Monday, September 27, 2010

naMaKu TuAH

Salam buat para pembaca yang aku sayangi..

Hari ini hari Isnin....dan hari ini merupakan antara hari yang bertuah dalam sejarah hidup aku. Hehe..

Yang pertama, sudah tentulah bertuah sebab aku masih lagi diberikan nyawa oleh yang Maha Esa. Alhamdulillah...dapat la juga aku menulis meraban di dalam blog ini. Haha..

Yang kedua, alhamdulillah hari ini juga dapat aku menyiapkan lirik lagu yang diminta oleh seorang bekas pelajar. Hehe...walaupun skop yang diberi agak umum, aku cuba jugalah memberikan yang terbaik. Nanti pandai-pandailah dia mengubahnya.

Seterusnya, hari ini juga aku mendapat pujian daripada beberapa orang manusia yang mengatakan aku nampak muda. Kwang3.....rasa nak muntah pun ada tiba-tiba puji diri sendiri dalam blog tapi nak buat macam mana...dah depa dok kata lagu tuh..hihi.

Di dalam proses aku cuba untuk menyimpan wang sebanyak yang boleh di bulan ini, hari ini juga datang seorang rakan membayar kembali hutang yang telah aku lupakan. Syukur.....murah rezeki. Dapat la aku berjimat dari menggunakan kad ATM terlampau kerap. Hehehe..

Hari ini di tempat kerja, seorang rakan staf telah membawa nasi lemak dan mee goreng yang kapasitinya membolehkan aku untuk bersarapan, makan tengah hari, dan petang dengannya!! Itu pun tak habis lagi waktu balik tadi..haha.

Maka sangat bertuah sebab setiap kali waktu makan...aku telah menambah sebanyak dua kali!!! Hohoho..buncit....murah rezeki yang belanja tu..hihi.

Yang paling ajaib, hari ini sungguh bertuah kerana aku mampu tersenyum lebar bila aku tahu dia telah tersenyum kembali!! Hehehe...

Dan walaupun hari ini mungkin amat bertuah bagi aku, tidak mustahil segalanya berlainan esok, lusa ataupun sekejap sahaja lagi. Namun bagi aku apa yang penting adalah kerjasama...eh...tu wonderpets..

Haha..

Apa yang penting ingin aku tekankan pada para pembaca dan diri aku sendiri ialah tak kira lah sebertuah mana pun kita...atau tidak bertuah langsung kita pada ketika dan saat ini...sentiasa beringat akan hari-hari mendatang.

Mungkin

Hari ini mendung membawa angin yang sayu....bergugur sama bebunga layu,

Tidak mustahil sebentar lagi mentari kan muncul menyinar panorama memberi erti kehidupan yang baru.

Juga tidak mustahil

Telaga yang indah jernih isi airnya...berkilau berkilat terpesona jiwa,

Berubah keruh keladak dan hambar dek kerana lelumpur yang bercampur dengan hujan selebat alam.

Jadi macam selalulah, senyum dan fikir positif ya!! Huhu..

Merenung masa depan yang positif..haha

Sungguh bertuah kerana dapat berkongsi blog, cerita dan pendapat aku bersama para pembaca yang amat aku kagumi!!

Terima Kasih!!

Sunday, September 26, 2010

MelenGkaPi aKu

Salam.

Jeng jeng jeng.....baru-baru ini aku telah berkesempatan untuk membaham sebuah kamera dslr milik seorang rakan.

Aha...maka aku yang sememangnya tak pernah langsung menggunakan benda pelik itu bertanyakan perihal cara-cara yang paling mudah nak guna. Bak kata, kalau buat buku tu dah jadi judul "how to snap a picture using dslr camera for dummies"..haha.

Kira konon-konon reti la guna kamera dslr..padahal yang aku reti tekan-tekan jer. Hihi...

Oh sebelum itu..

Mesti para pembaca tertanya-tanya kenapa la pula aku nak guna kamera dslr ni.

Ni semua sebab aku nak menjadi tukang gambar untuk seorang member aku yang lain. Tapi yang lebihnya sebab aku suka belajar sesuatu yang baru.

Yup, memang sangat suka belajar sesuatu yang baru....dengan syarat ada guru. Kalau nak mengharap aku baca buku....satu muka pun belum tentu...haha.

Waktu mula-mula dapat kamera tu...risau juga nak jaga sebab barang orang. Lagipun kalau rosak mahunya kering poket aku nak bayar.

Tapi....

Tak sampai sejam, aku mula rasakan yang kamera dslr dan aku amat melengkapi antara satu sama lain..kah kah kah.

Rasa macam orang yang baru bila berjalan dengan dslr. Apa yang terlintas terus snap. Huh...memang satu kepuasan la. Biarpun gambar tak cantik, tapi yang penting gaya. Hihi..

Jadi...

Kesimpulannya, aku nak beli kamera dslr!!! Hahaha....


Tuesday, September 21, 2010

PerJaLaNAn noKtah PeRMuLaAn

10.09.10

Melakar sejarah buat diri ini yang sudah beranjak setahun usia. Alhamdulillah...di situ juga lah bermulanya tarikh umat islam menyambut aidilfitri...rasa amat hiba dan teruja kerana berkesempatan untuk beraya sambil menyambut hari kelahiran ku..


13.09.10

Perjalanan merentas melawat rakan taulan lama tidak bertemu. Membuatkan masa terasa begitu pantas menjadi cemburu...InsyaAllah ada rezeki aku kan bertandang lagi..


14.09.10

Tarikh yang memberi sumber segala isi. Membuat aku tersenyum sendiri...pabila mengenangkan separuh diri...atau sebenarnya separuh hati yang jauh menanti.

Aku hanya insan malaun...yang akhirnya lekuk di titis hujan. Berat rasanya difikir perasaan...apa baiknya aku berteman..


16.09.10

Satu persatu kelopak digugur....terlihat semua angkara bicara. Mata menahan sebak di dada..yang dirasakan berat tidak terhingga..

Hanya sesalan, maaf di ulang...tak mampu berkata mahupun memandang...ya, aku bersalah!!

Sungguh...


19.09.10

Terima kasih...

p/s: duit gaji bulan lepas habis cepat...tak sabar tunggu gaji bulan ini...hehe

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya 1431H

Salam..

There are lots to tell,
About my exciting life,
The ups and down...

But first and foremost, allow me to wish every Muslims Selamat Hari Raya Aidilfitri...
To non-muslims, happy holiday!! =)

=)

Saturday, August 21, 2010

sisipan 17

Bulan ramadhan bulan puasa
Kata mereka bulan yang mulia
Tapi kenapa adanya manusia
Masih penuh perangai durjana

Insaf konon sehari dua
Tapi setannya berjela-jela
Katanya aku dah taubat nasuha
Padahal belakang meliar saka

Puasa ni kan setan dirantai
Tapi cuba tengok di tepi pantai
Ada jer kapel tak menang tangan
Duduk berdua meroyan-royan

Ini nasihat untuk semua
Bukan nak kata aku sempurna
Sekadar jadi pengingat suara
Allah dah banyak turunkan bala..

DemaM suKa-sUka

It's been a while...

Bulan Julai yang lepas, aku terlibat dengan pertandingan robot lagi.

Alhamdulillah walaupun tak berjaya mana tapi bagi aku itu menandakan satu permulaan yang bagus untuk lebih maju..haha...ayat tak boleh blah.

Apapun, lepas balik dari pertandingan tu, selama sebulan aku kena demam. Tapi bukan berterusan, kejap on....kejap off...dan akhir sekali baru la aku kena demam terus selama seminggu. Hahahaha....dah nasib badan.

Sekarang ni dah bulan puasa...sebelum terlambat, aku nak minta maaf kepada para pembaca kalau ada salah dan terguris kat mana-mana. Selamat berpuasa ye..heh.

Hurm....aku ni sebenarnya nak bagi besar sikit badan ni..tapi tup-tup, lepas kena demam seminggu terus turun 3kg daaaa....hahaha. Nampaknya raya nanti kena banyak makan rendang daging la. Hehehehe...

Sebut pasal puasa ni, juadah apa yang para pembaca sangat ternanti-nantikan? Macam aku...aku suka ayam percik. Hihihi....bulan-bulan puasa ni bukan main banyak lagi pilihan ayam percik. Ada ayam percik dara la..ayam percik tak dara la...ayam percik kampung..ayam percik tak kampung...fuh...meleleh jap. Haha..

Yang airnya memang tak payah cerita la...macam-macam jenis air ada...yang tek pernah dengar pun ada. Hahaha....air lai campur asam boi....air seribu kenangan selasih...heh. Kadang-kadang tersengih jer aku tengok nama air tu. Bijak sungguh strategi jualan diorang. Huhu...

Ok lah, aku rasa sampai sini dulu aku tulis untuk entri ni.

Apapun aku doakan yang baik-baik untuk para pembaca semua. Doa-doakan la aku selalu update blog ni. Haha....wokeh. Chalo!

Friday, June 18, 2010

sisipan 16

Hari-hari semakin busy,
Sampai tak dan say "hai" and "hihi"
Kepala pulak dah makin lazy
Makan minum habis semua lari

Problem memang semua ada
Tapi yang selesai berapa kerat ja
Tinggallah yang berat pedih nak lupa
Ditambah lagi yang baru punya

Nasib baik la ada kawan-kawan kaw-tim
Bantu ringankan beban semusim
Tapi ada je member yang macam rejim
Buat bodo jer tak nampak pergh memanglah zalim

Aku saja ja tulis nak lepas geram
Bukan lepaskan angin yang diperam
Haha..apapun kita still boleh dok diam
Senyum tawakkal tak usah muram!! =)

Sekian.

p/s: thanks kat aisyah sebab masukkan entry pasal aku dalam blog dia...very much appreciates it..hehehe...