Tuesday, August 23, 2011

PemaNgkiN keRianGan hAti

Alhamdulillah...

Sepanjang minggu ini dan minggu depan, rezeki dimurahkan-Nya. Ada pelbagai jemputan menghadiri majlis berbuka datang kepada aku.

Ada yang berbayar, ada yang percuma...datang makan saja. Hehehe....apapun memang bila kita bersama dengan rakan sahabat berbuka bersama, rasa macam meriah sangat.

Hati pun riang, muka senyum lebar...perut pun kenyang..haha.

Beberapa hari lepas aku berkesempatan untuk bersama berbuka puasa dengan para pelajar aku. Untuk pengetahuan para pembaca, mereka ni merupakan antara kelas yang paling mudah dan senang dengan aku.

Kenapa aku masukkan entri mereka dalam blog ini?

Hehe....sebab mereka telah berjaya menambah keceriaan di dalam hati aku!!

Hehe...ini gadis-gadis kelas tu..yang lelaki letak jauh-jauh..hihi

Dengan gelagat riuh rendah, meriah...entahlah, aku sebagai pendidik rasa bangga pun ada. Pernah terdetik di hati ni entah macam mana la mereka nanti bila dah habis mengaji (dekat sini mengaji tu sama dengan belajar ye).

Haha...pendek kata, aku doakan semoga yang terbaik untuk mereka. Biarlah yang lahir selepas ini adalah insan-insan yang mampu untuk memberi yang terbaik pada agama, keluarga dan negara.

Eh dapat kad raya la!! Weee~

Hoh...tak fasal-fasal entri kali ni dah macam sentimental pula...wawawa~

Oh, hampir-hampir nak lupa pula.

Ini lukisan kartun aku yang telah diperbaharui. Setakat satu watak saja - Gayat Man. Maaf la tangkap guna kamera hp ja. Nak edit pun tak pandai...gambar jadi lagu tu la...huhu~

Hahaha...

Peace~

p/s: Oh Khamis~~~~~

Monday, August 22, 2011

seMbanG puN boLeh

Tak lama lagi raya.

Kalau zaman budak-budak dahulu, mesti suka sakan. Lompat sana, lompat sini...buat senarai nak pergi rumah mana kutip duit raya...fikir-fikir fasal kuih raya (kuih tat sedap wooo..), beli baju raya...haha.

Tapi bila dah makin besar ni benda lain pula yang kena fikir....contoh, duit raya nak bagi ke anak-anak saudara (semakin bercambah dan produktif ye mereka!!)..nak tolong mak ayah cat rumah....fikir belanja benda lain, fikir nak menyimpan untuk masa hadapan dan fikir nak tulis fasal entri apa. Hehehehe...

Macam mana sekalipun, itulah tandanya kita semakin matang dan dewasa. Biarlah masa yang dah berlalu tu kita jadikan sebagai sebahagian dari kenangan semalam yang mendewasakan.

Apapun entri aku bukan fasal benda ni sebenarnya, cuma nak bersembang-sembang..tak salah kan.

Okeh, kalau diikutkan blog aku ni hampir pupus ditelan zaman. Mana taknya, dah lama tak update. Tapi entah macam mana, tiba-tiba muncul pula masa, ruang dan semangat untuk terus membuka muka baru dalam blog ni.

Kalau diikutkan banyak benda yang dah terkubur...contoh paling ketara cerita kartun aku - Gayat Man The Series...hehehe. Itu zaman gatal tangan boleh la melukis.

Sekarang ni masa tu kurang ada. Tapi tangan aku masih tak berhenti melukis. InsyaAllah lukisan dah jadi baik sikit kot (chewahhh!! hahaha...). Cuma tak adalah sebaik kartunis yang memang otai macam aman wan.

Aku ni kira budak hingusan kosong ja...ilmu lukisan pun tak ada. Tapi nanti tengoklah, untuk kepuasan diri, kalau ada masa aku upload dalam blog. Haha..

Apapun, sekarang kerja aku makin banyak cabaran. Kadang-kadang sebab berat sangat fikir rasa macam malas pun ada. Nak pula bila ada orang yang tak faham bahasa...nak juga kerja dia jalan waktu tu sedangkan kita ada benda lain yang lebih penting kena buat.

Haishhh....nasib baik puasa. Sabar....sabar...haha.

Untuk para pembaca, selamat berpuasa dan semoga segala persiapan dah sedia la ye. Jaaaaaaangan lupa pergi terawih nak lagi dah hujung-hujung ni. Ingatan untuk aku dan semua.

Okeh, kita sembang lain kali. Do keep a smiling face k.

Senyum itukan sedekah~

Take care.

Saturday, August 20, 2011

pEnGguNa biJak

Salam.

Apa khabar para pembaca semua? hehe....harap sihat-sihat la ye. Orang kata puasa-puasa ni kita makin sihat sebab kurang makan. Ye la kebanyakan penyakit kan berpunca dari perut...

Okeh, semalam merupakan hari cuti aku di sini. Maka seperti yang dijanjikan aku pun keluar la dengan sahabat aku seorang ni untuk pergi mencari baju raya.....program asalnya ialah aku teman dia beli baju raya.

Tapi agak hampagas juga la sahabat aku ni sebab dia dah beli baju raya pun rupanya...jadi terus tukar, dia teman aku pergi beli baju raya. Hahahaha....

Sebelum tu, istilah baju raya pada aku ni bukan baju melayu ye. Tetapi baju baharu yang akan dipakai di hari-hari raya. Huhu...kalau ikutkan aku tak ada terfikir sangat nak beli baju macam mana. Asal sedap dipakai, elok menarik cukup dah.

Maka selepas jumaat, kami bertolak ke Queensbay. Katanya ada jualan murah. Huh...kalau dengar nama, Queensbay...aku dah terbayang mesti mahal gila gaban. Tapi ikut sahaja la...sebab aku pun tak tahu nak pergi mana lagi.

Orang memang ramai. Mungkin sebab dah nak dekat raya.

Tapi apa yang sahabat aku cakap tu memang betul. Banyak jualan-jualan murah dalam Queensbay tu. Dari Jusco sampai la ke butik-butik dia. Aku yang pada mulanya nak tengok-tengok sahaja pun dah terpengaruh beli sampai terpaksa tengok-tengok kalau-kalau duit dalam dompet cukup. Hahahaha...

Tapi alhamdulillah...betul la orang kata, kalau nak murah kena rajin berjalan. Hahaha...hasil pemerhatian aku di sana, aku berjaya mendapat sehelai baju padini dan seluar jeans chargers outfit dengan hanya RM60!! Huwahahahaha......bagi aku harga tu dah sangat murah!!

Memang waktu kira-kira balik rasa bangga pun ada sebab baju dan seluar original tu. Hehehe...lagipun fabrik dan corak dia memang aku minat. Ringkas dan kemas. Waktu tu rasa nak berucap je dekat Queensbay tu.

Jadi kepada pembaca yang budiman, aku nasihatkan kalau nak pergi membeli tu, dah jumpa yang berkenan tapi harga agak kurang berkenan, cuba cari dulu di sekitar tempat tu. Mungkin ada yang lebih menarik dan murah.

Aku dalam berpakaian ni tidak mementingkan sangat soal jenama. Yang penting selesa dan fabrik dia baik. Hehehe..memang rasa macam seorang pengguna yang bijak la. Hahaha...

Selamat membeli-belah semua!!

Friday, August 19, 2011

moNoLoG koSonG

Hari ini mata aku degil...

Penat suruh lelap tapi tak dapat juga nak lelapkan...aku rasa mungkin kepala otak aku ni banyak sangat benda fikir.

Biasalah, kalau sebelum tidur tu kan sunyi...tenang je...tu yang boleh tiba-tiba jadi macam orang ilmiah...mulalah fikir macam-macam.

Dari hal kerja yang semakin pelik, hal hati dan perasaan, hal-hal berbangkit dan hal-hal lain...hahaha. Tup-tup terus tak boleh tidur. Paaaadan muka aku. Hehe..

Daripada tak ada apa nak buat, duduk terkebil-kebil pandang siling...lebih baik aku menulis di blog. Rindu benar rasanya nak bersuara dalam blog ni.

Kehidupan aku sekarang boleh dikatakan di dalam fasa yang mencabar. Faktor utama datang dari cabaran kerja...senang cerita, aku bernaung di bawah dua bos.

Cuba para pembaca bayangkan, kalau ada dua bos, bermakna ada dua arahan, yang mana minta dilaksanakan pada masa yang sama. Huh...pening suda...tapi pening-pening pun sebelum puasa muka dah makin tembon. Haha...dah tak boleh panggil hensem dah.

Walaupun muka tembon tapi puasa-puasa ni aku dah turun hampir 5kg. Aiseh...macam mana nak tough nih. Haha...baru ingat nak jadi sasa. Raya ni kena rajin makan balik la jawabnya. Hehe...

Kepada para pembaca yang masih sudi membaca blog ini, macam mana kehidupan anda semua? Sempoi? Suam-suam kuku? Atau di ambang wati? Eh silap...di ambang kesusahan? Haha....

Walau apapun keadaan pembaca, aku harap sentiasa hendaknya ada sedikit masa untuk kita ceria dan kembali senyum.

Pada yang dalam keadaan stress atau yang setara dengannya, cuba lah walau sesusah mana pun untuk mencari sedikit kemanisan dalam masalah itu sebab sedikit kemanisan itu boleh mungkin mengubati selaut kemurungan...hehe

Rindu nak letak gambar dalam blog ni. Kejap aku cuba cari...



.............................................





.......................................................................







..................................................hurm...









.............................aha!!! Jumpa dah!!

taraaaaa~

Ni gambar waktu bercuti di pangkor rasanya...lupa la. Haha..

Itulah...dah tembam. Haha...

Ok lah, nanti-nanti ada masa aku merapu lagi dalam blog ni.

Selamat menyambut ramadhan buat para pembaca semua. Yang non-muslim, selamat berbelanja di bazar ramadhan. Hehe...