam.

Tolong member jual kat expo.

Tudung, kain dan aksesori wanita...

Seminggu.

Aku dah la tak tahu sangat pasal benda-benda ni. Tapi kawan aku cakap jangan risau. Nanti dia ajar.

"Mari-mari, mmmmmurah aja kak. Aha..., boleh pilih yang mana berkenan.

Kalau berkenan kita boleh bagi murah..kalau tak berkenan kita boleh kenan-kenankan...

Yang lari kita kejar, yang berjalan kita sapa...mmmmmari mari mari.."

Err...ada gaya ka? adess...segan jap. Haha.

Apapun, aku pun dah lama nganggur...boleh la agaknya mencari pengalaman kan. Cara dan kehidupan meniaga...huhu.

Untung-untung bleh buka perniagaan sendiri nanti...haha.

Harap kedatangan aku kat sana dapat membantu member aku tu..hoho.

Jemput-jemput (bukan kuih tu ek) la datang ke sana. Huhu....

p/s: aku dah tak botak...haha

Dah ada rambut

Monday, December 8, 2008

siBLinGs waLk

Hari ini aku pergi ke alamanda dengan kakak dan adik-adikku...huhu. Kira macam siblings walk la.

Bergerak dalam pukul tiga petang, sampai dalam pukul 3.30 petang.

Sebenarnya pergi ke alamanda sebab kakak aku ni dia dah terkena racun dengan baju dekat reject shop tu...

Maka dengan taktik dia yang berjaya mengepau ayah, kami pun pergilah bawa dia ke sana...adess..

Dipendekkan cerita, kakak aku dapat beli baju yang dia nak tu...

Adik yang bawah aku tu dapat sweater satu..

Adik bongsu dapat buku dan rantai handphone..

Aku?

Dapat kepuasan.

Bukan senang nak berkumpul adik-beradik ni. Nanti bila dah kerja lagi susah..heh.

Alhamdulillah selamat pergi dan pulang.

p/s: Kakak ada suruh ambil baju kaler pink belang merah...teringin gak nak cuba tapi mahal harga baju tu...cancelllllll. haha..

Thursday, December 4, 2008

iTu paSTi

Tak tahu la kenapa. Tiba-tiba ja terdetik di hati kecil ni tentang sesuatu yang perlu di lalui oleh setiap insan...KEMATIAN

Semuanya terjadi bila aku terpandang pada handphone aku.

Pernah tak pembaca terfikir...

Tempoh hidup kredit handphone kita mungkin lebih lama dari hidup kita.

Dalam erti kata lain, kita mungkin bertemu ajal sebelum sempat kredit handphone kita expired..

Aku pernah terfikir macam tu..bunyi memang macam kelakar tapi itu la yang aku terpikir semalam.

Contoh kata kredit kita expired lagi setahun...tapi hidup lagi ker kita tahun depan?

Nampak sangat ajal tu tak tunggu apa-apa dan sesiapa.

Segala peninggalan dan barang-barang memang tak akan ikut.

Tapi bila ek waktu kita akan sampai....dipanggil menghadap pada-Nya..

We know about it but what do we do?
- Ignore it
- Try to avoid it
- Searching for His blessing

Yet, it still happen...not 1 second less or more.

p/s: hehe....sekadar ingatan. mungkin ada kaitan dengan kejadian aku hampir excident kot..huhu~

Wednesday, December 3, 2008

aKu masiH beRnyawA

Tadi pergi 7e dekat bawah.

Naik motor.

Brom..broomm...

Traffic light di simpang empat.

Berhenti.

Lampu hijau.

Jalan.

Tiba-tiba...

Ada satu kereta nak langgar lampu merah.

Kira kalau dia langgar lampu tu, langgar aku sekali yang ketika itu dah berada di tengah jalan.

Srieeekkkkk...!!

Kereta tu sempat break.

Aku selamat.

Tiada tanda sorry, hanya muka ego pemandu kereta tu.

Aku jalan - malas nak ambil port.

Alhamdulillah.

Ajalku bukan pada masa itu..

p/s: dah menggigil sebab tahan marah..huhu~~

aPa yaNg aKU buAt sekaRanG

3.12.08

Hari ni aku dengan hensemnya membawa akak dan adik bongsu aku pergi alamanda.

Naik kereta.

Aku drive.

Biar betol...macam tak percaya jer..kalau pembaca nak tahu, aku ni dah dekat 3 tahun tak bawa kereta.

Sebab aku lagi suka naik motor.

Kekdahnya habis skill-skill drift aku meruap...haha

Nasib baik pergi alamanda jer...kurang kereta dan aku pun boleh la membiasakan diri membawa kereta.

Alhamdulillah.

Selamat pergi dan pulang.

Tiada hon dibunyikan..haha



****************************************************************************************



Hari ni juga dah masuk dua hari aku hantar dan ambil adik aku dari sekolah.

Memandangkan tahun depan dia masuk tahun enam rendah, kira bulan disember ni sekolah buat tuisyen.

Jadi pemandu tetap dia tak lain tak bukan......

Abang dia yang hensem lagi macho ni..huhu.

Ni saja wat muka ala-ala seyes...haha

Maka haruslah aku hantar dia ke sekolah sebelum pukul 8 pagi dan ambil dari sekolah sesudah 12.30 tgh hari. hehe...

aKhirnYa seLesai

25.11.08

dengan langkah yang berat, aku pergi ke putrajaya untuk menghantar kembali dokumen-dokumen aku yang DIHILANGKAN oleh mereka.

Rasa bengang memang ada dan menjadi bertambah bengang apabila seperti biasa, telefon tidak diangkat di KPTM itu. huh....

Selepas mendapat pengesahan, terus rushing ke putrajaya.

Sampai dengan selamat.

Alhamdulillah..

Tapi

Orang yang aku cari tu tak ada.

Nak tak nak, terpaksa tinggalkan dokumen dekat orang lain...cuma takut pisang berbuah dua kali...naya aku nanti.

Tapi tak ada pilihan lain...hantam sajalah.

Yang musykilnya, punya la ramai orang dalam pejabat..kenapa aku telefon tak reti nak angkat? huh...nonsense..

Sunday, November 23, 2008

sisipan 10

dalam hati ada rasa
tak tahulah macam mana nak kata
yang penting tak benci tetapi suka
mungkinkah sedang dilamun cinta

makan tak kenyang katanya
tidur tak lena dengarnya
tapi itu semua tipu belaka
matila kalau tak makan semata

tapi betul cinta memang ada
bukan setakat hanya di mata
tapi di hati juga di minda
selalu bermain terngiang menyapa

alangkah manis jika terusan indah
tiada suram tiada gundah
tiada luka tiada parah
cukuplah senyum sebagai hadiah

biarlah hati bernyanyi lagu
lagu yang riang dan bukan pilu
meniti hari dan segala waktu
bersamalah kekal hendaknya selalu...

ManuSia seMakin jaHat

Manusia memang banyak ragam.

Kalau di berikan masa untuk kita belajar pasal manusia...ragam dan fe'el..

Memang tak akan habis.

Aku sendiri pun kadang-kadang pelik dengan manusia...walaupun aku juga masih bergelar manusia, aku sendiri kurang faham akan perangai makhluk paling mulia ini (bukan makhluk paling seksi tau..haha...makhluk paling seksi ialah zebra..lalala~)

Dulu secara jujur memang aku melihat yang mana mungkin ada manusia yang berhati keji, di penuhi dendam dan nanah derhaka..

Tapi aku silap.

Betapa naifnya aku pada ketika itu. Terlalu percaya bahawa dunia ni masih selamat. Masih ada harapan.

Bila mana aku sudah berada di dunia ni selama hampir 23 tahun. Aku mulai melihat kejadian dan perangai manusia. Mata aku mulai terbuka.

Kalau dahulu aku seringkali terlalu mudah percaya pada orang yang aku jumpa. Tapi sekarang tidak lagi. Aku lebih berhati-hati.

Benarlah. Pengalaman mendewasakan.

Sebagai contoh. bila aku terlihat pada motorsikal yang rosak di bahu jalan. Niat memang ada untuk berhenti dan cuba menghulurkan apa yang termampu..tapi di kala itu jugalah aku teringat kepada kisah samun yang berlaku pada seorang manusia ini.

Cuba menghulurkan bantuan kepada dua orang manusia yang sedang menolak motor di bahu jalan, akhirnya dia disamun oleh mereka yang hanya berpura-pura..meraih simpati untuk kepentingan diri..

Ahhh...aku pun dah mulai pening. Makin banyak manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri.

Aku marah.

Aku bengang.

Aku tertekan.

Kalau dunia ini penuh dengan manusia seperti ini...di mana lagi tempat untuk kita tinggal sebelum kita ke dunia yang kekal abadi?

Kerana kita cuma punyai satu dunia yang sementara...

Dan di sinilah kita sepatutnya mengharmonikannya..



p/s: Tapi aku tahu rakan dan sahabat serta manusia di sekelilingku baik-baik belaka...kerana kamu semua amat bermakna buat aku..sebagai pencetus inspirasi dan pembaikpulih semangat diri.. =)

Saturday, November 22, 2008

naMe taG

Apa daya aku tetiba di TAG oleh si Alan yang amat nakal itu..hahaha..maka bagi tidak mengecewakan harapan...inilah jawapan kepada soalan-soalan pelik dia..adesss..dush!!

1. Name one person who made you laugh last night?
- My lovely mother

2. What were you doing at 0800?
- Sleeping

3. What were you doing 30 minutes ago?
- Watching 'Sahara' on TV3

4. What happened to you in 2006?
- A very tough year in university

5. What was the last thing you said out loud?
- Oi!!

6. How many beverages did you have today?
- A lot...can't remember well...(dah tua..haha)

7. What color is your hairbrush?
- Don't have any...toothbrush got one..lol =D

8.What was the last thing you paid for?
- Sate Haji Samuri (kantoi makan mlm aku)

9. Where were you last night?
- Metro Point

10. What color is your front door?
- Brown

11. Where do you keep your change?
- My wallet

12. What's the weather like today?
- Nice bebeh!!

13. What's the best ice-cream flavor?
- Erm...green tea? (ada ker?...dush!!)

14. What excites you?
- A smile on people's face

15. Do you want to cut your hair?
- Yup. I want to trim it a bit...

16. Are you over the age of 25?
- Nope...almost..haha

17. Do you talk a lot?
- Not with people that I only met. Yes with people that I already knew..huhu

18. Do you watch the O.C.?
- O.C? Octopus with Carbonara cream? (adess..lapar..)

19. Do you know anyone named Steven?
- Steven no. Steve yes...the character in Blue's Clues..lol

20. Do you make up your own words?
- Yes and no...

21. Are you a jealous person?
- Sometimes...terms and conditions apply..

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
- Astola benigh porfaul..haha

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
- Datuk K...haha

24. Who's the first person on your received call list?
- Secret.. =)

25. What does the last text message you received say?
- Beam beam beam!! (its true ok)

26. Do you chew on your straw?
- What for?

27. Do you have curly hair?
- Nope..huhu

28. Where's the next place you're going to?
- Toilet

29. Who's the rudest person in your life?
- Me (I can become one you know)

30. What was the last thing you ate?
- Mixed Grill with Garden Salad

31. Will you get married in the future?
- Of course...but maybe late..lol

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
- None

33. Is there anyone you like right now?
- Yup =)

34. When was the last time you did the dishes?
- Yesterday

35. Are you currently depressed?
- Nope..I'm a happy man

36. Did you cry today?
- What for?

37. Why did you answer and post this?
- I've been tagged..duhhh

38. Tag 5 people who would do this survey.
- Khapeace
- Bulbul
- Bro Yazrie
- Kak Inah
- Lea

(yang lain tunggu tag lain k..hihi)

Thursday, November 20, 2008

taG teaM...haha

Aku dengan hensemnya telah membuka blog bro Yazrie nih. Secara tidak langsung di tag!! ades...

Nasib baik tag dia kira mudah di buat..haha...

What were you doing 5 years ago?
Kolej Matrikulasi - Universiti (sarjana muda)

What were the 5 things on your to do list today?
1) Borak dengan keluarga
2) Bawa mak pergi kedai jap
3) Jelaskan keadaan aku pada kawan-kawan (yang berkenaan saja)
4) Bersiap untuk keluar
5) Blog

What are the snacks that you enjoy?
1) Roller Coaster
2) Chacos
3) Kepok Lekor
4) Kuih Seri Ayu
5) Putu Bambu (bukan kak putu..huhu)

What are 5 things that you do if you were bilionaire?
1) Melabur untuk masa depan
2) Bantu keluarga
3) Bantu rakan-rakan
4) Bantu sesiapa yang memerlukan
5) Make this world a better place (bley??)

What 5 jobs you've had?
Ada dua kerja ja sebelum ni..
1) Cashier at Pizza Hut Plaza Pheonix (closed already..but not because of me k..huhu)
2) Suri rumah sepenuh masa..haha


Who are 5 person you want to tag?

tett.....i hereby closed the tag session..hahahaha. Bley? bley aja...hoho

Wednesday, November 19, 2008

saMbaL teMpe daN keNtanG

Siapa minat tempe???? Angkat tangan kanan!!! hohohoho....

Siapa minat kentang??? Angkat tangan kiri!!! hehe..

Meh sini nak ajar cara buat sambal kentang tempe..huhu

Mula-mula pembaca dinasihatkan untuk membeli tempe dan kentang dulu ya...jangan memandai nak guna ikan patin (saja menganjing si Alan..hahaha)

Ni nak bagi tips sikit. Kalau nak beli tempe, pastikan tempe tu putih lagi tau...kira tak ada la lapuk-lapuk warna dia sebab kalau lapuk tu kira tempe dah lama. Kurang kick..hihi.

Contoh warna tempe yang sihat..haha

Kemudian, kita jalankan proses memotong ya. Potong la tempe ikut suka...nak bentuk heksagon ka, bentuk segi tiga ka, bentuk oktagon pon bleyyyy!!

Tempe yang dipotong segi empat tepat...hahaha

Kentang seeloknya di hiris tapi tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Lepas tu direndam dalam air garam.

Kentang yang direndam dalam air garam

Sekarang yang tinggal nak goreng tempe dan kentang tu.

Ni nama dia kentang goreng action..beam beam beam!!! haha..

Wokeh, dah abis goreng...apa lagi, mula lah guling-gulingkan cili kat dalam kuali tuh...kasi rangup atau masak sket cili tu.

Baru masukkan tempe dan kentang tadi....

hahahaha...nyum2..

Siap!! Jemput makan...hihi..

Tuesday, November 18, 2008

aPa soALaN PPD naNti ek?

Kalau tak ada hal, dan rezeki pun datang, aku akan dipanggil untuk interview GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih).

Aku dah pun hantar borang mohon GSTT ni dekat dua PPD (Pejabat Pendidikan Daerah); Kajang dan Pontian. Jangan tanya kenapa hantar kat Pontian..rahsia ;b

Apapun yang aku tahu penempatan akan diberikan pada 9 Januari 2009. Kiranya akan ada interview sebelum tarikh tu dan aku jangkakan pada bulan Disember. hohoho...

Pembaca tahu tak apa la yang akan ditanya waktu temuduga nanti? Ingat nak buat persediaan..huhu. Cuak gak nih...dah lama duduk rumah, ilmu banyak dah meruap..haha.

Wish me the best ok!! chow..

Monday, November 17, 2008

TesCo daN tEsCo eXtrA

ni nak cerita sikit pasal Tesco dan Tesco Extra (bukan Wahazaextra k..huhu)

hari tu aku pergi beli barang-barang rumah dengan family...selalu memang kitorang pergi Tesco ja.


ntah macam mana hari tu teringin nak pergi Tesco Extra kat Taman Midah tu....


kesimpulan..

Tesco Extra lagi mahal dari Tesco!! huh..

dinasihatkan pada yang nak beli setakat barang dapur, antara Tesco dan Tesco Extra, pergi la Tesco ok.

pada yang suka beli pukal...ha, pergi la Tesco Extra..huh

Saturday, November 15, 2008

belajAr maSaK buBur ciNa joM!!

hari ini aku nak ajar pembaca cara-cara untuk membuat Bubur Cina. huhu....hari tu bro axim ada minta resepi. ha......ni nak tunjuk macam mana nak buat dia.

tapi sebenarnya sama ja dengan bubur biasa. cuma mungkin ada tambah satu dua bahan je kot.

kenapa nama dia bubur cina? erm....tak tahu la pula. lahir-lahir memang mak bagi tahu nama dia bubur cina. kalau nak tahu betul atau tak ni bubur cina, kene tanya sir josh la untuk kepastian..huhu

ok jom kita mula...

first, buat bubur ok...tak payah la ajar kot. mesti tahu buat bubur nasi.

ni rupa bubur nasi yang kosong..lawa la..huhu

dalam masa menunggu bubur siap di tanak, boleh la sediakan bahan-bahan untuk bubur tu..

lobak asin

cili dan bawang besar

kacang dan ikan bilis..jangan memandai tukar ikan parang...jenuh kang!! dush!!

cili dan bawang besar tu potong kemas-kemas. lobak asin lak cincang..tapi jangan halus sangat. nanti makan x terasa...huhu

cili, bawang goreng dan lobak asin tadi di goreng sekejap menggunakan minyak yg sedikit. jangan biarkan lama-lama nanti rangup sangat tak sedap.

terpulang la nak goreng asing atau sekali kan. tapi dinasihatkan goreng asing-asing. baru ada feel..huhu

lobak asin, cili dan bawang besar yang telah siap

lepas tu goreng la kacang dengan ikan bilis tadi ok..jangan lupa basuh dulu!!

ni pula kacang dengan ikan bilis yang dah goreng

maka siap la bubur cina itu...

macam mana nak makan terpulang pada pembaca. tapi aku selalu letak semua bahan tu dan makan..nyum2!! memang asyik!! haha..

bubur cina yang sedia untuk d telan!!




Thursday, November 13, 2008

KPtM daN duGaaN kU

jenuh tekan butang telefon...

penat telinga dengar deringan tak berangkat...

sampai satu ketika akhirnya panggilan di jawab.

Aku : "hello, boleh saya cakap dengan cik S?"

Dia : "dia tak ada la...saya pembantu dia..nak tanya pasal apa?"

Aku : "saya nak tanya pasal posting list"

Dia : "oh...boleh bagi nama"

Aku : "@&$*@^ "

Dia : "oh...erm...jap ek..."

Dia : "erm...nama ayah apa?"

Aku : "&*&%$ "

Dia : "hurm.....awak under lepasan sarjana ke?"

Aku : "yup, ijazah sarjana muda"

(selepas kedua-dua diam beberapa ketika...)

Dia : "nama awak tak ada la..sebab kami tak terima lagi dokumen awak" (what the..f***?)

Aku : "tapi hari tu saya dah bagi kat cik S sendiri...by hand. macam mana boleh tak ada"

Dia : "saya dah cari dan nama dan dokumen awak memang tak ada kat dalam fail kami" (holy s***)

Aku : "masalahnya saya memang jumpa sendiri cik S...saya bagi kat dia"

Dia : "memang awak bagi sendiri kat dia?" (eh tak percaya lakk)

Aku : "yup..saya datang sendiri kat bahagian latihan dan kerjaya"

Dia : "hurm...macam ni la, awak hantar balik dokumen-dokumen tu kat kami" (a'ah...susahkan aku nak pergi cop pengesahan balik)

Aku : "apa dokumen-dokumen dia ek? saya dah lupa"

Dia : "oo..dah lupa ek (waktu ni nada dia memang sinis gila..rasa nak terajang jer)..awak kena bawa bla...blaa..."

Aku : "oh ok..tengoklah nanti saya bawa..bila saya ada masa" (dah malas)

p/s: tu la perbualan aku dan pembantu cik S tu. katanya cik S tak ada tapi aku dpt dengar bila setiap perkara dia merujuk kepada seseorang...dari amatan suara macam cik S...

biarlah...apa yang aku boleh buatkan. tak dapek nek nak nolong..huhuhu~~

pembaca nilailah sendiri cara diorang buat kerja..

Wednesday, November 12, 2008

sisipan 9

kau kata itu ku kata ini
cuba mengelak dari memberi
sebenar kata aku menipu diri
cuma berlari dari perasaan hati

bukan niatku membeban diri mu
menutup cintaku dari minda mu
memendam rasaku dari hati mu
membuang kasihku pada perilaku mu

tetapi aku perlu sendiri
kerana hikayat ini tentang diriku
yg perlu berdiri tegap berdikari
mengubah haluan mengukuh tingkah laku

maafkan aku kata ku mampu
melagu lafaz dari kejauhan
kerana jika kita saling bertemu
tentukan pasti aku tertawan

dan benar sebenar ikhlasnya
tutur laku mu cukup bermakna buatku
semua indah dan manis belaka
tetapi kita tak mungkin kan satu..

Gayat Man (kebangkitan..) - part 1



dengan bangganya, Ashabulz Production (bila lak tubuh production nih) mempersembahkan.....

GAYAT MAN the Series..!!!

cerita ini hanyalah rekaan semata. tidak ada kene mengena dgn jalan hidup mahupun tutur laku sesiapa. kalau ada kita kira kebetulan saja lah k. huhu. cerita ini juga d buat menggunakan bakat dan teknik amatur. jadi jgn cuba membuat perbandingan dgn artis mahupun kartunis yg sememangnya berpengalaman. segala keburukan lukisan mahupun jln cerita amat d kesali.

walaubagaimanapun, pendapat dan cadangan amat d alukan asalkan membina. boleh d salurkan melalui komen. huhuhu....bersama membangunkan industri seni negara!!!

p/s: sila klik pada gmbr untuk resolusi yg memuaskan..enjoy!!

GAYAT MAN (kebangkitan..) - part 1




bersambung.....

jadi apa kata pembaca?

poll 2

huh..lama x wat poll. maka aritu ak saja2 la test...wat poll tny readers yg slalu tgk2 blog nih. ap pndpt diorng pasal blog ak ni. dr segi arrngement, content n such. haha..well, show them the result darling!!!

kah3...ni la poll dia

hurm....nmpknyer xdak la komplain kan pasal blog ak. yg vote pun antara boleh la ngan sempoi ja. lagipun 3 org jer vote..hihi. apapun nnt2 ak wat poll lg. thanks kat those who voted this poll. yeehaa!!! action beam!!!

Tuesday, November 11, 2008

reDah pANtaS meLakAu (bahagian terakhir)

maka memandangkn masing2 ada pilihan nombor, tinggallah ak sorng tuk menentukan cerita mana yg perlu kitorng tgk...hahaha. sbnrnya kitorng tgk kat notis MBO yg tulis tayangan hari ini. setiap nombor mewakli satu cerita. pablo nk nombor 4 (Quantum of Solace), daus nk nombor 5 (High School Musical 3) dan ase lak nk nombor 7 (Budak Kelantan). hehehe...maka berdasarkan asas logik ak, ak pon sokong la ase....tgk cerita Budak Kelantan. bukan ap, kalo stakat cerita2 barat ni, bleh donlod jer...ngeh3...lagipun kalo citer james bond tu, member ak kata kat panggung dia ada potong. huhuhu...x besh!!

ase, potter dan ak...haha

jadi pabila sumer tlh sebulat suara...sebulat kepala ase, maka tiket pon d beli. trima kasih kat ase sbb blnja kitorng..hehe. citer tu start kol 12.45, tapi wktu tu br nk kol 11.30. kitorng pon g la round2 kat dlm Melaka Mall tu. memula sekali g food court dia sbb blom sarapan...tapi dh nk kol dobles kan...sarapan ape kekdahnyer lak kan. trus la mkn nasi. yeehaaa!!! harga dia blh la..masih mmpu. huhu..

lawa la angle gmbor ni...thanks pablo..!!

food court..wktu ni kat tv depan kitorng ada citer ultraman max..!!

dah mkn, masih ada masa. maka ak pon cdgkn nk g karaoke. tapi diorng x moh...wooo woo...sadis tol. jadi kitorng pon g la men game...haha. nk tgk x pablo men game menari? nama game tuh para2 paradise...adeh. kalo pablo men game nih smbil pakai kostum maskot digi sure lagi chumel!!! kah3..

tgk la tu...adess...seb bek x dak awek kat area tuh..huh

abis2 men game, kitorng pon g la beli pop corn ngan air. dlm 12.30 masuk panggung. tgk cerita.......abis2 jer cerita ase pun kuar panggung ngan muka buhsan. huhu...ramai kata cerita Budak Kelantan tu bosan. hurm...tapi bg ak xdak la bosan mana. sbb ak nmpk motif yg dia cuba smpaikn. lgpun best bila tgk yg jahat jumpa yg baik gila...huhu. cuma mgkin pengarah dia kene bykkan lagi aksi. ada satu aksi kena kejar polis tu...x nmpk lgsung real. ada juga babak2 yg x kena. tapi ak ttp x tido sbb ak nmpk ap yg cuba d utarakn oleh pencerita..overall ak bg 3/5. kira ok la kot sbb ase bg 3/10!! haha...

lawa la kreta madagascar tuh...nk amik!!

lepas tgk wayang kitorng pon balik la umah bertam sbb ase nk gerak balik pasir gudang. dia tu dh la kecik, bw moto pakai helmet scrambler lak tu...riso ak member2 wat kerja pelik2 ni. huh. maka tinggallah ak ngan geng bertam ja...ak sbnrnya cdg nk balik wktu ase gerak tu tapi tetiba teringat nk beli roti john melaka. restorn tu bukak kol 6. huhu...

ni la citer yg kitorng tgk...cun la bienda dlm ni..!!

mlm tu ak g melawat umah2 member yg ada d melaka...ada gak yg ak x dpt jumpa sbb diorng kerja..huhu. pastu ak ngan geng bertam g mkn kat Restoran Barkat Roti John Asli. ha...ap bezanya roti john ni ngan roti john yg len? hehehe...roti john ni ada kuah cecah tau. pastu roti dia inti kering..bukan inti ada mayonis mcm yg slalu tuh. bg ak mmg sedap!!! sdp sgt2!!!

tgk nama restoran tu, Barkat Roti John Asli..best2!! (abaikan model)

nasi goreng kampung..best sbb byk ikn bilis!! yes3!!

nasi goreng ayam..nyum2.

ni la roti john dia...nmpk x kuah tu? best ooo...

posing sebelum mkn roti john 2nd round..haha

sup yg dia bg bersama nasi mmg sedap. xder la tawar hebeh..huhu. pas mkn, ak minta bungkus 2 roti john tuk bw balik umah, ak pon bertolak la pulang ke kl...huhu. thanks kat member2 yg sudi teman ak round2 kat melakau. sori pada yg x sempat jumpa...my trip was too short..but it was a very valuable memories indeed.. =)

Monday, November 10, 2008

apaKah??

ades....akhirnya kene tag gak. maka terjadi lah entry berlabel tag nih...wawawa...kene tag ngan AJ. adess...tag dia berlagu mcm ni

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2)
DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture. (kalo yg pompuan jgn lupa pakai tudung..huhu...yg laki jgn menggatal lak nk pakai tudung gak)
3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

maka ni la hasilnya bila mana ak mngkp gmbr secara terkocoh-kocoh. haha...seb bek pakai bj. yes2!!!

abis kantoi muka tanpa make-up!! haha..

dan akhirnya part yg paling best...tag 10 org..hehe. ni senarai2 nya...
1. burn
2. aisyah
3. lea
4. hanglekir
5. z.a.n.a
6. alan
7. bro axim
8. bro amad
9. dayang
10. pangeran cinta

hahaha...kalo d ikutkan byk lagi nih..keh3. ni kira nama2 yg terpilih tuk tag kali ni...haha.

sisipan 8 (a special tribute)

hatiku gundah seribu bahasa
masalah melanda tiada hujungnya
walau ku tahu itu seketika cuma
namun masih diriku merana

tatkala tangan mulai manja
menaip nota pengganti pena
cerita beryanyikan si lagu cinta
pada kehidupan yg hanya sementara

kini diriku semakin ceria
melihat betapa luasnya dunia
pada hati rakan serta sahabat semua
yg tidak kunjung bosan menitip suara

suara2 kalian amat bermakna
di iring dengan mata yg membaca
saban hari setia d ruang jendela
membuat aku tersenyum gembira

puisi ini buat yg membaca
yg selalu ada walau diam tanpa bicara
cukuplah ak tahu kalian ada bersama
membuat hati melonjak ceria...


Tribute to all the bloggers n silent readers that support me up to this very moments!!
Terima Kasih....

huhu...nyum2!!

jeng3.....sblum ak bertolak ke melakau aritu, mak ak sempat buat my all time fav food....ayam perap madu...hahahaha. besh3. seyes sedap gilos...huhu. cara buat dia scr detail tu x la ak tau...tapi yg ak ingt, mak ak letak madu, kicap, cili sket tuk wat kuah. pastu gaul ngan ayam n perap dlm sejam lbh...(wktu ni la ak rs paling lama...huhu)

dh perap...br masak ayam tu (minyak sikit jer..jgn wat deep fry lak). tapi jgn masak garing sgt nnt keras x sdp sgt. dh masak ayam baru la kuah perap yg lebih tu d masak d dlm kuali dan akhirnya d tuang balik kat ayam yg dh masak tadi...huhu..maka dgn hemsemnya, ak mempersembhkan...ayam perap maduuuu!!!! yeehaa!!

cukup tuk wat ak x g KFC..hehe

ahlamak.....terliur la plak kan...


maka dgn itu kenyanglah sudeh perot ak sblum bertolak ke melakau itu..hehe. nntkan bahagian terakhir entry redah pantas melakau...yeehaa!!

reDah pANtaS meLakAu (bahagian 1)

semalam, 8.11.08 ak d hujani ngan msj2 berbaur hasutan dari rakan2 ak d melaka. sememangnya pada hari sabtu tu, diorng dh bcdg nk wat mini reunion kat melaka. ye la, memandangkn kami dh abis blajar kan...ada yg dh kerja n such. saja2 la nk jumpa kan...org tua2 kata nk lepaskan rindu...hak tuih. hihi..apapun pada mulanya mmg ak x bcdg nk g sbb kewangn mmg ngah x stabil lgsung. org tua2 kata sakai..eh silap. pokai..hehehehe...

tapi tu la kan, saat2 akhir ak dpt sedikit duit dr bapa ak. huhu...wktu tu jam kat tgn dh mula tunjuk kol 7.30 mlm tapi jam kat dinding tunjuk kol 7.40 mlm (apa kaitan?)....maka dengan melakukan aksi2 gaban, ak dgn pantas menyiapkn brg2 nk g malakau ni. wktu tu ak msj sorng member ni (pablo), katanya dlm kol 8 diorng nk g tomyam klasik. sambil mengemas tu, sempat gak la ak berhenti berehat jap...wat aksi action beam sket...pastu smbung balik kemas..(huh, metafora melampau)

bergerak dlm kol 8 mlm, ak pon melaluilah lebuhraya utara selatan tu....seb bek ada mp3, x dak la ak kesunyian. ak mmg suka dgr mp3 kalo jln jauh2...sbb bleh melalak, x dak sapa peduli. tu sbb slalu bila smpi destinasi suara ak habis. hihi....(kantoi sudeh). sepanjng perjalanan mmg ak cuak gak sbb moto ak tuh, lepas dr tunda moto adik ak dr sabak bernam (spt dlm entry sblum2 ni), ak x check lagi belting dia. takut2 terputus...kecepisss...keletum...maunyer ak tersadai...x pon tersidai kat tepi lebuhraya tu.huhu...

alhamdulillah smpai dlm keadaan yg selamat. mmg perjalanan itu d permudahkan-Nya. smpai dlm kol seploh. seb bek ak sempt jumpa diorng kat restoran tomyam klasik tu. sbnrnya mlm tu, diorng lepak sana sbb nk jumpa lect n bro technician robocon 08. kitorng mmg rapat giler. huhu....terharu lak kan diorng sanggup tggu ak smpai...seyes time tuh kalo ada mic mmg nk berucap..kwang3..

dari kiri: yus,daus,ayie,bro asari,ase,en. arfauz, ak(pakai helmet ase)..hihi

tgk jer la aksi kanak2 plastik (spastik) ni...adeh...

yg duduk atas mto ada box tu pablo squarepants..haha

mlm tuh plak, diorng cdg nk men futsal. tapi ak time tuh bcdg nk kuar ngan member2 yg x join futsal. cuma last2 dh x tau nk g mana sbb wktu tu jam dh melepasi kol doblas..yg bukak kat mlaka cuma 7e, McD, KFC ngan Mydin 24jam tu...huhu. last2 ak pon masih letih terpekik telolong kat lebuhraya tu d tmbh lak ngan gelak2 kat tomyam klasik, cdg tido saja...huhu (thanks kat bertam's psl penginapan).

esoknya ak dan rakan bertam (termasuk sorng member nama ase) cdg nk g tgk wayang. sbnrnyer ak cdg nk g men bowling n karaoke skali...hehehe. tapi wktu mencemburui sbb ase kene balik, isnin nk kerja dan ak pon kene balik gak sbb isnin antar adik g skolah. huhu...maka kami pon bcdg la nk tgk wayang......tgk kat MBO ja...tapi parking kat JJ sbb senang. huhu...lagi pun pak gad ramai ctu. selamat sket..

parking kat JJ...huhu

kat jejantas menuju ke Melaka Mall..kat ctu la ada MBO

best woo posing kat jejantas ni...feeling..hihi

smpai kat wayang MBO ada tiga cerita yg kitorng nk tgk....ase nk tgk no.7, pablo nk tgk no.4, daus lak nk tgk no.5...adeh....ak pilih no berapa?? dan apa kaitan nombor2 ni ngan cerita?? hahahaha....nnt segala persoalan kita smbung part 2 k.