Wednesday, September 24, 2008

sisipan 4

kata itu ibarat mata panah yg membara,
betul sasarnya hilanglah duka,
silap langkahnya musnahlah jiwa,
kerana itu kata harus d jaga..

kata jika d salah guna,
mencaci mengutuk juga mengata,
konon hanya dia yang mulia,
dan katakan org lain hina,
maka harus waspada,
tunggu sahaja pembalasan-Nya..

bijak berfikir sblm bicara,
memberi ruang menyusun suara,
memberikan kata seindah suria,
namun tatkala terlebih guna,
jadilah manusia hipokrit semata,
yg akhirnya cuma membinasa..

namun apa yg lebih ku tahu,
diam itu lebih d seru,
katakan hanya perkara yang perlu,
mengikut keadaan dan juga waktu,
supaya dosa lebih ringan d pikul bahu..

1 comment:

dMasyri said...

aku letak link blog ko kat blog aku..
nnti kalo rajin..
singgah la blog aku..
huhu..