Sunday, December 28, 2008

maSa dePan yanG mungKin

Salam

Haha..akhirnya selesai sudah pengalaman aku berniaga di expo Selangor Ria tuh.

Banyak perkara yang aku belajar...

Cara menjaga hati pelanggan

Cara berjimat

Cara menunggang motorsikal dalam kelesuan

Cara makan beradab (eh silap...makan berpantang sebab duit)

Dipendekkan cerita, hari-hari lain di expo banyak menguji kesabaran dan kredibiliti sebagai penjual.

Member niaga hilang handphone sebab dia tido kat expo tu. Sedar-sedar ja handphone dah hilang...hurm...nasib.

Tak kurang juga pelanggan yang mendakwa aku tipu bila aku kata kain tudung tu bawal 1. ceh...sesedap ja. Cili mulut tu kang..haha.

Tuk pengetahuan pembaca, kain bawal 1 tu ada banyak gred ya.

Cuma yang dijual tu bukan gred teratas sebab yang finest punya bawal 1 kain dia lembut yer...

Niaga kena jujur. huhu~

Apapun, hari rabu ni aku akan hadiri temuduga untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) pukul 8 pagi.

Doakan aku berjaya yer!! yeeehaaa!!!

Kalau aku berjaya, aku akan mula mengajar pada 9 januari nih..hoho.

Future!! here i comeee!!!

p/s: banyak lagi entry nak masuk ni...tapi tunggu masa lapang..ni pun curi-curi ja..haha

Tuesday, December 16, 2008

eXpo seLangor Ria

Hari ini aku akhirnya berkesempatan untuk menyentuh laptop sekaligus menaip di bibir keyboard menceritakan perjalanan aku di alam perniagaan. (ni apa kes ada perkataan ala-ala jiwang? erk...)

Seperti rakan pembaca tau, aku sekarang kerja part-time ngan member aku kat shah alam.

Seksyen 13, dekat Stadium Malawati. ada expo Selangor Ria. 13-21 disember 2008.

Setiap hari ada ja perkara yang menarik dan mendebarkan berlaku...ni retetan suara aku kat expo tu...huhu~

***************

Day 1

Ini merupakan hari yang paling mencabar....serius, tercabar kemachoan aku.

Waktu ni kami (aku dan member aku) datang memang bawa barang-barang untuk dijual sahaja. Persediaan lain tak ada.

Usahawan in the making

Antara kain yang dijual

Kerongsang bukan keroncong yer..

Tudung bidang 60 bawal 2

Dengan kehendak-Nya...

Hujan.

Memandangkan tapak kami di corner lot, terpaksalah pinjam kanvas kat jiran booth (pasangan berkahwin anak satu) kami..

Buat muka tebal ja...di ikuti dengan senyuman mesra..haha.

Disebabkan persediaan yang kurang pada hari pertama, ada kain dan tudung yang digantung menjadi lembap sebab terkena ujan sikit...huhu~

Nak dijadikan cerita juga, waktu tu kami tak bawa beg plastik dan resit. Kira kalau pelanggan datang beli....abis la...haha.

Maka aku pun pergi la beli plastik kat Tesco Extra yang ada dekat situ..

Hari pertama ni jugalah aku belajar pasal jenis tudung, jenis kain dan cara menggulung tudung...hehehe.

Tu la tudung yang aku gulung..kira ok la tuk first time.

Malam tu pula, jiran kami (yang kami pinjam kanvas) hilang dompet ngan kamera...ada pelanggan pura-pura tengok baju...

Jadi member aku jaga kedai, aku tolong abang tu cari pencuri tu.

Maka pergilah Tesco.

Tak jumpa.

Pergi pula Giant.

Tak jumpa.

Tapak expo tu dah pusing beberapa kali juga tapi tak jumpa.

Tuk pengetahuan pembaca, pencuri tu wanita berumur hampir 30. Siap bawa anak sorang...hurm..

Macam mana kitorang tahu dia? Sebab dia sorang ja customer waktu tu. Lepas dia keluar abang tu tanya isteri dia ada hilang apa-apa.

Check tengok beg terbuka dan dompet ngan kamera ilang....

Benda nak jadi....hurm

Day 2

Tak sepenat hari pertama sebab kami telah bersedia.

Kanvas pun dah beli.

Kira kalau hujan, turunkan kanvas, maka terlindunglah dari hujan..huhu

Dapat baik dengan anak pasangan booth sebelah.

Adana nama dia.

Inilah adik Adana a.k.a baby

Comel ya amat...huhu.

Aku tarik dia dengan bagi lukisan ultraman.

Sebab dia minat ultraman.

Maka belajarlah aku beberapa bahasa budak dua tahun setengah yang petah ini:

pes pes - ultraman max

kelopok kelepeng - spongebob squarepants

aeropelain - aeroplane

patit - patrick

nelemon - doremon

Aku pun dah ajar dia gaya ultraman sakit perut dengan gaya ultraman tengah fire..muwahahaha

Selain tu, pelanggan pun bertambah...walaupun hujan turun dua kali.

Alhamdulillah...hujan itu rahmat...

Day 3

Berjalan lancar.

Cuma aku masuk kerja lambat, dalam pukul 3 petang sebab ada urusan keluarga kejap.

Aku pun dah cakap dengan member supaya potong gaji.

Tak sedap la kan kerja datang lambat tapi gaji penuh.

Dah la kerja ngan member.

Nanti sebab duit takut boleh bawa gaduh..hoho.

Berjaya tidurkan Adana.

Mak dia kata budak ni susah nak tido..bangga jap. Haha.

Tomeinya la dia tido..huhu

Jualan meningkat. Amat memberansangkan..huhu.

Keluarga aku pun datang hari ni melawat expo sekaligus melawat aku.

***************

Itulah serba sedikit pasal apa yang aku lalui.

Bagi aku semua tu pengalaman.

Best dapat meniaga.

Best dapat sakat dan dibuli budak kecik. Haha.

Walau penat tapi berbaloi!!

Meh la jenguk aku!! Huhu~

Tag peniaga aku..hehe

p/s:

tudung manjalara bidang 45 kain bawal satu kami jual rm20..ngah promosi..huhu~

orang booth sebelah kata aku dah kena kawin sebab pandai jaga budak..tapi aku jawab aku belum pandai jaga bini lagi...muwahahaha.

Friday, December 12, 2008

maRi ke eXpo

Esok aku akan memulakan kerja part-time aku di shah alam.

Tolong member jual kat expo.

Tudung, kain dan aksesori wanita...

Seminggu.

Aku dah la tak tahu sangat pasal benda-benda ni. Tapi kawan aku cakap jangan risau. Nanti dia ajar.

"Mari-mari, mmmmmurah aja kak. Aha..., boleh pilih yang mana berkenan.

Kalau berkenan kita boleh bagi murah..kalau tak berkenan kita boleh kenan-kenankan...

Yang lari kita kejar, yang berjalan kita sapa...mmmmmari mari mari.."

Err...ada gaya ka? adess...segan jap. Haha.

Apapun, aku pun dah lama nganggur...boleh la agaknya mencari pengalaman kan. Cara dan kehidupan meniaga...huhu.

Untung-untung bleh buka perniagaan sendiri nanti...haha.

Harap kedatangan aku kat sana dapat membantu member aku tu..hoho.

Jemput-jemput (bukan kuih tu ek) la datang ke sana. Huhu....

p/s: aku dah tak botak...haha

Dah ada rambut

Monday, December 8, 2008

siBLinGs waLk

Hari ini aku pergi ke alamanda dengan kakak dan adik-adikku...huhu. Kira macam siblings walk la.

Bergerak dalam pukul tiga petang, sampai dalam pukul 3.30 petang.

Sebenarnya pergi ke alamanda sebab kakak aku ni dia dah terkena racun dengan baju dekat reject shop tu...

Maka dengan taktik dia yang berjaya mengepau ayah, kami pun pergilah bawa dia ke sana...adess..

Dipendekkan cerita, kakak aku dapat beli baju yang dia nak tu...

Adik yang bawah aku tu dapat sweater satu..

Adik bongsu dapat buku dan rantai handphone..

Aku?

Dapat kepuasan.

Bukan senang nak berkumpul adik-beradik ni. Nanti bila dah kerja lagi susah..heh.

Alhamdulillah selamat pergi dan pulang.

p/s: Kakak ada suruh ambil baju kaler pink belang merah...teringin gak nak cuba tapi mahal harga baju tu...cancelllllll. haha..

Thursday, December 4, 2008

iTu paSTi

Tak tahu la kenapa. Tiba-tiba ja terdetik di hati kecil ni tentang sesuatu yang perlu di lalui oleh setiap insan...KEMATIAN

Semuanya terjadi bila aku terpandang pada handphone aku.

Pernah tak pembaca terfikir...

Tempoh hidup kredit handphone kita mungkin lebih lama dari hidup kita.

Dalam erti kata lain, kita mungkin bertemu ajal sebelum sempat kredit handphone kita expired..

Aku pernah terfikir macam tu..bunyi memang macam kelakar tapi itu la yang aku terpikir semalam.

Contoh kata kredit kita expired lagi setahun...tapi hidup lagi ker kita tahun depan?

Nampak sangat ajal tu tak tunggu apa-apa dan sesiapa.

Segala peninggalan dan barang-barang memang tak akan ikut.

Tapi bila ek waktu kita akan sampai....dipanggil menghadap pada-Nya..

We know about it but what do we do?
- Ignore it
- Try to avoid it
- Searching for His blessing

Yet, it still happen...not 1 second less or more.

p/s: hehe....sekadar ingatan. mungkin ada kaitan dengan kejadian aku hampir excident kot..huhu~

Wednesday, December 3, 2008

aKu masiH beRnyawA

Tadi pergi 7e dekat bawah.

Naik motor.

Brom..broomm...

Traffic light di simpang empat.

Berhenti.

Lampu hijau.

Jalan.

Tiba-tiba...

Ada satu kereta nak langgar lampu merah.

Kira kalau dia langgar lampu tu, langgar aku sekali yang ketika itu dah berada di tengah jalan.

Srieeekkkkk...!!

Kereta tu sempat break.

Aku selamat.

Tiada tanda sorry, hanya muka ego pemandu kereta tu.

Aku jalan - malas nak ambil port.

Alhamdulillah.

Ajalku bukan pada masa itu..

p/s: dah menggigil sebab tahan marah..huhu~~

aPa yaNg aKU buAt sekaRanG

3.12.08

Hari ni aku dengan hensemnya membawa akak dan adik bongsu aku pergi alamanda.

Naik kereta.

Aku drive.

Biar betol...macam tak percaya jer..kalau pembaca nak tahu, aku ni dah dekat 3 tahun tak bawa kereta.

Sebab aku lagi suka naik motor.

Kekdahnya habis skill-skill drift aku meruap...haha

Nasib baik pergi alamanda jer...kurang kereta dan aku pun boleh la membiasakan diri membawa kereta.

Alhamdulillah.

Selamat pergi dan pulang.

Tiada hon dibunyikan..haha



****************************************************************************************



Hari ni juga dah masuk dua hari aku hantar dan ambil adik aku dari sekolah.

Memandangkan tahun depan dia masuk tahun enam rendah, kira bulan disember ni sekolah buat tuisyen.

Jadi pemandu tetap dia tak lain tak bukan......

Abang dia yang hensem lagi macho ni..huhu.

Ni saja wat muka ala-ala seyes...haha

Maka haruslah aku hantar dia ke sekolah sebelum pukul 8 pagi dan ambil dari sekolah sesudah 12.30 tgh hari. hehe...

aKhirnYa seLesai

25.11.08

dengan langkah yang berat, aku pergi ke putrajaya untuk menghantar kembali dokumen-dokumen aku yang DIHILANGKAN oleh mereka.

Rasa bengang memang ada dan menjadi bertambah bengang apabila seperti biasa, telefon tidak diangkat di KPTM itu. huh....

Selepas mendapat pengesahan, terus rushing ke putrajaya.

Sampai dengan selamat.

Alhamdulillah..

Tapi

Orang yang aku cari tu tak ada.

Nak tak nak, terpaksa tinggalkan dokumen dekat orang lain...cuma takut pisang berbuah dua kali...naya aku nanti.

Tapi tak ada pilihan lain...hantam sajalah.

Yang musykilnya, punya la ramai orang dalam pejabat..kenapa aku telefon tak reti nak angkat? huh...nonsense..