Tuesday, July 21, 2009

sisipan 13

Andai ada tali di sisi,
Ku simpul rapi terikat mati,
Dimeterai janji berpaksi nadi,
Pada satu Pencipta hakiki....

Andai ada tali di sisi,
Ku gubah indah sebuah relung,
Padanya ku isi sekalian insani,
Tiada kosong tiada lohong....

Andai ada tali di sisi,
Akan ku gunting setiap inci,
Diberi pada yang gemar memberi,
Sama merasa sama berbudi....

Tali adalah satu....
Dan satu adalah peluang....

Biarpun kita berbeza idea,
Ada yang itu ada yang ini,
Namun kita sebenarnya sama,
Punyai tali bernama hati....

Saturday, July 18, 2009

sUara BarU

Salam pada pembaca sekalian...

Pada awal kemasukan aku di poli ni, aku telah diletakkan di dalam kuarters bersama dua orang staf poli yang lain.

Usia memang merupakan satu jurang pada permulaannya...mana taknya, aku merupakan yang termuda bergelar staf poli. Haha....

Tapi semua tu sekarang dah tak ada apa-apa. Aku suka dan amat senang bergaul dengan semua staf di poli ini. Staf jabatan, blok kuarters termasuklah rakan-rakan serumah aku.

Diorang ni memang badan besar-besar. Orang kalau tengok boleh kata bouncer wooo...aku lak tough macam tiang. Haha.....jadi bila kami jalan tu nampak macam aku ada bodyguard da...heh.

Hohoho...sapa nak cari gaduh?

Sorang aku panggil pak uda, sorang lagi jan namanya. Best woo serumah ngan diorang. Dahla waktu aku mula-mula masuk dah siap ada astro, tv lcd semua...kira memang lengkap la. Masuk bawa perut ja. Haha...

Sebab diorang juga la aku banyak kenal tempat-tempat makan yang menarik. Nasi puyuh, nasi kukus, sate........alamat tak lama lagi jadi bouncer gak la. Haha..

Tak kurang gak awek pasar malam jual air tebu yang diorng kenalkan...keh3...

Empat bulan ngan diorang memang best...dah macam satu famili dah.

Cumanya...

Mulai bulan depan, aku akan mula melangkah masuk ke blok kuarters yang lain. Sebab jan dah ada rumah kat luar poli. Dia pun ada ura-ura macam nak kawin dah tak lama lagi. Huhu...nasi minyak...best ni..

Maka....berpecahlah kami bertiga.

Tapi tak apa la...pecah kaca pecah gelas, ada hari boleh balas (apa kena mengena?) hahahaha.....

Yang penting aku akan masuk ke blok kuarters yang baru. Berjumpa staf baru..moga semuanya ok!! huhu...

p/s: lepas ni terpaksalah menapak sampai lima tingkat setiap hari...hihihihihi...fit la aku.

Friday, July 17, 2009

tuAh maNusia SiaPa yaNg taHu

"Tuah ayam nampak di kaki
Tuah manusia siapa yang tahu..."

Perkara pertama yang aku ingat waktu mula-mula masuk poli.....ikuti perkemahan polibriged.

Tapi bukan itu yang hendak aku sampaikan pada pembaca. Entry kali ini lebih kepada bagaimana aku diberikan satu pengalaman yang aku sendiri tak pernah terfikir akan alami...huh...bunyi macam suspen jer...hehe.

Dikisahkan......

Konvokesyen kali ke-4 poli akan diadakan. Maka dengan sepantas kilat, terdapat seorang hamba Allah ini mencari-cari gerangan pemuda tinggi lampai berbadan perkasa untuk dijadikan hulubalang cokmar.....

Memandangkan pada sekalian pandangannya tiada yang senada dan sekata yang di pinta, terlintas la sudah untuk hamba Allah itu memanggil si jejaka yang masih mentah di dunia berloghat itu.

Hahahaha...jadi tak semena-mena aku terpilih jadi hulubalang cokmar daaa...adeh..

Hehe...tapi tu la kan...tuah manusia siapa yang tahu.

Mula-mula memang tak tahu la macam mana nak bawa cokmar ni. Nasib baik ada bekas-bekas hulubalang cokmar bagi tunjuk ajar...hehe.

Konvokesyen sepanjang dua hari...jadi dua kali la aku jadi hulubalang...bersama dua gadis bunga telur...wahahaha...bertuah aku.

Pengalaman yang paling tak boleh aku lupakan......ialah waktu bersiap. Pergh...sebijik macam nak berarak kawin. Serius....memang sebijik...siap ngan pak andam...hahaha.

Aha...baju memang tak payah cerita la...orang tengok pun dah macam pengantin. Kacak seh...hehe.

Cerita banyak pun tak guna. Ni ha gambar bukti...

Muka ala-ala cuak...haha

Hahaha....

Posing ala-ala album kawin..hihi

Ahahaha....kira aku bertuah la sebab dapat pengalaman kene solek macam nak jadi pengantin baru. Kira nanti yang betul-betul punya takda la cuak...hehe.




Wednesday, July 15, 2009

dUnia peRantaUan

Its been almost 4 months...

So sorry for all the latency..

Sebenarnya memang banyak perkara yang berlaku setelah aku mula menjejakkan kaki ke sini. Terlalu banyak perkara baru....suasana baru dan pengalaman baru untuk aku kongsikan.

InsyaAllah jika di hari masih meniti internet di sisi...akan aku cuba memberi selagi mungkin di dalam blog manis ini...

muwahahahaha....!!!! ayat permulaan tak boleh blah....agak jiwang...hihi.

Apapun minta maaf kepada semua pembaca....aku baru sahaja dapat meng'access' internet setelah broadband dan laptopku bersatu. hihi...

Banyak sangat benda yang nak diceritakan ni.......aku buat kesimpulan jer la k.

Ok, hari pertama aku sampai di poli ni...memang bangga gila gaban la...dah la cantik, orangnya mesra lak tu....aha....itu tak termasuk yang cun-cun lagi...keh3

Selama aku hampir 4 bulan kat sini...memang aku boleh kata yang aku suka betul dengan Kulim. Orang ramah....makanan murah....memang membesar la aku kat sini nanti..hehe

Oh pembaca ingat tak pasal kes jerebu? Memang berbeza....di Kulim tak nampak langsung jerebu...tapi bila aku balik KL...aiyooo...bukan tak nampak jerebu..tpai tak nampak jalan sebab jerebu..kui3...

Oh pasal kerja...setakat ni amat memberangsangkan. Aku amat selesa dengan kerja aku. Tapi biasala mula-mula kerja memang ambil masa nak adapt dengan persekitaran.

Sekarang ni dah mula sem baru...masih banyak lagi yang aku kena belajar dan aku suka...hehe

Bulan ni memang sibuk yang amat...bermula dari MSK (Minggu Suai Kenal) sampai la ni, tak habis lagi sibuknya...

Nanti kalau sempat aku akan ceritakan dalam entry lain..

Apapun aku akan update lebih kerap....harap tak sampai 4 bulan la..haha.

All the best to all readers....for those who are new to this blog, welcome...for those who stay and calmly wait for the update...I thank u.

Salam...beam3!!!