Salam buat para pembaca semua.
Moga sihat hendaknya dalam limpahan rahmat Allah.
Minggu ini merupakan permulaan minggu peperiksaan bagi pelajar di institusi aku, dan macam biasalah aku pula.....semakin gemuk. Aik, apa kaitan? Hehe....tak ada kaitan pun. Cuma nak beritahu yang aku semakin berisi. Perut makin meningkat naik dan pipi semakin sasa. Keh keh keh...
Dalam masa sebulan dua ini aku kerap balik rumah. Boleh dikatakan ada sahaja muka aku bila hujung minggu. Dah kalau namanya pun duduk rumah, sudah terang lagi bersuluh lah aku akan melakukan rutin seharian aku iaitu
Makan.
Makan.
Makan.
Tapi tak mengapalah yang penting semuanya baik-baik belaka. Hehe..
Hari ini mari kita bersembang tentang dugaan. Err...tak adalah kira macam bersembang sebab blog ini lebih kepada komunikasi sehala. Hehe...
Dugaan-
Allah tidak akan memberikan dugaan pada hamba-Nya jika dugaan itu, tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya.
Maksudnya, nak tak nak, mahu tidak mahu kita sebagai hamba-Nya kena dan perlu mencari jalan untuk mengharungi dugaan yang Allah berikan.
Cuba para pembaca yang budiman bayangkan...(letak dua jari dekat dahi, pejam mata...bayangkan...~)
Macam mana rupa dunia ini kalau tak wujud dugaan....jeng jeng jeng~
Haha...jawapannya, dunia robot. (Bukan dunia herbs tau...hehe)
Yup, tanpa dugaan dunia akan jadi ibarat robot. Tiada yang menarik terjadi. Semuanya berjalan dengan lancar. Bak kata orang putih "no ups and down bebeh". Hahaha..
Tidak akan ada dugaan hendak ke tempat kerja, tiada dugaan hendak beratur beli 'grill burger' di wangsa maju..hehe. Tiada dugaan untuk meminang anak dara orang...ececehhh. Semua akan menjadi terlalu lancar.
Dan bila manusia terlalu diulit dengan kesenangan, lupa pada Penciptanya dikhuatiri akan menjadi sangat mudah. Betul tak? Haha..
Jadi secara positif, dugaan itu diberikan untuk kita belajar menghargai.
Dugaan itu diberikan untuk kita belajar mencintai.
Dugaan itu diberikan untuk kita belajar mematangkan diri.
Buat para pembaca semua,
Kalau tika ini anda sedang dilanda dugaan, mahupun ujian dalam hidup...ambil lah ia sebagai satu peluang. Peluang untuk menghargai diri dan mereka di sekeliling anda. Peluang mencintai rasa naluri dan perasaan orang lain..dan peluang untuk mematangkan pemikiran dan rasional diri.
Sejujurnya, nasihat ini untuk aku dan para pembaca. Segetir mana pun dugaan, pasti ada jalan penyelesaiannya...maka selagi tidak bertemu jalan tersebut, jangan engkau berhenti berharap dan mencuba...penting juga, jangan engkau
berhenti mengukir senyuman =)
Err...tak ada gambar senyuman dalam simpanan. Yang ini pun boleh la...sekurangnya buat pembaca tersenyum...kot. Haha.. |
5 comments:
haha memang nmpk berisi ye.. haha
tq abg unt entry nie :)
aksara:
hehe...nampak berisi ye. tu la pasal duduk makan je. dah jadi boolat. btw, u r most welcome dear =)
makaiiih...besaqnya nganga... >.<
kadang orang kata makan selagi boleh makan.... nanti kalau dah sakit tekak dah tak sedap nak telan...
tapi tu lahh... dugaan itu mematangkan kita .... proses mematangkan fikiran itu menjadikan kita lebih bersikap dewasa..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
sport rim rs watanabe
cik zai:
hehehe...tu baru buka separuh. blom tgk yang fully open. kah3!!
afzai:
betul tu bro. nnt tak leh mkn baru mengidam...haha.
Post a Comment