Thursday, April 19, 2012

HAri INi

Salam buat para pembaca semua.

Moga sihat sentiasa hendaknya.

Hari ini ayah sudah dibenarkan keluar dari IJN. Alhamdulillah...bulan enam nanti datang balik ke sana untuk tahu keputusan imbasan kelmarin.

Samada boleh atau tidak salur tersebut dimasukkan 'stand' 'stent'. Kalau tak boleh, 'by pass' 'bypass' la jawabnya. Tapi aku harap janganlah kalau boleh sampai kena  'by pass' 'bypass'.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini juga kakak sudah memulakan rutin baharu. Cuba duduk dari keadaan baring dengan kudrat sendiri. Puas jugalah aku dan ibu meyakinkan dia untuk terus berusaha. Otot yang masih elok kalau tak diguna pakai akan hilang fungsinya dan semestinya dia akan menjadi lebih lemah.

Perancangan aku, biarlah dalam masa sebulan ini dia belajar duduk sendiri. Dah kuat pinggangnya nanti, baharu aku akan membawa kakak ke taman waktu pagi untuk latihan fasa seterusnya.

Kali ini, biarlah dia menanamkan cukup azam dan usaha untuk diri dia sendiri. Mengharapkan orang lain tidak membawa ke mana.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini juga, aku menyiapkan kerja aku yang tertangguh dek kerana kerap balik ke rumah pada bulan ini. Bukanlah aku ingin menyalahkan tanggungjawab aku kepada keluarga, tidak sama sekali. Tetapi ya, prestasi kerja aku sedikit merudum. Mungkin aku boleh diakatakan dalam fasa 'demoralize'. Hahaha...

Namun alhamdulillah, kerja tersebut siap...cukup untuk tidak menyusahkan rakan kerja lain. Harapnya. Haha..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini juga aku melakukan rutin biasa aku apabila balik ke rumah. Hantar dan ambil adik pulang dari sekolah, membantu ibu menyidai baju yang telah dibasuh dan menjadi pemberi semangat utama buat ibu. Sentiasa =)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya para pembaca, 

Hari ini entri ini ditulis bukanlah sebagai satu rungutan dan keluh kesah. 

Ini sememangnya apa yang dialami oleh aku. 

Selaku ketua rumah, anak lelaki sulung, abang dan adik...

Keluarga segalanya bagi aku.

Biarpun ujian itu berat, sekurangnya aku tahu Allah sayangkan kami.

Ada kalanya aku seakan tidak mampu....namun melihat ibu yang senantiasa tabah terus tersenyum di dalam pilu, aku katakan dengan tetap:

Hari ini, aku akan lebih kuat untuk keluarga

dan...

untuk ibu..

p/s: bukan mengadu cuma memberi inspirasi kepada yang perlu =)

6 comments:

~~ aksara ~~ said...

Moga dipermudahkan segalanya abg pika.. Be strong n moga abg n keluarga tabah menghadapi ujian Allah insyaAllah.. Amin :-)

Nhaq Qahn said...

Allah sentiasa dengan kau...ini tanda sayang Allah pada keluarga kau...
jangan pernah putus harap pada Allah...=)

dr itu! said...

busy ye pokcik!

sedikit tatabahasa medikal yer...

stent yer bukan stand.
bypass rapatkan..

hopefully everything will be alrite!
kuatkan semangat...kalo xkuat...minum jus kuat semangat...aku ada jual! hahaha

aShaBuLz said...

aksara:
hehehe...tq cik adik manis. hehe~

nawirah:
yup...tu sebab aku kene pandang benda ni positif. hehe...tq chepah!

dr:
ye la aku ni bukan budak medic...tq doc betulkan, nnt aku edit balik. hehe

Afzainizam said...

oohhhh sebagai abang sulung macam aku jugak lahhh... mmg banyak benda nak buat... bukan merungut tapi sedaya upayanya abang lah menjadi ketua keluarga

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
sport rim rs watanabe

aShaBuLz said...

afzai:
yup setiap orang ada tanggungjawab masing2. kena redha dan berusaha la kan. nnt ko boleh la join kelab anak lelaki sulung. aku pengerusi, ko jadi ahli. haha.