Sepanjang minggu ini dan minggu depan, rezeki dimurahkan-Nya. Ada pelbagai jemputan menghadiri majlis berbuka datang kepada aku.
Ada yang berbayar, ada yang percuma...datang makan saja. Hehehe....apapun memang bila kita bersama dengan rakan sahabat berbuka bersama, rasa macam meriah sangat.
Hati pun riang, muka senyum lebar...perut pun kenyang..haha.
Beberapa hari lepas aku berkesempatan untuk bersama berbuka puasa dengan para pelajar aku. Untuk pengetahuan para pembaca, mereka ni merupakan antara kelas yang paling mudah dan senang dengan aku.
Kenapa aku masukkan entri mereka dalam blog ini?
Hehe....sebab mereka telah berjaya menambah keceriaan di dalam hati aku!!
Dengan gelagat riuh rendah, meriah...entahlah, aku sebagai pendidik rasa bangga pun ada. Pernah terdetik di hati ni entah macam mana la mereka nanti bila dah habis mengaji (dekat sini mengaji tu sama dengan belajar ye).
Haha...pendek kata, aku doakan semoga yang terbaik untuk mereka. Biarlah yang lahir selepas ini adalah insan-insan yang mampu untuk memberi yang terbaik pada agama, keluarga dan negara.
Hoh...tak fasal-fasal entri kali ni dah macam sentimental pula...wawawa~
Oh, hampir-hampir nak lupa pula.
Ini lukisan kartun aku yang telah diperbaharui. Setakat satu watak saja - Gayat Man. Maaf la tangkap guna kamera hp ja. Nak edit pun tak pandai...gambar jadi lagu tu la...huhu~
Peace~
p/s: Oh Khamis~~~~~