Wednesday, January 14, 2009

SeLaMat paGi ciKgu!!!

Hohoho....action beam!!!!! beam beam beam!!!

Hari ni dah masuk hari ketiga aku mengajar di SMK Bandar Baru Ampang. Mari kita selusuri ranjau-ranjau, duri ribut, kelam dan kabutnya aku sepanjang 3 hari di sekolah itu..haha.

*******************

Hari pertama.

Macam biasa, semangat berkobar-kobar.

Diminta mengajar subjek PJK (pendidikan jasmani kesihatan), PSK (pendidikan sivik dan kewarganegaraan) dan ABM (amalan bahasa melayu)

Ajar tingkatan 4, 3 dan kelas peralihan. Setiap tingkatan ada tingkah laku dan fe'el yang berbeza.

Aku juga agak fenin dengan semua laporan dan panduan yang diberikan pada hari pertama. Kira macam kejutan budaya la ni. Haha...

Baru tahu yang tak boleh denda murid berdiri atas kerusi dan rotan... Secara jujur terkilan kejap sebab sistem pendidikan semakin lembut menjadikan masa depan generasi akan datang semakin kabur dipandangan aku.

Belajar menanda buku!! Memang mengidam dari dulu!! hahaha...

Gagal garang pada hari pertama sebab cair tengok budak-budak comel kelas peralihan. Nak marah pun tak jadi...tapi tu hanya untuk hari pertama...haha.

Hari pertama yang letih tetapi amat mengujakan!!!

Hari kedua.

Menjadi guru kelas tingkatan tiga. Maka belajarlah lagi benda-benda baru. Perihal kedatangan murid dan cara untuk menceriakan kelas...haha.

Sort kerja-kerja dan kemas meja.

Belajar deal dengan kerenah kelas lain.

Aku dapat relief hari ni. Haha...waktu tu baru aku tahu apa yang patut mereka tahu tetapi tak ada pada diri dan minda mereka...HALA TUJU.

Aku relief tingkatan empat. Bila ditanyakan hala tuju selepas SPM, mereka tidak tahu langsung.

Maka aku pun terangkanlah selepas SPM mereka ada banyak pilihan : STPM, Matrikulasi, Universiti.

Ijazah dan diploma juga turut aku masukkan sedikit di dalam penerangan tu.

Suka juga aku ingatkan pada mereka bahawa SPM itu penting bukan untuk melanjutkan pelajaran ja, nak minta kerja pun mereka still minta salinan SPM. Huhu....

Garang setakat jeling dan sound biasa-biasa ja.

Hari ketiga.

No more mr. nice guy.

Memang bila mengajar kita tak boleh bagi muka sangat. Kalau tak nanti dia pijak kepala.

Sebelum diorang pijak, baik kita pijak dulu...muwahahahahaha!!!

Relief kelas tingkatan lima. Aku pun ulanglah balik pasal hala tuju selepas SPM sebab mereka memang blur gila. Suka aku dapt terangkan benda tu sebab nampak diorang berfikir selepas tu...huhu.

*******************

Itu la setakat hari ketiga. Tapi yang paling tak boleh blah, ada budak kelas aku cakap muka aku macam pelajar...bangga jap.

Tapi tak lama lagi mesti dia cakap muka macam baru lepas bersara...hahahaha.

Best woo mengajar. Bukan senang kita nak deal dengan manusia ni. Apatah lagi nak mengajar, nak bagi faham.

Betul menguji kesabaran...tahulah aku kenapa guru itu ibarat lilin yang membakar diri.. ;b

22 comments:

Anonymous said...

tahniah guru .....:)
jasa mu dikenang...:)

aShaBuLz said...

fahmi:

hahahaha...baru tiga hari jadi cikgu...belum ada jasa lagi..keh3..

anyway thanks!!

Anonymous said...

wuhuhu~
macholah cikgu pika!!!~~~~

promote la KMJ pada dak2 form5!
ngeee~~ :)

Lea Isnawi said...

bdk2 ni nakal x?
cm best jer ngajar..
lea pun igt nak mitak cikgu sementara after graduate nanti..
hehe

Anonymous said...

hala tuju saya lepas nie pun nak jadi cikgu.hee =]]
wah.
bagus la.baik sungguh cikgu nie.hee =]]
perlu sgt ingat kan budak budak sekarang nie yg agak blur tentang arah tuju hidup. =]]
thanks cikgu.=]]

dr itu! said...

tahniah sebab dah mendapat apa yang diinginkan dulu!!

lakukan kerja dengan cemerlang..

jgn ngorat anak murid plaks...dush2...

kang kene action kamen!!

Inah said...

hohoh..selamat menjadi cikgu!! :)

anainsan_bukncinderella said...

impianku dlu mmg nk jd cikgu...klu isi borg ke, biodata ke(zmn dlu2) msti~~~
cita-cita: cikgu.
hikhik~
wish u luck k..ngajo bt0l2 & baik2..
terima ksih, cikgu!!ngee~

wahaza extra said...

Hmmmm jgn jadi cikgu dlm filem P Ramlee dah ye...

nazzman ibrahim said...

muka mengantuk jerr hehehe tapi nanti jasa akan tetap dikenang hehehe

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum...

Tahniah..selamat mengajar...apa2 pun dalam mendidik anak2 bangsa, niat kena ikhlas hanya kerana Allah...insyaAllah perkara yang susah pasti menjadi senang denga berkat doa hanya kepada Allah S.W.T..jgn mendidik kerana terpaksa, jika itu berlaku pasti diri akan terbeban...sentiasalah seronok dgn kerja lebih2 lagi kerja yang sangat mulia..menabur bakti buat anak watan yang dahagakan ilmu..selamat maju jaya cikgu..

aShaBuLz said...

aisyah:
keh3... tak boleh promote KMJ sangat sebab nanti diorang kata bias. hahaha...

lea:
hahaha...minta la jadi guru ganti.

biasala ada budak nakal dan ada yang tidak. semua tu pengalaman..hehe

aShaBuLz said...

zana:
huhu....meh la jadi cikgu!! best woo..

sekadar membantu apa yang termampu ja, supaya ada hala tuju lepas SPM nanti..hoho

alhaqimi:
thanks!

eh mana ada ngorat anak murid...kecuali kalo diorang ada kakak yang seusia atau muda..lain cerita..hehe

aShaBuLz said...

inah:
hohoho...thanks kak :)

anainsan:
hehehe...jom la jadi cikgu. pengalaman deal dengan murid2..hahaha. fenin ada...best pun ada.

thanks!!

aShaBuLz said...

wahaza:
hahaha...harap tak jadi macam tu..abis la nanti kena hambat dengan pengetua..keh3..

nazz:
huhuhu....muka hari pertama memang macam tu. kah3..

harap saya dapat berjasa..

aShaBuLz said...

nurhuda:
waalaikumussalam

hehehe...btol2...ikhlas penting dalam setiap pekerjaan. kalo pikir pasal gaji atau beban, jawabnya memang beban la...hahaha

thanks kak!! :)

buzz said...

SELAMAT PAGI CIKGU...(intonasi dalam crita upin n ipin)

hahaha..tanih bro..slamat ngajar ya..nk ngorat akak murid kna ngorat ank murid dulu..hahaha..baru ble dpt akak..hoho

(sori la cikgu ye..saya guna sotpom..) hahaha..:P

zharmin said...

baeknyer cikgu pika ni...wwakakakakakakakaka

aShaBuLz said...

buzz:
keh3....memang itu la yang sedang dirancang wahai kawanku...hoho. matilerr kalau pengetua baca blog aku nih..haha

zhar:
haha...tau tak pa...apa lagi, blanja aku sate!! hoho..

DrSam said...

memang jadi guru terutamanya guru lelaki kena tegas, kalau tak generasi yang naik toncang bertambah.

selamat mengajar dan berbakti kepada anak bangsa.

Alan said...

hahaha taniah sebab jadik cikgu..aku bagi panduan sikit kalau nak baik ngan murid..jadilah macam cikgu onizuka dalam cite GTO.mesti student suka dan respek hahaha..

kalau ada murid cun tlg mintak nom fon ley..cakap aku kirim salam hehe

aShaBuLz said...

drsam:
betul tu doc. huhu...thanks for the wish!!

alan:
kalau nak jadi GTO kene ada moto besar...hahaha. meh pinjam moto ko bley? hihi....

kalau ada murid cun, aku simpan tuk aku dulu..harharhar...