Monday, August 22, 2011

seMbanG puN boLeh

Tak lama lagi raya.

Kalau zaman budak-budak dahulu, mesti suka sakan. Lompat sana, lompat sini...buat senarai nak pergi rumah mana kutip duit raya...fikir-fikir fasal kuih raya (kuih tat sedap wooo..), beli baju raya...haha.

Tapi bila dah makin besar ni benda lain pula yang kena fikir....contoh, duit raya nak bagi ke anak-anak saudara (semakin bercambah dan produktif ye mereka!!)..nak tolong mak ayah cat rumah....fikir belanja benda lain, fikir nak menyimpan untuk masa hadapan dan fikir nak tulis fasal entri apa. Hehehehe...

Macam mana sekalipun, itulah tandanya kita semakin matang dan dewasa. Biarlah masa yang dah berlalu tu kita jadikan sebagai sebahagian dari kenangan semalam yang mendewasakan.

Apapun entri aku bukan fasal benda ni sebenarnya, cuma nak bersembang-sembang..tak salah kan.

Okeh, kalau diikutkan blog aku ni hampir pupus ditelan zaman. Mana taknya, dah lama tak update. Tapi entah macam mana, tiba-tiba muncul pula masa, ruang dan semangat untuk terus membuka muka baru dalam blog ni.

Kalau diikutkan banyak benda yang dah terkubur...contoh paling ketara cerita kartun aku - Gayat Man The Series...hehehe. Itu zaman gatal tangan boleh la melukis.

Sekarang ni masa tu kurang ada. Tapi tangan aku masih tak berhenti melukis. InsyaAllah lukisan dah jadi baik sikit kot (chewahhh!! hahaha...). Cuma tak adalah sebaik kartunis yang memang otai macam aman wan.

Aku ni kira budak hingusan kosong ja...ilmu lukisan pun tak ada. Tapi nanti tengoklah, untuk kepuasan diri, kalau ada masa aku upload dalam blog. Haha..

Apapun, sekarang kerja aku makin banyak cabaran. Kadang-kadang sebab berat sangat fikir rasa macam malas pun ada. Nak pula bila ada orang yang tak faham bahasa...nak juga kerja dia jalan waktu tu sedangkan kita ada benda lain yang lebih penting kena buat.

Haishhh....nasib baik puasa. Sabar....sabar...haha.

Untuk para pembaca, selamat berpuasa dan semoga segala persiapan dah sedia la ye. Jaaaaaaangan lupa pergi terawih nak lagi dah hujung-hujung ni. Ingatan untuk aku dan semua.

Okeh, kita sembang lain kali. Do keep a smiling face k.

Senyum itukan sedekah~

Take care.

7 comments:

CintaZulaikha said...

ibu2 skrg mmg sgt produktif kan tuk hal2 kekeluargaan dan menjana produk kilang..hahhah sila jangan gelak..tak lawak pon

pe pon, thank follow..rajin2 lah tgl komen..saya follow juga..

Lea Isnawi said...

ehem! makin kacak!

selamat berpuasa :)

Daddylicious said...

selamat kembali ...selamat berpuasa dan jgn jemu menulis...menuliskan makanan jiwa...:)

putra87­™ said...

Selamat ari raya Pika!!! Lama ang xtype kt blog ang.. bersawang dh aku lawat.. :P

aShaBuLz said...

cintazulaikha:
alamak dah tergelak..huhu..anyway thanks follow too. rajin2 la bertukar komen ye..hehe

lea:
ish3..ni yang kembang ni kena puji dengan lea!! hehehe...selamat berpuasa tau~

aShaBuLz said...

bigdaddyz:
aha...betul2. kena kerap update blog lepas ni. haha..anyway slmt berpuasa bro.

kry:
weh kry!! selamat hari raya!! hahaha...takpa aku dah bersihkan sawang ni dah. hehehe

Afzainizam said...

senyuman itu ada makna tuuuu... anak sedara makin banyak duit pun makin banyak nak hulurkan.... senyum itu sedekahhh
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup