Biar terhitam kekal di sini
Ambil yang putih dan bawalah pergi
Harap hatinya indah dipenuhi
Tiada sakit tiada mati
Peluh di dahi dikesat pergi
Radang di hati siapa mengerti
Di luar nampak selengkap pasti
Sempurna wajah senyuman dititi
Biarkan aku beralah jiwa
Memberi engkau bahagia segala
Pastikan aku rasa sempurna
Bila ku tahu kau indah sentiasa
Salah diri memberi ruang
Untuk merasa bahawa kau curang
Keras jadinya bual dan bincang
Aku memang insan tak kenang
Lemahnya hati dikait suram
Tatkala pilu di keladak pendam
Esok lusa yakin ku genggam
Sekukuh rasa tidak ku muram
Tapi jujurnya aku merisau
Hilangnya hati biru berkilau
Terasa diri bagai nak sasau
Tiada teman bernama engkau
Maafkan aku pasir yang hitam
Cuba menjadi sebutir manikam
Berniat tidak meluka kau dalam
Moga kasih tidak tenggelam dan karam...
p/s: jangan berspekulasi...hanya berkarya..
9 comments:
kretip
bro, pinjam sisipan ni bley?
nak simpan and guna bila perlu (T.T)
sakit kpaler jap...lalalalalal
lea:
hehe...thanks!
alhaqimi:
boley jer...rm 10. tidak termasuk caj pentadbiran. haha
zul:
g minta org rumah ko urut. haha..
penuh emosi nampak...ada apa apa ke :))
menarik..ade bakat terpendam rupanya ;)
alan:
ahaha...tak ada la bro. aku men tulis2 je..heh
sitie:
huhu...thanks singgah.
inah:
thanks sis. mana la tau kot-kot nanti leh jadi seniman..ekekeke
Post a Comment