Monday, September 28, 2009

apA puNya pELiK dA..

Salam buat pembaca semua.

Aha...macam mana dengan raya baru-baru ni? Bagi aku ok la.

Dapat pengalaman baru merasa bagi anak menakan duit raya. Hehe...anak menakan tu bahasa org utara. Maksud dia anak sedara.

Ok, dijadikan cerita satu hari di hari raya ni, aku pun pergi la ke Tesco untuk mencuci mata...er maksud aku membeli belah.

Pada hari tersebut, terdapat dua perkara yang aku masih ingat sampai sekarang...

Pertama:

Banyak jugalah barang yang aku beli hari tu. Bila time nak bayar, aku pun mulalah melilau cari kaunter yang kosong atau tak ramai orang....

Dengan selamba badak aku pun parking la kat satu kaunter ni. Tengah sedap menunggu...datang sorang brother ni.

"Aiya...ini lebih 10 barang meh"

Hahahaha.....aku pelik.

..........................

Aku pandang atas....

Ya Allah...sekali kaunter ekspress daa.....cuma 10 barang maximum. Keh keh keh....

Walaupun kulit aku hitam manis tapi ketika tu kalau dibandingkan dengan kain ela warna merah yang dijual di depan kaunter tu, lagi merah muka aku. Haha...

Lepas minta maaf kat brother tu aku pun menuju la ke kaunter yang betul.

Dan dalam perjalanan ke kaunter ni la perkara kedua itu berlaku...

Kedua:

Semasa aku tengah sibuk mencari kaunter lain untuk bayar barang yang aku beli...

Seorang ibu muda membawa dua orang anak yang dalam lingkungan 6 dan 4 tahun di dalam troli berjalan melintasi aku.

Berderau darah aku bila aku secara tidak sengaja terdengar..

"Mak ni tolak la cepat sikit..lembap la."

Pergh.....waktu tu muka aku merah bukan sebab malu dah tapi sebab tahan marah.

Aku tengok ibu muda tak buat apa-apa pada anak dia...mungkin dia tak dengar kot. Keadaan Tesco waktu tu pun bising.

Tapi yang aku geram macam mana boleh jadi sampai tahap tu. Aku teramat terkejut dengan apa yang aku dengar waktu tu.

Seorang budak berusia lingkungan 6 tahun dah boleh cakap macam tu. Dah la tu bukan dengan orang lain, mak sendiri....

Kalau aku kat tempat ibu muda tadi...dah sah-sah dua das atau lebih lempangan hinggap di pipi budak tu.

Astaghfirullah......mengucap mengucap....fuh..

Memang waktu bayar di kaunter tu aku tahan jer la muka ni....merah sebab marah..huh.

Para pembaca pun boleh nilai sendiri....

Apa yang betul dan apa yang salah..

5 comments:

dr itu! said...

hurmm...kisah kedua tue..budak2 skrg mmg gtew...ishk3... bg dua das beam!!

HAHA..Padan muka kene sound...malu siott

theGardener said...

aku setuju...tp aku xnk salah kan bdk tu tp aku nk salahkan mak die. same mcm yg blaku kat klinik gigi td (29 sept). anak dia memekak siap mnjerit2 dah rase mcm kat pasar (lg kecoh dr tu sbnrnye) tp mak bpk dia buat pekak je. at least marah la skit. yg kat dlm klinik tu bleh geleng kpale je la. nnt kalu anta g skolah, anak2 xdgr ckp cikgu jgn kata cikgu x reti ngaja.

*sorry, pnjg skit...huhu

Aidy Shahiezad said...

salam...

yg mane lebih merah muka tue ?? kes pertama atau yang kedua ?? ;)

aShaBuLz said...

alhaqimi:
tu la pasal...tapi kene tgk gak punca jadi macam tu. budak tu tak salah kot.

ceh...tggu r nnt ko kene...hehe

daus:
tak kesah weh komen panjang-panjang...ada betul pe yang ko komen tu.

tu la dilema seorang guru..hehe

aShaBuLz said...

aidy:
hurm...merah yg pertama tu merah hati...blushing la katakan. hahaha..

merah kedua tu merah warna lampu isyarat. kira macam tanda amaran yang warna merah la...haha.