Tuesday, December 22, 2009

TenTaNg....

Salam dan selamat sejahtera buat pembaca semua..

Apa khabar hari ini? Hari yang indah? Ceria? Hehe...

Ok, hari ini aku nak berkongsi sesuatu dengan para pembaca semua....

Berkongsi cerita tentang sebuah buku...

Buku? Tentang apa?

Tentang Cinta..(peewit!!)

Karya Ust. Pahrol Mohd Juoi. Telaga Biru

Hehe...sebenarnya buku ini aku dapat pada awal tahun 2009 dan baru habis baca hujung tahun ni...bayangkanlah berapa lama masa yang di ambil untuk menghabiskan satu buku...huhu.

Buku ini sememangnya dihadiahkan oleh seorang teman kepada aku. Teman yang peramah...cute...redup-redup tingginya. Haha..mungkin dia tahu yang aku ni kurang minat membaca, jadi terus dia bagi aku buku.

Apapun, memang buku ini memberikan pemahaman kepada aku tentang apa sebenarnya cinta. Cinta itu sememangnya bukan hanya sesama manusia (aku yakin pembaca semua tahu tentang ini)..ada banyak jenis cinta dan yang jelasnya cinta kepada Pencipta adalah yang paling utama.

Dari cinta itulah akan lahir secara indah cinta kepada manusia yang menjuruskan segalanya kerana Allah.

Penulisan di dalam buku ini amat ringkas dan mudah difahami. Tidak seperti buku-buku yang selalu menggunakan ayat-ayat formal. Buku ini memberikan penjelasan ayat dalam konteks yang ringan dan tidak formal.
Bahasa yang seiring dengan pertuturan remaja sekarang...gerenti baca sampai habis. Haha..

Dalam buku ini turut dimuatkan pro dan kontra bercinta sebelum berkahwin dan bercinta selepas berkahwin. Tak bermaksud bercinta sebelum berkahwin itu salah dan tidak pula bermaksud bercinta selepas berkahwin itu pasti bahagia.
Siap ada komen Dr. Fadzilah Kamsah lagi..
.
Apa yang penting kena cinta kepada Allah dahulu...baru cinta kepada yang lain akan kekal..
..
Terima kasih kepada teman yang memberi buku ini. Aku membaca, menerima dan menterjemahkan isi-isi buku ini di dalam entri kali ini, sekadar berkongsi untuk peringatan aku dan para pembaca semua.
...
Tentang cinta~...tajuk yang sedap...peewit!!
....
Bacalah!! =D
**
p/s: jom pakat ramai-ramai baca buku...best woo..
**
Q -kenapa tulis dalam BM?
A - tak salah kot kalau guna bahasa rasmi..hehe

15 comments:

dr itu! said...

cheh! bgus2...nnt leh prektis kan semua ilmu2 tue...bahagia la awek encik pika nie...

next buku: pengembaraan sin chan di tanah gersang!
dapatkan di kedai buku terdekat..kalo xde, hang bg dier action beam! beam..beam...beam! hangus!

p/s: peewit mana ada dalam kamus melayu..

Ad Rifza said...

Hmmm tentanag cinta?...hmmm..kena cari buku nih..hehe...Owh ya..Salam Ziarah..Nice blog :-)

aShaBuLz said...

alhaqimi:
aha....arap-arap la insan yang akan sehidup dengan aku nanti bahagia bersama...hehe

oit-oit...sin chan tak payah buku...don load jer torrent. hehe..

perkataan peewit baru jer daftar kamus tahun 2010 ni...tengok balik.

ad rifza:
cari la..berbaloi-baloi.

salam ziarah..thanks!!

Afzainizam said...

Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

eeeemmm baca buku tentang cinta...

elok gak baca buku mengenai cinta...
rasanya klu kita tak baca buku ni mungkin kita tak tau pengertian cinta....

aku akan carilah buku ni ye......

Alan said...

dah habis ke baca buku tuh hehehe

Aidy Shahiezad said...

maka kesimpulannya, adakah cinta sebelum kawen lebih baik ?? ke cinta selepas kawen lebih bagus ?? erm...

aShaBuLz said...

afzainizam:
kita tau sebenarnya pengertian cinta sebenar tu..cuma sebagai insan kita selalu lupa. kena di ingatkan selalu...

alan:
dah abis bro. khatam dah..

aShaBuLz said...
This comment has been removed by the author.
aShaBuLz said...

aidy:
kesimpulannya terpulang kepada bagaimana pembawaan cinta kita dalam kehidupan. tak salah bercinta selagi tak melampaui batas..
yang penting cinta kepada yang Kekal dahulu...yang lain akan menyusul kemudian..

Afzainizam said...

Bila saja bicara tentang cinta
Kupasti terkenang padamu
Dimana kau berada kini
Ingatkah pada dirku lagi

Bila saja bicara tentang cinta
Masa silam kembali terbayang
Dimanakah terletak kesilapan
Sehingga memutuskan hubungan kita

Melalui detik-detik waktu
Terubat sudah luka ku
Tiada lagi kukesalkan
Segalanya hanya kenangan

Bila saja bicara tentang cinta
Kutersenyum sinis sendirian
Potret wajah juga surat cintamu
Kubakar semua menjadi abu

Salam ziarah dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

DrSam said...

memang kena pupuk cinta membaca...ilmu pengetahuan pun bertambah, walau dalam bab cinta sekalipun.

aShaBuLz said...

afzainizam:
hoho...sedap bibit sajak ko bro...datang dari hati ke?

drsam:
aha...cinta pada ilmu mmg penting. nak2 ilmu cinta....wajib diketahui..hehe

Inah said...

update2..mana nak tgk azam 2010 :P

aShaBuLz said...

inah:
hehe...azam 2010? buleh2...nnt saya update. ekekeke..

Anonymous said...

aku baru baca buku ni separuh ooo...
agak menarik...
ak baca buku nii pon sebab ko kata menarik...
ngeh3..
royalti3