Tuesday, January 27, 2009

muNgkiNkaH LanGKahKu seMakiN TiNgGi?

21/1/09

Aku ada satu temuduga di putrajaya. Berkenaan jawatan lecturer di poli atau kolej komuniti. Maka dengan muka seposen, dua hari sebelum temuduga, aku pun minta la cuti kat pengetua.

Difahamkan GSTT ni tak ada cuti. Maka atas budi bicara cikgu pengetua ni, aku pun dilepaskan hari tu..dengan syarat aku datang punch card dulu pastu dalam 9.30 baru keluar..haha.

Temuduga tu kata dalam surat mula pukul 10.30

Dengan berbekalkan kelajuan cahaya dan berkat doa naik kenderaan, aku selamat sampai tepat pukul 10.30...kat parking motor..adeh.

Tapi tempat parking penuh, maka dengan selamba aku park kat atas rumput...dan terus memecut melakukan fartlek(mentang-mentang ajar PJK sekarang..haha) ala-ala rabuan pit menuju ke tempat temuduga.

Dua orang kakak yang jaga borang sebelum temuduga. Thanks kak!!

Ramai gila orang..huhu.

Ada yang tua dan muda dari aku.

Ada gak jumpa ngan dak u sendiri.

Senior satu course pon ada..haha.

Buhsan menunggu..tangkap gambar betapa sunyinya putrajaya...wooo

Berkat menunggu, akhirnya aku masuk ke bilik berjumpa penemuduga dalam pukul 3.40 petang..haha (yang ketiga terakhir)

Alhamdulillah..berkat doa keluarga dan sahabat handai, sesi temuduga berjalan dengan lancar...hehe. Macam borak-borak ja dengan diorang...selesa sangat. Hati memang tak tension.

Bilik temuduga aku no.3..yang belah kiri tu..beam beam beam!!

Keluar je dari bilik temuduga, senyum memang panjang lebar...huhu.

Kalau ikut aku memang rasa macam dapat...tapi tak tahu la penemuduga tu bagi markah macam mana..wawawawa..

Tapi betullah orang kata

Gembira selalu, mesti sedih lepas tu....

Surat peminat dari putrajaya..keh3...marah sebenarnya ngan diorang..kalau tak nak aku park kat rumput, buatla tempat letak motorsikal banyak sket...

Haha...apa nak buat....dah nasib badan.

Anggap ja la sebagai yuran temuduga...huh.

p/s: nak siapkan buku register ngan buku resit duit insuran budak..wawawa...

Friday, January 16, 2009

tag tag

Ini tag dari zana. Dia ada bagi dua tag. Tapi hanya mampu buat satu ja...hehehe...sori ek cik zana...kui kui kui...

The last person to tag you is.

-siapa lagi kalau bukan si zana...haha

Your 5 impressions toward her..

-cute

-manja..hehe
-setia
-sudah berpunya...haha
-easy going


The most memorable thing she had done for you
-komen dalam blog aku
-tag aku
-suka letak simbol smiley nih ----> =]]

If she becomes your lover, you will
-erk...nak kene pukul ngan kering dia? hahaha...

If she becomes your enemy, you will
-she will never be..friend forever.

If she becomes my lover, she needs to improve on.
-nothing cause love means that u accept her the way she is..

If she becomes your enemy, the reason is..
-invalid question

How do you think people around you feel about you.
-ceria
-easy going
-suka senyum
-ensem..haha

The character about yourself is..
-suka berfikir

The most ideal person you want to be is..
-me

For person who cares or likes you, say something for them..
-thank you with all my heart...with love and sweet thoughts for always care and always be by my side..and even though we sometimes apart, may these relationships keep on growing..huhu~

people to tag
-no one...haha

Wednesday, January 14, 2009

SeLaMat paGi ciKgu!!!

Hohoho....action beam!!!!! beam beam beam!!!

Hari ni dah masuk hari ketiga aku mengajar di SMK Bandar Baru Ampang. Mari kita selusuri ranjau-ranjau, duri ribut, kelam dan kabutnya aku sepanjang 3 hari di sekolah itu..haha.

*******************

Hari pertama.

Macam biasa, semangat berkobar-kobar.

Diminta mengajar subjek PJK (pendidikan jasmani kesihatan), PSK (pendidikan sivik dan kewarganegaraan) dan ABM (amalan bahasa melayu)

Ajar tingkatan 4, 3 dan kelas peralihan. Setiap tingkatan ada tingkah laku dan fe'el yang berbeza.

Aku juga agak fenin dengan semua laporan dan panduan yang diberikan pada hari pertama. Kira macam kejutan budaya la ni. Haha...

Baru tahu yang tak boleh denda murid berdiri atas kerusi dan rotan... Secara jujur terkilan kejap sebab sistem pendidikan semakin lembut menjadikan masa depan generasi akan datang semakin kabur dipandangan aku.

Belajar menanda buku!! Memang mengidam dari dulu!! hahaha...

Gagal garang pada hari pertama sebab cair tengok budak-budak comel kelas peralihan. Nak marah pun tak jadi...tapi tu hanya untuk hari pertama...haha.

Hari pertama yang letih tetapi amat mengujakan!!!

Hari kedua.

Menjadi guru kelas tingkatan tiga. Maka belajarlah lagi benda-benda baru. Perihal kedatangan murid dan cara untuk menceriakan kelas...haha.

Sort kerja-kerja dan kemas meja.

Belajar deal dengan kerenah kelas lain.

Aku dapat relief hari ni. Haha...waktu tu baru aku tahu apa yang patut mereka tahu tetapi tak ada pada diri dan minda mereka...HALA TUJU.

Aku relief tingkatan empat. Bila ditanyakan hala tuju selepas SPM, mereka tidak tahu langsung.

Maka aku pun terangkanlah selepas SPM mereka ada banyak pilihan : STPM, Matrikulasi, Universiti.

Ijazah dan diploma juga turut aku masukkan sedikit di dalam penerangan tu.

Suka juga aku ingatkan pada mereka bahawa SPM itu penting bukan untuk melanjutkan pelajaran ja, nak minta kerja pun mereka still minta salinan SPM. Huhu....

Garang setakat jeling dan sound biasa-biasa ja.

Hari ketiga.

No more mr. nice guy.

Memang bila mengajar kita tak boleh bagi muka sangat. Kalau tak nanti dia pijak kepala.

Sebelum diorang pijak, baik kita pijak dulu...muwahahahahaha!!!

Relief kelas tingkatan lima. Aku pun ulanglah balik pasal hala tuju selepas SPM sebab mereka memang blur gila. Suka aku dapt terangkan benda tu sebab nampak diorang berfikir selepas tu...huhu.

*******************

Itu la setakat hari ketiga. Tapi yang paling tak boleh blah, ada budak kelas aku cakap muka aku macam pelajar...bangga jap.

Tapi tak lama lagi mesti dia cakap muka macam baru lepas bersara...hahahaha.

Best woo mengajar. Bukan senang kita nak deal dengan manusia ni. Apatah lagi nak mengajar, nak bagi faham.

Betul menguji kesabaran...tahulah aku kenapa guru itu ibarat lilin yang membakar diri.. ;b

tig tag toe (double)

Ada yang gatal tangan dok tag aku. Ni aku dapat dua tag. Mari kita lihat satu persatu. Adess...

Ni tag yang diberikan oleh mr.kry dan miss lea. Huhu....berani sungguh mengetag aku...haha.

Dengan menggunakan tenaga solar, aku akan cuba menjawab sebaik mungkin.

1. Tiga perkara tentang orang yang tag anda.

  • Fasilitator di Matrikulasi.
  • Seorang pelajar universiti.
  • Mangkuk...hahaha

2. Tiga Perkara tentang diriku.

  • Tinggi
  • Hitam manis (ecewah...)
  • Garang..(??)

3. Filem Kegemaran.

  • The beautiful mind

4. Saiz pinggang.

  • 33 kot..haha

5. Kaler spender.

  • Mak ai....bahayanya soklan...tzzttzztt...tenaga solar..tzztt...tenaga solar habis...tzztztt
Wokeh selesai satu tag...haha.

*****************************************************************************************

Ini tag yang diberi oleh sedara Awie a.k.a pangeran cinta. Terkujat urat kentut waktu jawab tag nih..haha

1. Senaraikan 10 perkara orang yang tag kamu....

1. Comel...kot..haha.

2. Suka main bowling...terer lak tuh!!

3. Suka pergi karaoke..tapi tak tahu la ok ker k.o...huhu

4. Boleh keluar berjalan sorang diri. Yela kan...sapa nak culik pulak...tengok badan la...hoho

5. Berani bersuara. Tak percaya baca la entry dia pasal MAS tuh. Huhu..

6. Pembersih. Ni main agak-agak ja. Haha..

7. Suka menangkap dan ditangkap gambar. Keh keh keh...

8. Jiwang a.k.a romantik kot...haha. Tengok jer la nama blog dia..hihi.

9. Suka pakai seluar jeans. Yang ni aku main rembat ja...betol la kot.

10. Tak sehensem aku. Hahahaha...yang ni rasanya betul...huhu.

2. Tuliskan novel kegemaran aku.

Erm...tak ada la obses sangat dengan novel ni. Tak ada...hahaha.

3. Listkan 5 benda yg aku sayang.

1. Perhubungan

2. Kerjaya

3. Motorsikalku

4. Masa

5. Transformers. Haha..

Harap dapat la kiranya aku menjawab tag yang diberikan ni ya...hahaha.

Saturday, January 10, 2009

Syukran..mengorak langkah

Alhamdulillah

Walau temuduga hari tu kurang berjalan lancar...

Hari isnin ini aku akan pergi ke PPD untuk mengambil memo..

Sekaligus

Memulakan kerja sebagai guru sandaran!!!!

Yes yes yes!!!!!

Teramat bersyukur!!!

Rasa nak berucap ja...haha..

Terima kasih pada rakan-rakan blogger dan pembaca atas sokongan dan doa anda.

Hari isnin tu juga aku akan dapat tahu sekolah yang ditempatkan. Agak tergesa bunyinya....sebab terus mengajar pada hari yang sama.

Tapi rasanya mungkin sekadar briefing dari sekolah je kot untuk hari pertama.

Apapun aku akan tetap bersedia!!

Cuma harapan agar aku mampu berikan yang terbaik dan suasana pengajaran berjalan lancar!! aminn....huhu.

Best2!!!

p/s: tenet kat umah amat chipsmore. huh! hahahaha....beam beam beam!!!

Tag Heuer

Ni ada satu tag dari irwan a.k.a budak kampong

Maka ni lah jawapan-jawapan aku ya..

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Agama, keluarga, sahabat, rakan dan kawan

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
Top up

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
Sebuah dewan yang cukup untuk menampung mereka yang datang meraikan hari bahagia aku

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan??
tetttt....tak da lagi

5. Adakah anda dilamun cinta??
Cinta pada keluarga

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
Burger King

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli??
Buku nota

8. Apakah nama penuh kamu??
Nama penuh timangan atau nama penuh sebenar? hahahaha...

9. Kamu lebih senang ngan mak atau ayah??
Mak

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda??
Rasulullah s.a.w

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu??
Tak nak. Boleh menimbulkan rasa cemburu.

12. Adakah kamu mencuci pakaian kamu sendiri??
Tak. Upah mesin basuh...haha

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pergi??
Laut mati...nak rasa terapung sebab tak pandai berenang..haha

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu??
a) Baik budaknya
b) Jenis yang setia rasanya
c) Nampak ganas tapi ada kasih sayang dalam hati
d) Geng kelambu
e) Patuh pada mak pak dia

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
a) Transformers
b) Pouch bag (bukan hand bag yer)
c) Myvi
d) PS2
e) Kerja
f) Pahala
g) Ruang
h) Koleksi citer sinchan

16. Pelukan atau ciuman??
Haha...tak tau. Tapi kalo di ikutkan...pelukan akan membuatkan seseorang tu rasa lebih secure.

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??
a) Hoho
b) Haha
c) Beam beam beam!!!
d) Action beam!!!!
e) Erk!!
f) Hehe
g) Ntah
h) What the tutt..(memang sebutan dia tutt yer. Bukan disencoredkan ya.

18. 8 buah buku yang paling baru baca??
a) Tentang cinta

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
a) Estranged - yang pernah
b) Jac dan Rio - ceritera cinta
c) Boys like girls - the great escape
d) Samsoon - kisah yang tak sempurna
e) Raihan - ashabul khafi
f) Nowseeheart - kuharap cinta
g) Rihanna - hate that i love u
h) Ronan keating - when u say nothing at all

20. Mari Men ' tag ' 8 orang len..
tet....siaran tamat...