Tuesday, August 25, 2009

reZeki duGaaN

Salam buat pembaca semua..heh

Buat masa ni aku memang amat jarang meng'update' blog. Al-maklum la agak sibuk sekarang.

Ni sebenarnya aku tengah berkursus ni. Heh....saja curi-curi masa sikit. Nak tahu kursus apa, nanti ada masa aku post entry ek. Hehe..

Oh entry kali ini berlaku sebelum aku bergerak ke KL untuk berkursus. Ceritanya macam ni.....

Hari sebelum aku bergerak ke KL, aku pun gagahkan kaki yang malas ni untuk pergi ke area penang. Tujuan hanya untuk tukar tayar motor yang sudah semakin uzur dan botak...biasa la, selalu layan lap kan...kihkihkih...

Bersama dengan aku, aku bawalah laptop sekali....kononnya dah sebulat hidung (kira nekad la ni) nak betulkan laptop aku ni tak kira berapa pun kosnya...macam orang kaya daaa...haha

Maka dengan gagahnya aku pun menongkah arus perjalanan yang agak kurang selesa...biasa la kalau dah lalu jalan motosikal tu, paham-paham jer la..

Alhamdulillah sampai selamat ke tempat yang di tuju...tapi.....*sigh*..

Mamat 1: Ada apa bang?

Aku: Erm...minta tukar tayar belakang motor ni. Ada tak?

Mamat 1: Jap saya tanya dalam.

Ada la agak-agak dalam 5 minit lepas tu....

Mamat 2: Er...ni kena order dulu bang.

Aku: Eh? Nandeska? Biar betul...

Heh...akhirnya tak dapat aku tukar tayar sebab kena order dulu da...

Lepas tu aku pun gagahkan diri pergi la kedai komputer PC DEPOT. Terkenal tu...tapi..

Amoi cantik: Oh kalau U nak barang-barang ni U kena pergi service centre dia orang.

Aku: Mana service centre terdekat ek?

Amoi cantik: Aha...this is for U.

Dia pun bagi aku senarai service centre Compaq yang ada....paling dekat di Penang Island ngan Alor Star..haha.

Dengan masalah motor yang tak tukar tayar, aku pun tengok langit dah mula gelap...memang kalau hujan basah lencun punya.

Lalu aku pun ambil la keputusan balik terus...tanpa satu rancangan pun berjaya...

Seperti yang aku jangka, hujan turun dengan lebat petang tu. Bawa motor pun rasa macam bawa beskal jer...heh.

Beg yang aku galas untuk letak laptop pulak sebenarnya beg sekolah biasa je...aku tekad waktu tu memang taknak berhenti. Biarla hujan macam mana pun, aku cuma cover bahagian dalam atas beg tu dengan jaket merah aku je.

Alhamdulillah....sampai juga aku kat tempat yang dituju. Banjir tak payah cakap la...memang habis baju aku lencun. Tiba-tiba rasa macam hero dalam cerita hindustan lak...basah-basah lencun ni. Kah kah kah.

Maha Suci Allah....sampai di Kulim, aku melihat satu fenomena yang aku tak pernah lihat secara realiti di depan mata aku. Mungkin ini dugaan buat mereka..

Berdekatan dengan tempat kerja aku, terdapat deretan restoran yang selalu menjadi tarikan dan tumpuan pelajar....

Tapi dengan kehendak-Nya, pada petang itu kesemua deretan restoran itu musnah...

Katanya ada ribut..

Pokok yang rebah menyambah bumi..


Salah sebuah restoran yang terlibat..


Papan tanda pun jadi tanda tanya je...

Agak mengejutkan tapi itulah yang dikatakan dugaan. Semoga mereka yang terlibat dengan kemusnahan petang itu tabah dan bangkit semula dengan lebih tinggi...

Bila difikirkan balik, nasib baik aku ada di penang waktu tu sebab selalunya petang-petang aku memang suka jalan-jalan naik motor keliling bandar....Allahuakbar!!

p/s: Selamat berpuasa semua...jaga pemakanan. Heh.

Thursday, August 13, 2009

kAmpuNg hiDupku

Kita selalu terlepas pandang sesuatu perkara itu sehinggalah ianya tiada lagi..

Berada di perantauan membuatkan aku mulai sedar akan perkara-perkara yang masih belum aku terokai.

Kampung umpamanya.

Maka cuti itu, aku berkesempatan untuk balik ke kampung ayahku di Negeri Sembilan...ha..orang tua-tua kata nogori..heh.

Lama juga aku tak balik. Kekangan dan faktor-faktor luar menghadkan aku untuk pulang ke kampung ayah.

Tapi Alhamdulillah..akhirnya sampailah kami sekeluarga ke kampung.

Tanpa berlengah lagi, terus aku keluarkan kamera handphone aku. Hahaha...dah cukup lama blog aku ni tak bergambar. Eloklah ada gambar guna kamera handphone..daripada tak ada. Muwahahahaha...

Sambil aku bawa kamera tu, aku pun berjalan-jalan lah sekitar rumah kampung aku tu...menuju ke kolam ikan.

Kolam ikan..?

Aha....ini lah kolam ikan di kampung aku. Nampak cetek je kan. Mana taknya....musim kemarau sekarang ni.

Bayangkan dah dekat sebulan tak hujan. Air sungai pun kering daa...huhu

Tapi persoalan sebenar....ada ker lagi ikan dalam kolam tu?

Dulu ada la ikan talapia....siap melompat main teng-teng lagi dalam kolam tu. Haha...tapi sekarang..

Adik aku kata ada...tapi yang aku nampak ikan kecil-kecil ada la..mungkin diorang menyorok kot. Heh..

Aha...jangan pula para pembaca tanya kenapa air kolam tu tak biru...nak biru letak nila. Hahaha..

Dah puas tengok kolam, aku pun pergi la lagi berjalan kat belakang rumah....jumpa la beberapa pokok yang aku tengok dah pandai berbuah.

Dulu aku tengok ranting ngan daun je..haha.

Pokok apa ni? Ntah...haha

Aha...mesti para pembaca tak nampak kan pokok apa ni. Hehe....meh kita tengok buah pokok ni...zoom!!!

Ni lah buah pulasan...hoho..pulas pulas!!

Hehe...dah tau dah? Tu la buah pulasan. Rupa ada macam rambutan..rasa pun lebih kurang aja..huhu..

Aha....lepas aku habis meratah buah-buah pulasan yang aku boleh petik, aku pun terjumpa la dengan salah satu buah favourite aku...

Aha...ni lah pokoknya..

Tu dia...pokok buah mata kucing...yeehaa!!! Aku memang suka buah ni. Lagi-lagi kalau makan waktu panas..best wo. Letak dalam lai chi kang..pergh....terliur jap. Haha..

Tapi buah yang dekat kampung ni mungkin tersilap baja kot...biji dia terlebih besar. Maka isinya dapat sikit aja..

Zoom in buah mata kucing..

Itu aku tak kesah sangat sebab banyak aja buah mata kucing ni depan mata..makan aja sepuas rasa. Muwahahaha...burrppp..Alhamdulillah~

Lepas tu aku jalan-jalan lagi....terjumpa pulak sejenis pokok ni..

Apakah pokok ini? jeng jeng jeng..

Hehe...pokok apa tu ek? Aku ingat-ingat lupa nama buah tu..maka aku pon menggunakan super-cosmos powered eyes untuk zoom in buah pokok tersebut...

Fokus menggunakan kuasa mata..haha

Oh....baru aku ingat..tu buah ciku. Haha...bukan cikugunya tapi buah ciku sahaja. Huhu....tak puas hati dengan penemuan tu, aku pun tangkap lagi satu gambar buah ciku.

Kalau-kalau ada pembaca yang belum tau rupa buah ciku, meh cini tengok. Hehe...

Ini ciku...

Aha...tu lah rupa sobenor buah ciku...hehe. Jalan punya jalan lagi, aku pun jumpa la pokok yang aku kenal sangat. Pokok cili.

Dulu pokok ni tak besar sangat lagi. Tapi sekarang...dah berbuah-buah dah..

Aha...tengok sikit cili tu..pergh..

Haha...rasa nak geget-geget aja cili-cili kat situ. Tapi nanti orang kata buang tebiat pulak. Huwahahaha...

Meh makan...ngaaaaap!!

Haha..best woo berjalan meneroka kampung. Banyak juga la perkara yang aku buat hari tu.

Tapi perkara aku paling tak boleh lupa, aku tiba-tiba teringin nak minum air kelapa.

Amek ko....guna galah aluminium untuk kait buah kelapa. Berat woo...hahaha. Tapi dapat juga la dalam 3 ke 4 biji.

Waktu tu jugalah parang nak belah buah kelapa tak ada...haha. Terpaksa guna parang kontot daa....kontot pun kontot la janji boleh buka...cuma masa lambat sikit lor..heh

Kenangan....kenangan...

Entahlah...

Terpikir juga kenapa aku boleh tak nampak benda-benda ni sebelum ni. Heh, apapun aku cukup menghargai pengalaman dan hari-hari aku di kampung.

Pembaca pun cubalah balik ke kampung dan teroka benda-benda yang ada di sekeliling kampung kita tu.

Masih ada benda lain yang kita kadang-kadang terlepas pandang...huhu~

Thursday, August 6, 2009

KelajUan yaNg berBeza

Fast learner atau nama lainnya cepat pick up....

Selalu kita dengar bila seseorang tu dapat tangkap sesuatu dengan pantas....contohnya bila kita dapat tangkap apa yang lecturer ajar dengan mudah....

Atau dapat jawab kuiz dengan betul dalam masa yang singkat...dan macam-macam lagi la...

Mesti orang akan cakap yang kita ni fast learner...

Waktu tu hidung kita pun kembang kempis....macam tak cukup udara jer nak hirup..haha. Rasa macam terbang di awang-awangan ja...heh.

Hurm..

Tapi pernah tak pembaca terfikir...

Sebenarnya....

Betul kah kita ni fast learner?

Atau lebih kepada fast keeper?

Heh..ada gak la masa beberapa hari ni aku terfikir benda ni. Beza fast learner dan fast keeper.

Fast learner pada aku adalah orang yang cepat memahami dan cepat belajar tentang perkara-perkara baru. Tak kisah lah dari segi pelajaran mahupun kerja, dia akan dapat memahami struktur dan corak konsep perkara tu dijalankan.

Dan bila dia dapat memahami perkara ini, maka dengan automatik otak akan memainkan peranan untuk terus mengingati perkara ini kerana dari pemahaman otak akan menjadi lebih agresif dan terbuka.

Berbeza dengan fast keeper, mereka juga cepat menangkap apa yang dipelajari. Tetapi proses seterusnya lebih kepada teknik penghafalan, bukan pada corak memahami konsep perkara yang dipelajari.

Pendek kata, fast keeper adalah orang yang cepat menghafal.

Namun, fast keeper ini mempunyai masalah bila mana perkara yang dipelajari itu tidak difahami, maka lama kelamaan perkara itu akan hilang.

Pernah tak para pembaca study last minute? Hehehe....jangan tipu...dosa tau.

Ingat tak sehari sebelum periksa, habis semua fakta kita hafal. Kita pulun abis-abisan...macam pulun durian daaa...

Tapi lepas ja periksa tamat...semua yang kita baca....puff!!! LESAP.

Hehe...

Jadi mana yang lebih baik? Fast learner atau fast keeper?

Bila orang kata kita ni fast learner...cuba tanya diri sendiri balik, betul ke?

So which one are U?

aKu dan Tin

Aku merupakan insan biasa yang lahir dan berpijak di bumi ini....

Seperti yang aku jangkakan...lambat laun pasti akan datang juga tika dan waktunya..

Harapan moga ia tidak berlaku...tapi ini merupakan ujian buat semua yang terlibat.

5 Ogos 2009...bermulalah satu kisah di mana aku dan tin..

Apa itu tin?

Hurm......

Kuarantin...hoho.

Jeng jeng jeng...poli tempat aku kerja ditutup daaa....sampai la minggu depan. Katanya terdapat kes selsema ekor merah tu.

Jadi semua di minta mengosongkan premis poli. Hanya tinggal yang dikuarantin sahaja dalam poli tu...

Tak tahulah macam mana keadaan yang dikuarantin...tak pernah aku terfikir yang benda ni boleh berlaku sampai macam ni.

Sebelum ni aku kenal perkataan kuarantin tu dari aplikasi anti-virus jer..who would have thought ya...

Apapun, poli cuti maka aku pun cuti. Balik kampung esok...spend masa dengan keluarga. Tapi kalau aku demam esok memang aku tak balik.

Buat pembaca semua, marilah bersama kita berdoa pada yang Esa, moga tiada lagi korban akibat wabak ini. Aku tak boleh bayangkan macam mana perasaan mereka yang disyaki demam ni.

Let us hope for the best....

Tuesday, August 4, 2009

BeSi AtaS kaYu

Salam buat pembaca semua..huhu

Kebelakangan ni, aku agak sibuk dengan tugas-tugas sampingan di jabatan.

Sebagai orang baru, aku masih mengikut jejak langkah petugas-petugas sebelum aku....

Tentang bagaimana cara mereka membuat proses kerja tersebut...corak membuat laporan dan macam-macam lagi la.

Senang cerita...aku masih sibuk belajar.

Tapi sibuk-sibuk pun, aku suka dengan kerja aku. Walhal bangga dengan kerja aku. Hehe...

Semua tugas sampingan ini merupakan suatu pengalaman baru. Dari sinilah aku belajar mengenali feel staf-staf jabatan dan pelajar-pelajar.

Tipulah kalau aku kata yang tak ada tension langsung. Kadang-kadang memang tension. Cuma kena pandai tangani lor...

Tak kira la macam mana nak tangani....senyum ka...ngadu kat orang tersayang ka...terpulang pada pembaca..hehe

Macam sekarang, aku sibuk dengan tugas-tugas kualiti dan audit...jadi banyaklah borang-borang yang aku kena kenal.

Itu belum kira lagi tugas sebagai PA. Rasa kelakar bila tengok feel pelajar-pelajar aku. Haha...

Buat para pembaca,

Biarpun tugas kita kadang-kadang ibarat besi atas kayu, cubalah untuk buat satu persatu. Mulakan dengan jitu dan akhirkan dengan bermutu. Hehe..

Beam beam beam!!!


Monday, August 3, 2009

HaTi daN seNyuM

Salam..

Manusia memang ada macam-macam jenis...

Yang ensem..(sambil jari telunjuk menghala ke hidung sendiri..), yang cun..(peewit!!), yang tinggi, yang rendah, renek dan lain-lain....bak kata orang segala jenis rupa la ada.

Tapi memang kalau ikutkan, tak semua manusia kita boleh campur dan sekepala dengan mudah.

Lain orang, lain feelnya. Lain telinga, lain bunyinya...

Tapi ada satu petua yang aku tahu; apa dan bagaimana untuk kita menghadapi teman seperjuangan yang kadang-kadang boleh merosakkan mood dan jiwa kita..hehe

Bila mana kita berada di dalam satu situasi, kita berhadapan dengan insan yang contohnya suka cakap lepas (bukan melepas ek..), perli tak kena tempat dan lain-lain..

Ada dua cara yang kita boleh lakukan...

PERTAMA:

Sama ada kita terasa dan menarik muka panjang....

Yang akibatnya nanti kene pada diri kita sendiri...

Mood lari...

Kerja banyak tak jalan...

Orang sekeliling pun kene tempias...

Atau kita boleh guna langkah kedua.

KEDUA:

Pandang orang tu..

Cakap dalam hati "dia dah memang macam tu..huhu" sambil tersenyum ikhlas.

InsyaAllah...bila kita buat cara kedua ni, mood kita tak akan lari. Malah bertambah baik.

Tapi jangan lupa senyum waktu cakap dalam hati tu. Sebab kalau waktu tu ekspresi kita masam...tuning mood tu akan jadi lain. Jadi makin muram. Huhu...

Cubalah para pembaca amalkan...memang tak semua orang sekepala dengan kita. Tapi itulah antara rencah hidup yang menjadikan dunia ini lebih menarik. Hoho..

Try it and u'll see the difference..Lebih mudah dan efektif!!

Beam beam beam!!!