Monday, August 3, 2009

HaTi daN seNyuM

Salam..

Manusia memang ada macam-macam jenis...

Yang ensem..(sambil jari telunjuk menghala ke hidung sendiri..), yang cun..(peewit!!), yang tinggi, yang rendah, renek dan lain-lain....bak kata orang segala jenis rupa la ada.

Tapi memang kalau ikutkan, tak semua manusia kita boleh campur dan sekepala dengan mudah.

Lain orang, lain feelnya. Lain telinga, lain bunyinya...

Tapi ada satu petua yang aku tahu; apa dan bagaimana untuk kita menghadapi teman seperjuangan yang kadang-kadang boleh merosakkan mood dan jiwa kita..hehe

Bila mana kita berada di dalam satu situasi, kita berhadapan dengan insan yang contohnya suka cakap lepas (bukan melepas ek..), perli tak kena tempat dan lain-lain..

Ada dua cara yang kita boleh lakukan...

PERTAMA:

Sama ada kita terasa dan menarik muka panjang....

Yang akibatnya nanti kene pada diri kita sendiri...

Mood lari...

Kerja banyak tak jalan...

Orang sekeliling pun kene tempias...

Atau kita boleh guna langkah kedua.

KEDUA:

Pandang orang tu..

Cakap dalam hati "dia dah memang macam tu..huhu" sambil tersenyum ikhlas.

InsyaAllah...bila kita buat cara kedua ni, mood kita tak akan lari. Malah bertambah baik.

Tapi jangan lupa senyum waktu cakap dalam hati tu. Sebab kalau waktu tu ekspresi kita masam...tuning mood tu akan jadi lain. Jadi makin muram. Huhu...

Cubalah para pembaca amalkan...memang tak semua orang sekepala dengan kita. Tapi itulah antara rencah hidup yang menjadikan dunia ini lebih menarik. Hoho..

Try it and u'll see the difference..Lebih mudah dan efektif!!

Beam beam beam!!!


5 comments:

z a n a =]] said...

best oh entry nie.=]]
lately saya banyak terbaca blog blog.
yg mengata kan ketidakpuasan hati mereka terhadap si manusia manusia itu.mcm lah manusia itu puas hati terhadapnya.=]]
haissh.
apa yg boleh d kata kan susah oh nak puaskan hati semua org kan?
tp sebab itu belog mereka so mereka reka cerita sendiri.tanpa ada siapa membantah.nnt kata menyebok.haha =]]
apa apa pun.pergi ke cermin.lihat diri anda then judge other people ok.

patut senyum bila manusia tu cakap lepas.
tp kalau terkena diri kita.we should angkat kaki ok. then say tq oh teman.

psst:panjang pulak comment.mcm boleh buat satu entry.kan?haha =]]

alhaqimi said...

ape la nak kisah,

kena taw ape potensi diri...

tak yah nak hirau ape org cakap...

diri sendiri kenal siapa kita...

sumetimes ada org perli aku 'sengau' bila nyanyi...lalalalala....hahaha

tp yg penting aku puas nyanyi...hahaks

lalalalalala....action beam!! hangus ketua lembu laut!!!

nawirah hassan alqadree said...

betol3!!!sangat menyokong cara kedua yang semestinya akan menyelamatkan anda dari sindrom depresi yang melampau...in short, SENYUMLAH karna senyuman itu pengubat suasana...

aShaBuLz said...

zana:
hehe....ok jer wat entry dalam comment ni. di alu-alukan...komen-komen awak membina dan benar tu...huhu.

apapun kita mesti cuba lihat sesuatu tu dari sudut yang positif..hehe. =)

alhaqimi:
betul2....kenali potensi diri...tapi jgn lupa untuk ambil juga komen org lain.

kadang2 komen2 tu membina...huhu.

aShaBuLz said...

nawirah:
ur absolutely right!! huhu...apa lagi, jom senyum ramai2!! hehehehe...