Tuesday, August 23, 2011

PemaNgkiN keRianGan hAti

Alhamdulillah...

Sepanjang minggu ini dan minggu depan, rezeki dimurahkan-Nya. Ada pelbagai jemputan menghadiri majlis berbuka datang kepada aku.

Ada yang berbayar, ada yang percuma...datang makan saja. Hehehe....apapun memang bila kita bersama dengan rakan sahabat berbuka bersama, rasa macam meriah sangat.

Hati pun riang, muka senyum lebar...perut pun kenyang..haha.

Beberapa hari lepas aku berkesempatan untuk bersama berbuka puasa dengan para pelajar aku. Untuk pengetahuan para pembaca, mereka ni merupakan antara kelas yang paling mudah dan senang dengan aku.

Kenapa aku masukkan entri mereka dalam blog ini?

Hehe....sebab mereka telah berjaya menambah keceriaan di dalam hati aku!!

Hehe...ini gadis-gadis kelas tu..yang lelaki letak jauh-jauh..hihi

Dengan gelagat riuh rendah, meriah...entahlah, aku sebagai pendidik rasa bangga pun ada. Pernah terdetik di hati ni entah macam mana la mereka nanti bila dah habis mengaji (dekat sini mengaji tu sama dengan belajar ye).

Haha...pendek kata, aku doakan semoga yang terbaik untuk mereka. Biarlah yang lahir selepas ini adalah insan-insan yang mampu untuk memberi yang terbaik pada agama, keluarga dan negara.

Eh dapat kad raya la!! Weee~

Hoh...tak fasal-fasal entri kali ni dah macam sentimental pula...wawawa~

Oh, hampir-hampir nak lupa pula.

Ini lukisan kartun aku yang telah diperbaharui. Setakat satu watak saja - Gayat Man. Maaf la tangkap guna kamera hp ja. Nak edit pun tak pandai...gambar jadi lagu tu la...huhu~

Hahaha...

Peace~

p/s: Oh Khamis~~~~~

7 comments:

Cik Caah said...

wah,klw dpt mkn free sekali skala best jugak kan. hehe

Lea Isnawi said...

ehem! di kelilingi gadis2

wah bestlah dpt makan free je

Daddylicious said...

ada juga org sudi bagi kad raya ...10thn sudah kemaruk raya ni...hehe

Alan said...

kim salam kat anak murid yang paling cun hehehe

Afzainizam said...

Hoooo mmg posa ni meriah giler majlis berbuka mmg banyak yang jempu tapi aku ajerrr segan nak datang.....

lawak pulak kat gayatman tu...

Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.

Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup

putra87­™ said...

Pergghhh.. Dapat kad raya... perghhh.. nak gambo ngn awek2 je.. hahaha

Afzainizam said...

rezeki bulan posa banyak jamuan berbuka rezeki raya banyak open house

------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
burasak vs lepat loi