Thursday, September 25, 2008

maRi maSaK nAsi

masak nasi pon x reti?? keh3.....kalau sebut pasal masak nasi mesti ada yg ingat itu adalah perkara paling asas tuk d ketahui oleh setiap org...kalo x pndai masak nasi mknanya mmg yg lain pon fail la...yeke?

kajian yg d buat oleh ak membuktikan bahawa fakta tu hanya auta...hehe. ada jer yg x reti masak nasi tapi boleh ja wat ayam masak kicap ngan begedil..huhu...ak la orgnyer. baru ak sedar yg masak nasi bukan lah semudah yg d sangka. langkah masak nasi sekarang mmg mudah sbb dh ada rice cooker. kalau zaman dulu mmg jerang guna periuk pastu nk kene slalu jaga api..skarang mudah je...masuk picit..pap! dah masak...tapi mudah camtu pon ak masih lagi fail masak nasi..dlu kat umah sewa ak dh sebabkan nasi yg d masak kurng air..lepas tu mmg dh x amik port dh pasal nasi..haha.

sini ak terangkan cara asas masak nasi guna rice cooker...saja tmbh general knowledge. ada byk cara sebenarnya nk masak nasi ni. ni adlh cara paling asas iaitu teknik serapan air ke dalam nasi..kalau nk tau cara lain masak nasi, cari dlm google:

1 - nasi seeloknya d basuh atau erti kata lain d bilas bagi menghilangkan kutu, ataupun habuk2 beras. bg yg beragama islam tu, seeloknya smbil basuh tu selawat la..itu la yg mak ak ajor..huhu. ak slalu basuh selama 3 kali bilas. ikut la kalo yg suka main air tu, sekati korang la tapi bil air pandai2 la byr nnt. heh.

2 - selepas d yakini kebersihan beras yg telah d bilas, baru sukat air tuk d tanak bersama nasi nnt. ni la part yg paling kritikal sbb kalau terlebih air, nasi jadi lembik. terkurang nasi keras sgt. dulu, mak ak ada ajar kalau nk mudah sukat guna jari telunjuk (tgn kanan ok)..wah macam hukum tgn kanan plak..haha.

caranya ratakan beras dan letakkan jari pada permukaan beras. lepas tu sukat air sampai paras pertama jari telunjuk kita. maknanya sampai pada garisan lipatan jari tu la..huhu. itu cara yg mak ak ajar la.

ada lagi satu cara iaitu perkara asas yg ak tahu kalau satu cawan beras, airnya antara satu stengah cawan hingga satu 3/4 cawan.

3 - lepas tu barulah masuk dalam rice cooker. sblum tu jgn lupa lap periuk bagi kering untuk menjaga hayat rice cooker anda. tekan 'on' dan tggu sehingga masak.

4 - lepas masak jgn lupa untuk kais nasi guna senduk atau kalo ak slalu guna senduk nasi yg kayu tu...nmpk klasik sket..hehe

itulah cara asas masak beras guna teknik resapan air yg aku tahu. cuma part yg menentukan jumlah sukatan air tu sebenarnya bergantung pada kualiti dan kuantiti beras yg d gunakan. macam ak, beras yg d gunakan sekarang mudah lembik..jadi ak kene slalu wat eksperimen tuk cari sukatan sebenar.

cuma bila mak ak yg masak..ok plak..? haha...mungkin ada hikmah tu ak masak nasi asyik lembik ja...mgkin bleh buka kedai sushi? jeng3....

ruTiN puAsA Ku

menganggur membuatkan ak lebih berisi, lebih tembam dan yg paling penting lebih dekat dengan keluarga..jadi rutin harian ak d bulan puasa ni byk berkisar ttg menjadi seorang abang yg baik kononnya serta menaip blog..haha

d bulan puasa ni, ak akan tidur selepas menghantar adik ak ke sekolah. adikku yg bernama Irfan, darjah 5 tahun ni. jarak perjalanan adalah kira2 30 minit menaiki motor...kalau naik beskal mahunya sejam lebih. jadi kira2 dlm pukul 6.50 pagi atau 7.00 pagi ak akan bergerak ke sekolahnya..kalau minyak mcm dh nk empty, ak slalu gerak lebih awal dari biasa. tapi satu yg aku perasan la...bulan puasa ni jalan akan lebih awal sesaknya sbb org pas sahur trus subuh n g kerja. kalo bukan bln puasa, jalan time ni mmg x sesak lagi. huhu....

sampai d skolah dia slalu dalam pukul 7.15 atau 7.20. skolah dia masuk kol 7.30..hehe, maka selalulah sblum bertolak balik dari menghantar dia ak akan memukul manja topi keledar yg dia pakai..heh. walaupun ak ni abg yg garang tapi sbnrnya sayang woo kat adik. cuma xnk tunjuk sgt nnt dia makin ngada2..haha







ni lah wajah ak ngan adik ak sblm g antor dia g skolah..haha. topi keledar kuning tu jugak la yg ak akan ketuk sblum tinggalkan dia kat skolah..haha.










balik dari skolah br ak tido. tapi kalo mak ak nk g pasar n x dak transport, ak la yg bw mak ak g pasar. hurm...paham2 jer la kalo ak dh tido...sesapa yg knl ak mmg dh tau dah..ak ni kalo tido mesti tido mati. bahaya wooo tida mati ni sbb mmg x perasan ap2 pun...haha. pastu dlm kol 12ak bgun sbb nk amik adik ak balik dr skolah. dia kuar dlm kol 12.30. ak slalu sampai tu dia dh kuar kelas pon. hehe...ak ni mmg x suka menunggu sbnrnya...tu sbb bajet mmg betol2 sampai skolah dia, kelas dia pon tamat. huhu....

bila wktu petang lak, ak akan tunggu pesanan dari family ak tuk g bazar. kalo xdak pesanan slalu ak dok dlm bilik ja...tgk blog org lain ato update blog ni. bila mana family suroh g bazar, sebolehnya ak akan cari ap yg d pesan...pernah mak ak pesan suroh beli kuih abuk-abuk. Allah itu Maha Besar, tiga bazar ak g x jumpa gak..hahaha. slalu mcm nmpk jer kuih tu..maka cari punya cari jam dah nk dekat kol 7.10 mlm. apa lagi, ak pon melancarkan roket yg tersembunyi d bahagian bawah karburator ak..dpt ak rasa vibration handphone ak..dah agak dah ni mesti mak ak kol..huhu

sampai umah kene sound sbb g carik kuih tu sampai merata..mak ak kata kalo dah xdak tu biar ja la...xyah sesusah cari..huhu. tapi ak mmg ssh sket kalo request dari family ni. heh, lantak p la...jadi bila ada pesanan tuk g bazar, ak suka g bazar yg jauh2 sbb saja nk jalan2..hehe. abis minyak moto..sori ek moto ku sayang..wahahaha.







motor gaban biru...
merangkap motor pertama ku






itulah sedikit sebanyak perjalanan dan rutin harian ak pada bulan puasa ni...niat menulis bukan nk bangga diri atau nk tunjuk yg kononnya ak ni ank soleh. chet...x terlintas langsung...sekadar mengisi ruangan blog ini dan menjadi kenangan ak sewaktu menganggur d bulan puasa..hehe

caBaraN seOranG peNgaJar

ak masih ingat lagi dulu2 wktu ak masih bersekolah d tahap satu...mak ak siap pergi kat guru kelas dan cakap "cikgu, kalau ank saya ni buat salah, cikgu pukullah dia untuk mengajar dia, saya x kesah tapi jgn sampai ank saya ni berdarah". ahlamak....bila dgr mak ak ckp mcm tu...mmg la mak ak x kesah tapi ak kesah...hahahaha. tapi itulah gaya dan corak yang d berikan zaman dulu...ketinggian ilmu masih d sedari akan kepentingannya seiring dengan moralisme masyarakat.

guru pada masa dahulu boleh ja menepuk dan memukul anak murid mereka dgn tujuan untuk mengajar...sapa kata ak x pernah kena pukul ngan cikgu...mestilah pernah...dlu nakal seh..haha. cuma yg aku nk tekankan...itu semua berlaku pada zaman dahulu...ada yg mengatakan kononnya itu semua adalah trend zaman klasik. tidak boleh d guna pakai pada zaman sekarang...kepala otak hang!!

sekarang kalau kita lihat, ibu bapa byk berkata "kau tu cikgu aja, jgn la sibuk nk jaga tepi kain orang, ajar dlm kelas aja sudah la!!. pergh...banyak tahi idung mereka nk cakap macam tu. byk ibu bapa sekarang berpendapat bahawa guru itu tugasnya hanyalah mengajar d dalam bilik darjah. ap yg berlaku selepas tamat wktu persekolahan bukanlah lagi tanggungjawab guru itu. mmg kalau d ikutkan logik akal guru itu berperanan pada wktu persekolahan sahaja...tetapi jika d teliti mksud guru itu sendiri....ia lebih kepada mengajar atau membentuk.

jadi x salah jika satu hari c guru ternampak ank muridnya ponteng kelas d luar kawasan sekolah dan memarahinya kan? namun pabila d tegur, ibu bapa akan masuk campur dan memenangkan ank mereka bagai wira yg baru balik berjuang ttapi sebenarnya hanya kambing yg d sogok rumput yg busuk. ini hanya mengeruhkan keadaan sekaligus melahirkan generasi masa depan penuh dgn kemanjaan yg melampau lalu rosaklah negara dek kurangnya pemimpin masa hadapan.

apa yg ak ingin ketengahkan d sini adalah perbezaan pemikiran manusia ttg profession perguruan kini. jika dahulu guru dgn rotan d pndg mulia, kini guru dgn rotan sebolehnya akan d cerca. ingat, jgn terlalu memenangkan anak sendiri. selidik dahulu perkara yg berlaku seadilnya...ak tidak menafikan bahawa ada juga guru yg buruk sikapnya dan ak juga tidak menafikan ada ibu bapa yg masih relevan akal fikirannya...cuma perkara buruk ini bagi ak semakin hari semakin menular....

ak ada terbaca seorang guru wanita d cekik pelajar hanya kerana memukul dia d atas kesalahan pelajar itu sendiri...dan hasilnya, c ibu dan bapa pelajar memenangkan ank mereka dan berkata itu tindakan spontan anknya...chet. langsung tidak berasas!! tggu sajalah nnt satu hari anak tu akan memberikan tindakan spontannya kepada mereka balik...apa la. langsung x bleh terima pakai alasan ibu dan bapa tersebut. x relevan!!! nonsense!! yg pasti c ank mesti tersenyum melihat gelagat ibu bapanya yg ibarat memberi lesen besar kepadanya...astaghfirullah...

ak tahu suatu hari nnt ak akn menjadi seorang bapa dan ak amat berharap buah fikiranku ini d jadikan ingatan kepada semua yg membaca dan juga diri aku sendiri...apa nk jadilah dgn dunia. makin maju tapi moralisme makin celaru..mak ayah kerja tinggi2...tapi ank abis rosak diri..d tegur guru, guru katanya hanya makan gaji...

dulu ak ingt org gila xbleh ad ank dan berjaya...hurm....sangkaan ak meleset.....

Wednesday, September 24, 2008

sisipan 4

kata itu ibarat mata panah yg membara,
betul sasarnya hilanglah duka,
silap langkahnya musnahlah jiwa,
kerana itu kata harus d jaga..

kata jika d salah guna,
mencaci mengutuk juga mengata,
konon hanya dia yang mulia,
dan katakan org lain hina,
maka harus waspada,
tunggu sahaja pembalasan-Nya..

bijak berfikir sblm bicara,
memberi ruang menyusun suara,
memberikan kata seindah suria,
namun tatkala terlebih guna,
jadilah manusia hipokrit semata,
yg akhirnya cuma membinasa..

namun apa yg lebih ku tahu,
diam itu lebih d seru,
katakan hanya perkara yang perlu,
mengikut keadaan dan juga waktu,
supaya dosa lebih ringan d pikul bahu..

Tuesday, September 23, 2008

uNiverSiTi seManiS maDU

ap yg ak ada sekarang merupakan hasil daripada perjalanan semalam. tegap dan jatuhnya ak kini merupakan norma abadi seseorang bergelar manusia. d sini ingin ak letakkan beberapa buah gambar yang menjadi kenangan ak semasa berada d U. sepanjang 4 tahun itu, byk kenangan yg pahit dan manisnya namun kali ini, biarlah ak hanya memberi yang manis kerana yang manis itu kan sentiasa mengukir senyuman buat diriku....d harap kamu juga dapat merasakan kemanisannya biarpun hanya setitis perasaan...enjoy!!

PENTAMASTER N AMD VISIT
ini antara gambar yg ak suka tika separuh dari kelas pergi ke lawatan ini. kedua-dua kilang ini berada d penang. gambar d bwh ni mmg ak suka. mgkin sbb nampak keceriaan budak2 ni...hahahaha. tapi ak xda sbb ak la yg jadi cameraman....dah nama pon kamera ak...wawawa...


ini pula gambar kami bergambar d lobi pentamaster. hehehehe...amoi sebelah ak mmg gerek seh...huhuhuhuhu...beruntung btol..dah la dpt notebook(buku nota bukan laptop tu) free sbb dapat jwb kuiz yg diorang bagi..hehehehe

















BMFA FINAL YEAR DINNER

ini merupakan majlis terakhir kami sebagai satu kelas robotik. ada persembahan band dari dak2 ni, pertukaran hadiah serta permainan2 yg d jalankan. x kurang juga ada undian d buat untuk mencari budak2 yg akan memenangi award2 yg telah d sediakan. alhamdulillah, ak dapat merangkul dua award hasil dari undian para robotik..hehehehe...hasilnya dua hamper yg d jamah bersama rakan serumah..huhu

yg ni gambar wktu ak terima hadiah dari wan redza. lawa balutan dia...x macam adiah ak..balut guna surat khabar jer...xpa, yg pnting isi. huhu...























ni gambar dak2 kelas BMFA lepas tamat majlis. hehehe....masing2 berseri-seri. bukan main fancy lagi pakaian...huhu. gmbar ni bagi ak ceria sbb wktu ni macam gembira gila. nmpk unite sesangat...hehe.

















HOUSEMATES
ni lak kenangan ngan bebudak rumah ak...dlm gmbr tu, sumer dak umah ak kecuali yg perempuan...hehe...dari kiri ayie, chip, hafiz, daus, nizam, pablo ngan erhan. yg dak pompuan tu antara 9 org dak pompuan dlm kelas ak...huhuhu..dari kira shirlyn, khairunnisa, farhana ngan bb.

















ni gmbar wktu dak2 umah ak ngah gila n ada sedikit kewangan untuk d salurkan kepada hiburan...haha. kitorng wat tour g men bowling, pastu g mandi air panas kat gadek n last mkn mcD. yg ni wktu tgh tggu turn nk men bowling...ramai seh time ni...seb bek dapat. dan siapa yg menang? hehehehe....

















ni salah satu aktiviti mingguan kitorang...pergi ke mcD. selalunya kepala yg mengajak tu.....ak la..hahahaha...cian diorang. kadang2 tu macam xnk pergi tapi sbb member diorang teman gak ak..hehehe. thanks weh, jasamu d kenang.

mmg ak kat umah sewa dlu suka ajak2 diorng g kuar makan ni. x pon amik angin. tapi kadng2 diorng wat x layan pon ada gak. hahahaha..org ngah cbuk wat kerja ak bleh ajak kuar. huhuhu..jahat btol ak...tapi seb bek ensem tu ada sket..heh

















DEBAT
siapa yg sangka ak boleh masuk debat...pergh...ak pon x sangka.....tapi sebenarnya d ikutkan ak x reti berdebat pon...sekadar membuat lawak d atas pentas dgn tutur kata boleh la....namun ap yg ingin ak tekankan d cni walaupun ak memang x reti berdebat, budak2 debat kat cni xder la pndang ak sebelah mata. diorang menerima ak seadanya dan memberikan ak tips2 dan cara untuk meningkatkan keyakinan ak.

gmbr ni merupakan gmbr pasukan fakulti ak...alhamdulillah, dlm debat interfaculty, kami berjaya meraih johan mengalahkan fakulti lain...itu pun atas berkat usaha kerjasama. kalo perasan yg dak gemok tu housmate ak merangkap roomate gak. hehe...dia 1st speaker, dayah 2nd dan ak 3rd. huhu...miss that time..























yg ni gmbr wktu debat d raja bertempat d unimas. hehehe...dpt la ak merasa nek air asia ke sarawak..huhu. tu sumer dari U ak. ada tiga kumpulan..byk pengalaman ak dapat. byk juga lah ragam manusia yg ak jumpa. ada yg sombong, bongkak, bangga diri dan bajet best. x kurang juga yg amat peramah dan x lokek ilmu..huhu

















TEATER
berada d U benar2 memberikan ak ruang mencuba pelbagai perkara. dan bidang lakonan teater adalah salah satu cabang cubaan ak d dalam usia bergelar mahasiswa. ini adlh gmbr semasa berlangsungnya teater "dunia bukan ku pinta"

housemate a.k.a roomate ak tu antara watak utama....hahahaha...ak watak sampingan yg amat bahagia...c buta. hehehe....tapi btol la, bukan senang jadi org buta. tapi atas tunjuk ajar kak yana (wanita yg berdiri belakng ak), ak dpt membawakan watak itu dgn gaya ak...hehehe

















yg ni pula wktu MAKUM 07 yg berlangsung pada 18-20 jan 08. aha....auntie yg depan tu adalah penjaga dewan bandaraya ni. dia mmg baik dan byk cerita dia...termasuk la cerita hantu..huhu. yg lain tu pulak antara tenaga produksi U ak....hehehe...so much fun n laughter..walaupun kalah tapi yg penting pengalaman tu dapat d simpan..huhu

















ROBOCON 2008
haha...bila teringat balik kenangan ni, ak akan tersenyum sendiri...kalau boleh bermain waktu, akan ku putarkan berulang kali kenangan ini. sebenarnya, tatkala kecundang pada robocon 2006 lalu, ak sbnrnya tidak berhasrat untuk memasuki semula robocon. tapi ALLAH itu Maha Mengetahui ap yg terbaik untuk hamba-Nya..

ini merupakan dua org lecturer yg ak mmg salute. diorang byk ambil tahu pasal kebajikan kitorang. en arfauz yg ngah gayut ngan madam dia(kiri) dan en shariman yg mmg pantang jumpa benda pelik(kanan)

















selain dua org lecturer tu, mamat pakai cermin mata (dua dari kiri) tu merupakan senior kitorang. dah grad tapi sanggup dtg bantu kitorang. bagi tunjuk ajar ttg programming, litar dan PIC. really appreciates it. thanks kerol!!


















aha! yg ni lak gmbr sblum kitorang masuk field...huhu...nmpk jer ceria tapi dlm hati...gila kencang la...rs nk terkencing jer..hihi..kalau d ikutkan rambut ak spatutnya pnjang...tapi ak potong sbb nnt nk masuk tv..wahahahahaha

















ini adalah ahli2 pasukan fkp!! memang cargas...diorang lah krew merangkap penonton paling havoc!! hahaha...mana tak nya, sorak sampai ilang sore...kamera lak grenti fokus kat diorang sbb mmg bersemangat gila..hahaha.

















ni gmbar paling best sbb dlm ni hampir semua ada. yg paling kiri, baju putih ngah wat 'peace' tu bro technician. hasari namanya....mmg sporting abis. xdak langsung harap duit kopi ka apa....kitorang pon dh anggap bro hasari mcm lect kitorng gak...thanks a lot bro!!

ak mmg terharu, walaupun pasukan terdiri dari susunan tahun yg berbeza (tahun 1,2 dan 4..tahun 3 praktikal) tapi mmg nmpk semangat kerjasama tu. mmg ada suka duka tapi bg ak itu adat la...trima kasih kat en arfauz, en shariman, kerol, bro hasari n fkp robocon's team 2008. "let's make a strong comeback" dan "something to be remembered" merupakan motto kita...bagi ak, kedua-duanya telah tercapai...syabas kerana berjaya memberikan impak positif dlm robocon kali ini!!

















begitulah sedikit sebanyak kenangan manis yg dapat ak coretkan...mmg ada lagi kenangan d U yg tidak dpt ku tuliskan...namun biarlah ia kekal d dalam ingatan. semoga coretan ak ini memberikan makna pada yang membaca tentang betapa penting menghargai setiap saat dan detik yg terluang tatkala kita belum pasti akan mengecapinya lagi d masa hadapan....

Monday, September 22, 2008

sisipan 3

hati ini sering tercari-cari..
mahukan engkau sentiasa d sisi..
ibarat bulan yg sendiri d malam hari..
berharap bintang-bintang menerangi..
menemani menghilang sunyi...

memori bersama kerap ku ulang..
ku biar berlegar d minda melayang..
sambil wajahmu ak terbayang..
tatkala hati membuak sayang...

biarpun duka datang bersama..
ku ulit ku rawat bersama suka..
agar sakitnya tidak terasa..
tatkala hilang dek angin cinta...

tetapi ak sedar selalu..
kadangnya terhiris sehingga pilu..
kerna kita dua dan bukannya satu..
yang sentiasa melekap x kira wktu...

kerana itu lah juga kekasihku..
ku hadiahkan puisi ini untukmu..
buat peneman rindu d kalbu..
dengan harapan kau juga begitu..

biar kita dua dan bukan satu..
itulah penguat kasih dan rindu......

haLa TuJu kU beRCabaNg

22.09.08
pagi ini ak menerima satu panggilan dari cubic electronics....huhuhu...mcm x sangka lak ada company yg akan kol ak...hehe. tujuan sbnr company tu kol tuk bg tau yg company diorng ada wat short course ngan kerjasama kerajaan...jadi mmg short course tu free....it will be 5 months starting from 13 october. (ni apa kes tetiba tulis english?)...bg ak kedatangan perkara ini adalah sesuatu yg memeranjatkan sbb company tu macam tau2 jer ak blom kerja...hehehe...dan yg penting dia kata sijil tu boleh memberi persepsi yg bagus pada syarikat lain bila nk minta kerja nnt...siap bagi elaun sbulan rm500 tu...feewit!! dah la x yah bayar...mmg terliur gak la dgr...walaupun wktu tu br bgn tido ngan air liur basi..keh3...

tapi perkara ni buat ak serba salah sbb kalo ak ikut short course tu, ak akan 'grad' bulan februari la...huhu.....bukan apa, ak ni kan terikat dgn KPM(Kementerian Pelajaran Malaysia), jadi kalo KPM panggil wktu ak ngah attend short course tu agak payah la kan...nnt x semena2 ak kene blacklist ngan cubic sbb jadi peserta sparuh jalan..hahahaha...lagipun ak dh on da way mohon PPD(Pejabat Pendidikan Daerah)....tuk jadi GSTT(Guru Sandaran Tidak Terlatih). nnt bertembung padan muka ak...haha

wat masa skarang ak masih berpegang dengan perancangan hidup ak iaitu terus menjadi guru dan pengajar sbb ak mmg suka mengajar tapi malas membaca dan mengeja...hihihihi. cuma yg membuatkan ak dalam delima sbb kalau2 ak kecundang dgn profession perguruan d mana ak dapati ak tidak layak untuk mengajar...ak kira ada back up plan la kalau ada sijil tu. senang sket...huhuhu. ntah la....agak kelakar bila pikir balik....wktu ak bosan2 dlu xdak menda2 ni datang....tapi bila sekali datang, pergh....mencurah-curah. hihihihihi....

cuma ak masih mencari akan kebenaran short course cubic electronics ni sbb dia kata ada send e-mail kat ak...siap sebut alamat e-mail ak lagi tu....tapi bila check...hurmm, x dak pon....jeng3...adakah ak bermimpi....

Friday, September 19, 2008

perjALanaN giLa

17.09.08
ak bertolak ke melaka untuk mengambil sisa2, saki baki daki barang2 ak yg tertinggal wktu konvo dlu...huhuhu...kesian kat member dah lama dok simpan menda tuh..hehe..sori yop!! teman x sengaja...hehe..

apapun, alhamdulillah selamat smpai melaka dlm kol 3 ptg...kalau d ikutkan badan mmg nk jer ak trus g umah member tdo tapi ye la...ak lupa yg ak ada lagi satu perkara nk d buat kat cni...minta pengesahan dari HEP tuk ak mohon PPD pontian. alang2 dh g U, teringin lak nk jmpa lect2 yg ak rindu..hehehe...terutama lect robotik n robocon lor...tapi agak segan sbb soklan diorng mesti tny dh kerja ke blom..huhuhu...lantak p la.

d pendekkan cerita, ak berjaya berjumpa ngan pn. mimi n encik arfauz...hehehehe...dpt tgk ank pn. mimi...mikail namanya...baru berusia 2 bulan..huhuhuhu...mmg comel...tomei sgt2...pastu x nangis lak tu bila ak main pipi dia...hehehehehe...mgkin aura ak dia suka kot. hehehehe...(masuk lif tekan sndri nmpk)

akhirnya dlm kol 5 br ak dtg umah member ak ni...ada 6 org..suma member ak gak..hehehe...diorng ni mmg kepala pon weng gak...sengal2 ubi kayu. huhuhuhu....biasa la kan, dh lama dok umah..bila jumpa member rasa best sgt2...time tu la konon2 plan nk g pantai la...ctu la..cni la....hehehehehe...tapi last2 x jadi sbb masing2 pas berbuka bw haluan sndri..huhuhu. oh mlm tu ak ader tlg member ak wat programming...mak ai...agak fening gak la....sbb ak x tau syntax software tu...huhuhuhu...so kene la belajar. cian dia...ak pon ckp kat dia "x pa weh, nnt ak try study menda ni sbb ada gak member ak sorng ni wat asgnment guna menda ni gak..hohohoho.."

dlm kol 12 kami pon bercadang g downtown melaka...kat depan MC (melaka central) sbb ak ada cakap nk beli seluar kargo (seluar poket tepi) kat melaka...tapi apa kan daya...ctu ada byk sluar jeans aja...wawawawawa...tapi seb bek dpt jumpa sluar dockers 2 lai rm50 aja...apa lagi, ak pon sambau ler...hehehehe...x kesah la dockers celup ke x...yg pnting tutup aurat..hehehe..aha...nk d jadikan cerita gila..budak2 ni pastu ajak la g tgk bola kat kedai mamak..kata diorng MU lawan Villarreal. ak pon ok jer la....tapi, mslhnya...tetiba ada yg cadang nk ikut jalan kubur...hahahaha..biar btol..

ak pon tny la..."jalan kubur kat mana ni? x tau pon." rupanya jalan yg ak x pernah lalu spnjg dok melaka ni...jalan dalam...mmg lalu kubur jer memanjang..huhuhuhuhuhu....diorng ada gak kata kat sepnjg jln tu mmg ada ja burung antu terbang2...wah, dh mcm dlm citer seram lak....ak pon mls nk amik port pasal burung antu tu...maka dengan kesengalan diorng, lalu kami pon setuju tuk lalu jer jalan tu..pergh....

jeng3...masuk2 jer jalan tu, ada sekor anjing kejor...adeh....ak dh la motor yg terakhir...seb bek anjing tu stop bila nmpk moto ak...cuma mulut dia jer x stop...menyalak2 mcm anjing (tapi mmg anjing pon..keh3)..hahahahaha....perjalanan mmg sgt jauh..dan seram...erm....amat seram. kiri kanan kubur...fuh....pastu mmg serius!! ada burung antu yg terbang...siap ad yg lepak kat jalan...kitorng dh dekat br burung antu tu terbang...huhuhuhuhuhu...nk d jadikan cerita...ada satu tmpt kami lalu ni...tetiba ada bau busuk...member yg dok bonceng blkng ak ni pon tny..."pasal bau busuk ni?" pergh!!!! selamba jer dia tny....seb bek bulan pose...kalo x ak dh tinggal dah dak tu kat ctu..hehehehehe...

tapi kan...walaupon bulan puasa, jalan tu still seram...dahla wktu selekoh ada kubur yg bercahaya...ingtkn ap rupanya kubur tu d buat dari tile yg pantul...pergh....naik bulu roma...huhuhuhu....lepas jer lalu jalan tu, d kedai mamak, kami pon mula la buat rumusan...tapi ada satu rumusan yg kami setuju : jalan tu x bleh lalu d wktu malam selain bulan puasa dan kompom...jalan tu xkan ada road block!!!! hahahahaha...(sbnrnye nk lari dr road block sbb x ske kene tahan polis wlupun x bersalah...hehehe..tu yg tetiba dtg idea nk lalu kubur...bajet thrill...mmg pon..ahaha!!)

Friday, September 12, 2008

sisipan 2

jikalau takut dlambung ombak,
usah berumah d tepi pantai,
biarlah budi tidak ternampak,
spaya riak tidak mengintai...

pisang emas d bw belayar,
masak sebiji d atas peti,
jgn biarkan nafsu bak tayar,
berpusing ligat d dalam hati...

sorong papan tarik papan,
buah keranji dlm perahu,
semaikan cinta pada tumbuhan,
kelak untungnya kita kan tahu...

ada ubi ada batas,
ada hari akanku balas,
ada keringat tetapi malas,
ibarat beras menjadi hampas...

pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bcabang tiga,
jauhi diri sifat amarah,
hindari diri dari binasa...

diam2 ubi berisi,
diam2 besi berkarat,
penuhkan diri serta rohani,
doa dan usaha pastikan berkat...

sekian.

Thursday, September 11, 2008

23rd

10.09.08...jeng3...maka genaplah ak berumur 23 thn...hehehe. alhamdulillah masih d pnjgkan umur untuk melihat bumi ALLAH ini. ak bersyukur dan kalau d lihat pada keratan2 hidup ak sepanjang 23 thn ini...mmg byk kenangan yg ak perolehi....

terlalu byk kenangan d dalam hidup ak untuk ak kongsikan bersama. ada yang manis, suam2 kuku...dan ada juga yg pahit hingga menikam kalbu dan kesabaranku...heh, tapi itu semualah yg menjadikan ak apa yg ak jadi kini. memang tidak d nafikan kenangan manis itu kadang2 membuatkan ak teruja bila d fikirkan kembali, ha.....wktu tu la mood ak serta merta bersemangat!! hahahahaha....sekadar menulis d blog ini pon sudah cukup untuk ak tersenyum seorang diri dan berkata....action beam!!!! muwahahahahahaha!!!!

tapi jgn d lupa pd kenangan2 pahit sepnjg idup ak ni..heh, mana bleh lupa.....sukar la...mcm pepatah org tua dedolu - "forgiven but not forgotten". hahahaha...kalau d ikutkan, kngan pahit ak kebykan nya ak lalui masa ak kecik2 dlu. byk perkara pahit yg bermain d dalam benak fikiran ak berkisar d usia tahunan lagi. heh...xtau la pasal tapi mmg zaman kecik ak x seindah kenanga pagi mahupun seharum mawar berduri. cukuplah hanya ak katakan ianya lebih kepada teriknya sinar mentari..(patutla kulit gelap..ekekekeke). tapi mgkin juga ak harus berterima kasih kepada segala kenangan pahit itu...kerana jika tidak kerana kenangan2 itu, ak mgkin tidk sekuat ini. besar kemgkinan ak tidak akan setabah c rama2 pagi yg walau hidupnya hanya beberapa hari namun terbangnya cukup tinggi....

23 thn.....byk dah angkanya tu. heh...rupa pon dah berubah...dari comel ke comot..pastu ke manis..ke cute dan smpai peringkat ini, dh ensem. hehehehehe....cuma satu la, member2 lama kalo jumpa diorng ckp perangai ak x berubah...hahahaha...yeke? ak rs ada ja perubahan cuma mgkin yg berubah itu bkn sesuatu yg boleh d nilai dgn sekilas pndangan atau terserempak d klcc..hahaha. d kesempatan ini, ak nk minta dan mohon ampun kepada keluarga, rakan2 dan sesiapa juga yg membaca blog ini dan mengenali ak....minta d halalkan makan dan minum ya...jgn putuskan persahabatan dgn ak...sesiapa yg ak lama x contact tu minta maap bebyk...ak pon insan gak..roger la ak...nnt ak bls tp kalo ada kredit..hehehehe...

apapun, yg pnting ak amat bersyukur kerana dh 23 thn hidup, ak masih punyai keluarga dan rakan serta sahabt yg memahami dan menemani ak seadanya...terima kasih ak ucapkan. really appreciates it. n loves it. hehehe....cuma mgkin ada satu persoalan yg akan timbul x lama lagi...bila nk kawen? jeng3.....

Tuesday, September 9, 2008

taHap saYur koBis

hahaha....adeh, ak pon x tau la camner ak bleh nk ikut ayah ak g men bdminton tetiba...selalu dok umah men game jer..mgkin tetiba jer limpa ni tergerak nk bersukan. pergh...kalo d ikutkan dah lama x bersukan camni. selalu tu g jejalan keliling taman ato guling2 kat MRR2...huhu. maka d jadikan cerita, ak pon ikutla ayah ak g men bdminton...dia slalu g ngan member2 dia, ak peduli ap, yg pnting ak dpt men bdminton..huhuhuhuhu.

kali pertama main mmg esok harinya gila lenguh la badan...ye la, badan dh lama x guna tup2, trus bw g men bdminton...hahahahaha...terkejut la urat2 saraf ak kan...hehe. ari jumaat lepas ak g ikut lagi ayah ak. mmg berpeluh men bdminton ni....mana tak nya, main kat dlm dewan, mana ada angin. tapi itu x kesah pon, yg kesahnya ak ni dah x reti main!!!...ilang skill2 x seberapa ak time kat mtrik dlu!! hahaha...mmg tahap sayur kobis la...malu pon ada. hahahahaha...

dlm kelompok geng2 ayah ak tu, ak la yg paling muda (bangga seh) TAPI tu la, ak gak la yg paling sayur....sesapa yg tag team ngan ak mesti tension. mana tak nya, br spuloh minit dh game set...keh3....ak ni nk kata x cukup advantage x gak, tinggi dh ada, hensem pon ada...cuma tu la, mgkin bakat tu kene perhalus lagi...huhu.

setiap yg berlaku kita kene pndai tgk dr sudut positif, ak tgk wlaupun ak sayur..kalah ngan org lbh berumur dr ak, tapi ak peduli apa...sbb bg ak kalo ak main ngan org2 pro mcm ni, nnt x lama lagi ak pon mesti pro...hahahahaha!!! x kesah la kalah dlm masa spuluh minit atau mgkin spuluh perpuluhan satu minit sekalipun. yg penting ak yakin ak boleh belajar bermain bdminton dgn labih baik lagi. mmg la malu tu ada sbb ayah ak tu mmg terer men bdminton. sumer jenis sukan yg dolu2 dia terer (bdminton, sepak tkraw...etc). ada jer piala dia kat umah tu..huhuhu. tapi ak x kesah, niat ak nk belajar main bdminton. mmg la kene bermula dari bwh. mana ada org yg lahir2 jer dh pndai smash bulu tangkis. keh3....

tgk la nnt, dari sayur kobis, ak akan upgrade jadi lobak, pastu kailan dan seterusnya...muwahahahahahaha...action beam!!!!!

Tuesday, September 2, 2008

sisipan 1

lakukan yang terbaik tanpa mengharpkan ap2 balasan
kalian pasti tercengang tatkala Ilahi itu memberikan ganjaran
yang bukan shj meliputi segala rangkuman dari pemberian
malahan melebihi dari segala ap yg kalian pernah impikan

dugaan itu selalunya tidak semudah yg d sangka
kerana jika tidak semestinya tiada pengajaran yg akan d timba
tatkala tidakkan lahir layar keinsafan d dalam jiwa
cuma yang perlu adalah taqwa dan suara
yakin dan percaya hanya pada-Nya

ak juga bukanlah sempurna
hanya hamba-Nya yang amat hina
keji tatkala bergelumang dgn dosa
yg kuharap hanyalah sedikit masa
tenaga dan keutuhan iman d dada
agar dpt ku kembali ke jalan syurga

nasihat ini buat semua dan diriku
agar kita tidak terlalu kaku
d bumi ini yg hijau dan biru
semoga kita d berkati selalu.....

amin.

berMuLa suaTu peRjaLanaN...

selepas meniti sebuah perjalanan bergelar seorang pelajar (yang nakal dan pemalas..suka mengacau member rumah), ak kini harus menempuh suatu alam yang d impikan semasa menjadi pelajar iaitu alam pekerjaan (bukan alam ghaib k..). biasala, wktu jadi pelajar mmg x sabar sgt nk kerja...kononnya dpt pegang dan uruskan duit sndiri...hehe...masalahnya..

smpai la ni ak x kerja lagi...nyesal pon ader dlu wktu belajar dok memain. ngeh3.....nk wat camner...ak memang ssh nk ambil serius pasal belajar ni...senang kata, ak mmg susah nk ambil serius sumer perkara...namun itu x bermaksud ak x boleh menjadi seorng yg serius...cuma bagi ak, kalau ak serius, ak akan menjadi mudah marah...tersangat la mudahnya...tu yang xnk tu..org kata kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa, kerana marah, rakan dan diri terseksa..cheewah.

kalau nk d ikutkan...smpai kini ak masih terpinga2 dgn diri ak...belajar d U dah 4 tahun tapi macam xder kebolehan jer nk kerja...hahahaha...sepatutnya ak dah boleh bekerja menjadi seorang jurutera sebaris dgn rakan2ku tapi ntahla...mgkin minda dan perilaku ak tidak mengizinkan...ak kan pemalas...lagipun ak...sebetulnya...x yakin dgn kemampuan diri ak nk jadi jurutera...hahahaha. siapa yg x jeles bila tgk rakan2 yg dlu belajar sekali ngan kita kini bergelar jurutera....dah tu ak siap ada jr yg dah pon start amik master...ish3...bukan la jeles ngan diorang tapi terkilan ngan diri sndri...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lmbt la dpt pendapatan...kah3..

aperpun, ak cuma berharap yg ak akan dapt bekerja selpas raya ini. supaya ak mempunyai duit poket sndri, dpt mmbntu keluarga, dan yg paling penting, ak dapat meletakkan satu harapan pada diri ak sendiri untuk menjadi lebih baik..ak slalu nasihat org tapi diri sndiri x dpt nk nasihat...camner tu?