Thursday, March 3, 2011

seMakiN mengHampiRi

Salam.

Permulaan tahun ini bukanlah sesuatu yang aku harapkan. Agak banyak perkara yang mulai merunsingkan aku. Dari aspek berkeluarga dan perjalanan hidup, memang banyak kali juga aku fikirkan.

Kadang-kadang tak larat nak fikir...heh. Apapun permulaan tahun ini benar-benar mengingatkan aku pada kematian.

Di awal tahun yang baru ini, aku telah kehilangan seorang pakcik yang telah pergi akibat kemalangan jalan raya. Ceritanya menyentuh hati-hati yang mendengar tatkala arwah kemalangan ketika pulang dari mengerjakan solat zuhur.

Arwah yang merupakan antara abang yang paling rapat dengan emak membuatkan emak merasa kekosongan yang teramat. Di benak ini jelas ku ingat bagaimana emak menitiskan air mata apabila menerima berita ini. Anak mana yang sanggup bersahaja bila memikirkan emak di sana sedang bermuram durja.

Alhamdulillah emak masih kuat. Sememangnya ketabahan itu mengagumkan aku. Emak menerima dengan redha takdir Ilahi..

Selang beberapa minggu dari itu, aku dikejutkan lagi dengan pemergian mengejut rakan kerja aku. Walaupun dirinya tidak aku kenali rapat, tapi lagaknya masih aku ingat. Dikatakan berpunca dari virus yang berada di dalam otak, arwah pergi menghembuskan nafas di rumah keluarganya.

Pemergian arwah membuatkan aku berfikir bahawa kematian itu datang tanpa lewat atau tercepat sesaat pun...

Yang terbaru, apabila salah seorang pelajar aku meninggal kerana kemalangan. Dikatakan di langgar kereta, arwah telah di hantar ke hospital dan koma.

Agak terkilan kerana di masa arwah sedang koma, aku telah pun berniat untuk pergi melawatnya bersama rakan-rakannya namun Allah lebih menyayangi...

Selang beberapa hari aku diberitahu arwah telah tiada...

Segar di ingatan aku bila mana arwah merupakan pelajar yang memerlukan perhatian lebih di dalam pelajarannya. Arwah merupakan seorang pelajar yang tidak banyak karenah. Agak sayu bila mengenangkan perkara ini...

Pembaca yang dikasihi,

Sesungguhnya kematian itu bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan. Setiap kematian mengingatkan kita tentang amal dan perilaku kita di muka bumi ini. Hala tuju semasa kita mencorak pegangan dosa dan pahala kita di akhirat kelak.

Bila pula masa kita? Allah sahaja yang tahu....

Al-fatihah...

4 comments:

Nhaq Qahn said...

Al-Fatihah...

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

Al Fatihah

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uihhh lama aku tak ziarah ko lahhhh.... ape kabooo kome ni... sihat dok...

au terjah blog ko...

Ad Rifza said...

Al Fatihah..Mati itu pasti...Dimana2 pun..