Tuesday, September 15, 2009

sisipan 14

Kunci kata disusun rapi
Menjadi rima alunan bunyi
Pada yang indah sering di hati
Ku ukir corak madah berseni

Ibarat tiang tanpa atapnya
Samalah kira kita berdua
Kerna tanpa lagu dan rima
Tidakkan lunak suara bergema

Sehari ini mari kemari
Kita berjalan juga berlari
Melakar segala warna pelangi
Engkau aku setia di sisi

Simpanlah ini sebagai tanda
Bahawa kita sentiasa ada
Rasa angan dan juga suara
Sehingga masa akhirnya tiada..

p/s: haha...jangan buat spekulasi. Sekadar berkarya.

4 comments:

dr itu! said...

jiwang woo!! nak gak buat spekiu!! wink2

aShaBuLz said...

alhaqimi:
chet...aku gtau awek ko. hahaha...

theGardener said...

bleh x aku pnjam sisipan2 ko.

aShaBuLz said...

firdhaus:
boleh ja...trima kasih sbb minta kebenaran. huhu~

p/s: nanti tolong belikan aku electronic hobby kit tau.