Monday, September 27, 2010

naMaKu TuAH

Salam buat para pembaca yang aku sayangi..

Hari ini hari Isnin....dan hari ini merupakan antara hari yang bertuah dalam sejarah hidup aku. Hehe..

Yang pertama, sudah tentulah bertuah sebab aku masih lagi diberikan nyawa oleh yang Maha Esa. Alhamdulillah...dapat la juga aku menulis meraban di dalam blog ini. Haha..

Yang kedua, alhamdulillah hari ini juga dapat aku menyiapkan lirik lagu yang diminta oleh seorang bekas pelajar. Hehe...walaupun skop yang diberi agak umum, aku cuba jugalah memberikan yang terbaik. Nanti pandai-pandailah dia mengubahnya.

Seterusnya, hari ini juga aku mendapat pujian daripada beberapa orang manusia yang mengatakan aku nampak muda. Kwang3.....rasa nak muntah pun ada tiba-tiba puji diri sendiri dalam blog tapi nak buat macam mana...dah depa dok kata lagu tuh..hihi.

Di dalam proses aku cuba untuk menyimpan wang sebanyak yang boleh di bulan ini, hari ini juga datang seorang rakan membayar kembali hutang yang telah aku lupakan. Syukur.....murah rezeki. Dapat la aku berjimat dari menggunakan kad ATM terlampau kerap. Hehehe..

Hari ini di tempat kerja, seorang rakan staf telah membawa nasi lemak dan mee goreng yang kapasitinya membolehkan aku untuk bersarapan, makan tengah hari, dan petang dengannya!! Itu pun tak habis lagi waktu balik tadi..haha.

Maka sangat bertuah sebab setiap kali waktu makan...aku telah menambah sebanyak dua kali!!! Hohoho..buncit....murah rezeki yang belanja tu..hihi.

Yang paling ajaib, hari ini sungguh bertuah kerana aku mampu tersenyum lebar bila aku tahu dia telah tersenyum kembali!! Hehehe...

Dan walaupun hari ini mungkin amat bertuah bagi aku, tidak mustahil segalanya berlainan esok, lusa ataupun sekejap sahaja lagi. Namun bagi aku apa yang penting adalah kerjasama...eh...tu wonderpets..

Haha..

Apa yang penting ingin aku tekankan pada para pembaca dan diri aku sendiri ialah tak kira lah sebertuah mana pun kita...atau tidak bertuah langsung kita pada ketika dan saat ini...sentiasa beringat akan hari-hari mendatang.

Mungkin

Hari ini mendung membawa angin yang sayu....bergugur sama bebunga layu,

Tidak mustahil sebentar lagi mentari kan muncul menyinar panorama memberi erti kehidupan yang baru.

Juga tidak mustahil

Telaga yang indah jernih isi airnya...berkilau berkilat terpesona jiwa,

Berubah keruh keladak dan hambar dek kerana lelumpur yang bercampur dengan hujan selebat alam.

Jadi macam selalulah, senyum dan fikir positif ya!! Huhu..

Merenung masa depan yang positif..haha

Sungguh bertuah kerana dapat berkongsi blog, cerita dan pendapat aku bersama para pembaca yang amat aku kagumi!!

Terima Kasih!!

6 comments:

~~ aksara ~~ said...

heee nice entry la abg pika..
hee

dr itu! said...

bertuahnya...tahniah2...bro, senyum..senyum gak...bila nak belanjan ni? haha

Aidy Shahiezad said...

bukan setiap hari kita berpeluang untuk jadi sgt bertuah...

tp, persoalannya,
siapa nama bro yg bertuah nie ??
hohoho.. :P

visit my latest entry:-

Mini Novel Kedua - Sebelum Terlewat
Chapter 2 :: Lelaki Tua Itu
(http://aidyshahiezad.blogspot.com)

aShaBuLz said...

aksara:
hehe...thank you...huhu

alhaqimi:
belanjan? apakah itu...tak tau. hahaha

aShaBuLz said...

aidy:
nama? jeng3....haha

dr itu! said...

hahaha...wey tuah...belanjan tu la gabungan berjalan n belanja....ok?