Friday, February 27, 2009

jUmaaT iNi...

Hari ni merupakan hari yang amat teruk bagi aku..huhu.

Penuh dugaan...cabaran...teguran..

Kena tegur tiga kali untuk dua peristiwa yang berlainan....dua teguran berlaku depan pelajar-pelajar...haha..

Aku kalau time sedih ni suka dengar lagu daniel powter - bad day..huhu

Tak perlu aku ceritakan apa dua peristiwa tu, tapi berkait rapat dengan profession aku...heh. Cuma secara ringkasnya, ada juga salah aku untuk kedua-dua peristiwa tuh...

Kesian dekat GSTT yang lain..takut gak 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Tapi tak apa la, orang baru, nak-nak GSTT memang slalu ja mudah di lihat kesalahannya. Terima dan telan ja...haha.

Memang tak dinafikan ada perasaan down gegila....tapi aku masih cuba mencari hikmah di sebalik semua perkara.

Untungnya, dah nampak sikit hikmah tu...huhu.

Betul lah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...Alhamdulillah..Maha Suci Allah..

Just nak bagi tau pembaca, apapun yang berlaku, ada positive side dia...jangan terlalu melayan perasaan down sampai kerja lain tak jadi..

Its not good for your health and people around you..huhu

To all readers, have a great weekend and smile always k!!

Tuesday, February 24, 2009

sisipan 12

I lift, looked and gaze at the sky
The big blue world ahead wide open
Makes me started to even wondering why
Oh why has not my heart being taken

As for long I seek for she's the one
To fill the emptiness that lies within
And yet I found only no one
So empty again it hurts deep in

Together was not the word I treasure
As I always become a loner
Like I said even I cannot be sure
To have someone before this coming summer

But now I know which one is better
To be together or a lonely ranger
It doesn't matter which one is the answer
Coz I have ALLAH right now right here....


p/s: Ini sekadar nukilan idea minda. Tiada kaitan dengan perasaan jiwang penulis...hihi. Sekadar cuba berkarya di dalam bahasa inggeris...beam3!!!

Monday, February 23, 2009

akTiViti seKolah Ku saYanG

Akhirnya!! Laptop aku dah ok!!

Alhamdulillah...

Kalau para pembaca nak tahu, sebelum ni laptop aku kene virus woo....buka internet lima minit ja...lepas tu dia terus weng...close connection...haha.

Tapi Alhamdulillah la sebab dapat gak aku format. Hilang lebur semua virus...muwahahahaha..

Apapun itu bukan kes utama aku hari ni. Sebab lama tak update, banyak cerita nih sebenarnya...tapi kita borak-borak mana yang termampu ja ok..

Dah dekat dua bulan aku kat sekolah tu. Setakat ni ok ja...cuma dah dua minggu balik kol 5 dan kerja sampai hari minggu..huhu.

Kemas kelas, Pengakap, Bola baling etc. Ada antara benda-benda ni yang aku memang tak tahu langsung.

Contoh, pengakap. Aku memang tak ada asas langsung. Jangankan ikat, nak jahit lencana pun tak reti letak mana..hahahaha. Hari tu ada Scout Car Wash..memang kelam kelibut gak la. Mana taknya, basuh 20 biji kereta tapi tenaga kerja ada 10.

Lastly, dengan cikgu dia yang ensem ni tolong basuh sekali. Hahahaha..pengalaman...

Bola baling pula, cuba para pembaca bayangkan..(sambil meletakkan jari di kepala dengan niat membayangkan..) boleh bila aku tanya guru penasihat bola baling tu...

"kak, bola baling macam mana ek?"

Dia dengan selamba udang galah jawab...

"mana saya tau, kamu ketua"

Sesedap ayam tandoori ja dia lantik aku ketua. Padahal aku ni GSTT. Hahahaha.....fenin pala beta.

Apapun hari tu dah jalankan fitness exercise tuk budak-budak ni. Malas nak inform kat cikgu penasihat lagi satu. Muwahahahaha...

Secara serius, aku memang tak reti sangat sukan dan unit beruniform ni. Setakat kawad tu boleh la sebab aku suka kawad.

Tapi aku selalu ingatkan diri yang benda ni semua pengalaman. Bila lagi nak dapat pengalaman macam ni kan. Bukan semua orang dapat woo..

Kita kena selalu pikir positif. Memang kekadang kita fed-up sangat sampai nak give up. Tapi cuba jangan layan perasaan mudah mengalah tu.

Try cari intipati kemanisan di sebalik semua kepahitan...huhu~

Oh lupa lak, yang paling tak boleh blah, bila budak-budak cakap aku cute, manis dan ensem...time tu memang kembang kempis kelenjar idung (ada ker?)..muwahahahaha.

p/s: keputusan temuduga biasiswa KPTM akan diketahui dalam 2 minggu.

Monday, February 9, 2009

sisipan 11

seribu malam tidak menari
melukis rima menulis gema
kini kembali di ruang seni
sekadar mengukir idea pena

berdiri teguh di sudut punca
menjadi makna pada mendengar
biarpun baru tidak pun lama
namun nafasku mula tercabar

seraya hati terasa tenang
bila mana datang kalian
memberi membuka mata yang berang
ternampak jelas hilangnya silau

nafasku tenang langkahku imbang
bersama engkau kini ku terbang
melihat mata hati dunia yang terang
tidak menoleh mennguja muram

sisipan ini ku ukir hias
buat rakan sahabat maya
walau tak pernah berjumpa kita
ku ucap syukur kenali kalian...

terima kasih...

beam beam beam!!!!!

Cahaya Aidilfitri - Handy Black

Hari ini aku di tag oleh alhaqimi dan lea. Kedua-duanya memberikan tag yang sama. Jadi nah amik ni....

1. Put Your I-Tunes, Windows Media Player, Etc. On Shuffle.
2. For Each Question, Press The Next Button To Get Your Answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 Friends.
5. Everyone Tagged Has To Do The Same Thing.
6. Have Fun!
(yeah rite...)

>IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Berhenti Berharap - SO7 (hahahaha...may be so)

>HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
In Time Like This - Foo Fighter (berubah mengikut waktu dan keadaan...hipokrit maybe)

>WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Eyelash - Juliet The Orange (hahahaha...)

>HOW DO YOU FEEL TODAY?
Janjiku - Sofaz (hoping to fulfill a promise..)

>WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
The Good Life - Weezer (supposedly so)

>WHAT’S YOUR MOTTO?
Dunia Belum Berakhir - Shaden (adeh...what a motto..)

>WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Gangsta Paradise - Coolio (hahahaha...meh la cari pasal ngan aku)

>WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
It's Life Of Test - Brothers (teruji kesabaran diorang mendidik aku..huhu)

>WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Buat Sang Puteri - Spider (adeh...kantoi..haha)

>WHAT IS 2 + 2?
Cemburu - Dewa (hahaha...ni kes cinta empat segi la ni)

>WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Zapin Kesyukuran - Hijjaz (Bersyukur kepada Allah kerana mendapat sahabat yang baik belaka)

>WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Jangan Lafazkan - KRU (no need to be said ya..haha)

>WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Disinilah Kita - The Zikr (berada di tempat yang sepatutnya..amin..)

>WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Cintailah Cinta - Dewa (hahaha...kira betol la tu)

>WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Alam Semesta - Raihan (lalalala..bersyukur sempat kahwin semasa hidup di Bumi Allah)

>WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Big Girls Don't Cry - Fergie (adeh..mungkin lagu untuk isteri/awek aku nanti andai aku pergi dulu..)

>WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Gadis dan Bunga - Rahimah Rahim (kantoi..suka usha awek pegang bunga..haha)

>WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Separuh Nafas - Dewa (di saat hampir ajal tatkala dosa menggunung tinggi...)

>IS YOUR BIGGEST SECRET?
Tiada yang kedua - Khafi (one and only..)

>WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Untuk Tuhan - Hijjaz (menjadi hamba yang sejati...amin)

>WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Kedamaian - Brothers (berada bersama mereka menenangkan aku..thanks!!)

>WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Cahaya Aidilfitri - Handy Black (hamek ko....adeh)

ok..so this tag i want to pass to...
- No oNe...haha

Thursday, February 5, 2009

MajLis KahwiN jaNnaTuNNaiM

31/01/09

Sabtu.

Maka berlangsunglah majlis perkahwinan lagi sorang member aku...

Dengan lafaz bismillah, aku bertolak ke melaka pada 30 jan dan lepak di rumah geng pangsapuri.

Malam tu, sebab lama tak jumpa, kami memang borak sakan. Biasalah, banyak benda nak di bincangkan kononnya..haha.

Selepas sibuk berjalan, tido.

Esok, baru gerak pergi kenduri kahwin jannatunnaim..hoho

As always, picture speaks a thousand words...

Malam yang spastik bersama geng pangsa..haha

Dari kiri, daoh, nudin, balop dan mudin...haha.

Bergambar sebelum bertolak ke tempat peristiwa.

Lauk dia memang asyik!!!

Bergambar bersama pengantin...huhu. Awek kat depan tu dak kelas dulu, chin namanya.

Ada orang kata muka aku dengan pengantin lelaki sama...betol ka?


Jadi itula sedikit sebanyak perjalanan singkat aku di Melaka sana.

Memang tak sempat nak jumpa semua member yang ada di Melaka tu...sorry sesangat ek.

Kepada jannatunnaim, semoga bahagia ke akhir hayat, dan melahirkan generasi yang chumel di masa akan datang..huhu.

p/s:
- yuran putrajaya berkaya dikurangkan kepada rm20..alhamdulillah
- ada peperiksaan untuk Pegawai Tadbir Diplomatik akhir februari...sesiapa ada hint?
- budak sekolah kata umur aku baru 18!! apakah!!!