Tuesday, July 21, 2009

sisipan 13

Andai ada tali di sisi,
Ku simpul rapi terikat mati,
Dimeterai janji berpaksi nadi,
Pada satu Pencipta hakiki....

Andai ada tali di sisi,
Ku gubah indah sebuah relung,
Padanya ku isi sekalian insani,
Tiada kosong tiada lohong....

Andai ada tali di sisi,
Akan ku gunting setiap inci,
Diberi pada yang gemar memberi,
Sama merasa sama berbudi....

Tali adalah satu....
Dan satu adalah peluang....

Biarpun kita berbeza idea,
Ada yang itu ada yang ini,
Namun kita sebenarnya sama,
Punyai tali bernama hati....

2 comments:

alhaqimi said...

yeahhh...

semua antara kita ada satu tali...cuma jenis talinya berbeza..

wahahaha.. dahsat hang pika! nak bg action beam gak!!! beam3

aShaBuLz said...

alhaqimi:
chet...sekadar berkarya daa...haha