Showing posts with label buah fikiran. Show all posts
Showing posts with label buah fikiran. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

PeLAnGi seLepAs hUJan

Pastikan ada pelangi tatkala hujan berlalu pergi...


Kata-kata hikmah yang penuh makna, menyatakan untuk kita sentiasa berharap yang terbaik di sebalik musibah dan mematangkan pemikiran untuk lebih positif.

Tapi persoalannya, 

Di mana harus dicari pelangi itu?

DAN

Apakah hujan akan terus berlalu dan tidak akan kembali?

Aku ingin membawa pembaca budiman untuk bersama, berfikir sebentar. Sememangnya dua persoalan ini akan terus bermain di minda sesiapa sahaja di kalangan kita. Nah, ini mungkin jawapannya...

Sungguh

Pelangi itu ada selepas hujan...tetapi tidak pada semua tempat ianya boleh dilihat. Samalah juga dengan hikmah di dalam setiap musibah yang menimpa kita, hikmahnya ada....cuma kita terkadang buta dan tidak mencarinya di tempat yang betul. 

Di mana?

Di tempat yang paling dalam dalam diri...hati

Di tempat yang paling ligat dalam diri...naluri

Di tempat yang paling nyata antara diri...Ilahi

Bila mana kita ditimpa musibah, tanamkan dalam hati bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya, sertakan dengan naluri diri yang menyerahkan sepenuh keputusan kepada Ilahi yakni Allah yang satu. 

InsyaAllah...hasilnya lebih daripada yang kita boleh bayangkan.

Namun, 

Bila mana pula kita tahu yang hujan itu akan terus berlalu dan tidak mungkin kembali?

Jawapannya, tidak. 

Kita tidak akan tahu.

Tapi yang pasti bila ianya datang kembali, bersedialah untuk memayungi diri dengan usaha dan tawakkal kepada yang Satu supaya nanti dengan berkatNya kita akan berjumpa dengan pelangi yang diimpi.

Hehehe....dah macam ustaz pun ada. Macam berpantun penuh rima pun ada.

Ini sekada nasihat kepada mereka yang sedang dilanda musibah. Aku bercakap bagi pihak mengingatkan diri ini dan semua yang terbaca warkah digital ini.

Renung-renungkanlah ye pembaca semua. InsyaAllah kita akan lebih baik di masa akan datang.

Cuma kadang-kadang aku terfikir....jika kita tidak dilanda ujian...manakan mungkin kita mampu untuk bangkit dan menjadi lebih kuat.

=)

Tuesday, April 24, 2012

LepToSpIRosiS

Salam buat para pembaca semua.

Aku agak sugul malam ini.

Menerima berita pemergian seorang sahabat yang sama-sama berjuang dalam rangkaian fasilitator. Jauh lebih muda usianya daripada aku, namun lebih disayangi Allah.

Dikhabarkan arwah terkena jangkitan kencing tikus atau leptospirosis selepas mandi di sungai (aku pun tak tahu butiran di mana). Pergi menghadap Ilahi selepas zohor..

Menatap gambarnya di facebook cukup untuk membuatkan hati ini hiba. Seorang yang cukup periang dan sangat sesuai perwatakannya sebagai seorang fasilitator, siapa menyangka hidupnya di dunia sesingkat ini.

Tetapi aku redha. 

Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Buat pembaca yang disayangi, biarlah aku berpesan untuk kebaikan:

Sekiranya dalam tempoh sebulan selepas anda berkunjung di tempat-tempat yang pernah terdapat kes leptospirosis atau ada mandi di sungai mahupun air terjun; dan anda demam, pergilah berjumpa doktor dan beritahu pada doktor yang anda ada pergi ke tempat-tempat tersebut.

Dengan ini doktor akan memberikan anda antibiotik yang sesuai. Pencegahan awal dapat membantu. Biarpun ketentuan Ilahi itu pasti, kita sebagai manusia berusahalah seadanya.

Untuk lebih info tentang leptospirosis ini, pembaca budiman boleh ke pautan ini:

http://www.majalahsains.com/2012/01/bahaya-wabak-kencing-tikus/

Bantulah menyebarkan info ini. 

Aku sayang para pembaca semua.

Peace.

Monday, April 23, 2012

meLihaT sUduT duGaAn

Salam buat para pembaca semua.

Moga sihat hendaknya dalam limpahan rahmat Allah.

Minggu ini merupakan permulaan minggu peperiksaan bagi pelajar di institusi aku, dan macam biasalah aku pula.....semakin gemuk. Aik, apa kaitan? Hehe....tak ada kaitan pun. Cuma nak beritahu yang aku semakin berisi. Perut makin meningkat naik dan pipi semakin sasa. Keh keh keh...

Dalam masa sebulan dua ini aku kerap balik rumah. Boleh dikatakan ada sahaja muka aku bila hujung minggu. Dah kalau namanya pun duduk rumah, sudah terang lagi bersuluh lah aku akan melakukan rutin seharian aku iaitu

Makan.

Makan.

Makan.

Tapi tak mengapalah yang penting semuanya baik-baik belaka. Hehe..

Hari ini mari kita bersembang tentang dugaan. Err...tak adalah kira macam bersembang sebab blog ini lebih kepada komunikasi sehala. Hehe...

Dugaan-

Allah tidak akan memberikan dugaan pada hamba-Nya jika dugaan itu, tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. 

Maksudnya, nak tak nak, mahu tidak mahu kita sebagai hamba-Nya kena dan perlu mencari jalan untuk mengharungi dugaan yang Allah berikan.

Cuba para pembaca yang budiman bayangkan...(letak dua jari dekat dahi, pejam mata...bayangkan...~)

Macam mana rupa dunia ini kalau tak wujud dugaan....jeng jeng jeng~

Haha...jawapannya, dunia robot. (Bukan dunia herbs tau...hehe)

Yup, tanpa dugaan dunia akan jadi ibarat robot. Tiada yang menarik terjadi. Semuanya berjalan dengan lancar. Bak kata orang putih "no ups and down bebeh". Hahaha..

Tidak akan ada dugaan hendak ke tempat kerja, tiada dugaan hendak beratur beli 'grill burger' di wangsa maju..hehe. Tiada dugaan untuk meminang anak dara orang...ececehhh. Semua akan menjadi terlalu lancar.

Dan bila manusia terlalu diulit dengan kesenangan, lupa pada Penciptanya dikhuatiri akan menjadi sangat mudah. Betul tak? Haha..

Jadi secara positif, dugaan itu diberikan untuk kita belajar menghargai

Dugaan itu diberikan untuk kita belajar mencintai.

Dugaan itu diberikan untuk kita belajar mematangkan diri.

Buat para pembaca semua,

Kalau tika ini anda sedang dilanda dugaan, mahupun ujian dalam hidup...ambil lah ia sebagai satu peluang. Peluang untuk menghargai diri dan mereka di sekeliling anda. Peluang mencintai rasa naluri dan perasaan orang lain..dan peluang untuk mematangkan pemikiran dan rasional diri.

Sejujurnya, nasihat ini untuk aku dan para pembaca. Segetir mana pun dugaan, pasti ada jalan penyelesaiannya...maka selagi tidak bertemu jalan tersebut, jangan engkau berhenti berharap dan mencuba...penting juga, jangan engkau

berhenti mengukir senyuman =)

Err...tak ada gambar senyuman dalam simpanan. Yang ini pun boleh la...sekurangnya buat pembaca tersenyum...kot. Haha..

Tuesday, April 10, 2012

aWan naNO negaTiF

Salam buat para pembaca semua. 

Moga sentiasa sihat dalam rahmat-Nya.

Pernah tak para pembaca semua terfikir tentang hidup masing-masing? Ye la, tentang betapa beruntungnya orang lain berbanding kita....atau mungkin betapa beruntungnya kita berbanding orang lain.

Aha....itu dua perkara yang berbeza ya. Jadi persoalan yang perlu dijawab oleh para pembaca sekarang, yang mana satu LEBIH banyak difikirkan? Samada untungnya orang lain berbanding kita, atau untungnya kita berbanding orang lain?

Hehe....kalau tanya pada aku, jujur sejujurnya aku akui lebih banyak memikirkan tentang betapa untungnya orang lain berbanding aku. Hurm...mungkin ada pembaca di luar sana yang turut mengangguk mengiakan perkara ini.

Yup, semestinya perkara ini akan terlintas; tentang untungnya orang itu, untungnya orang ini...untungnya orang-orang...eh orang-orang pun boleh ke? Hehe...gurau-gurau manja dengan pembaca sekejap. Huhu...

Perasaan melihat bahawa orang lain lebih beruntung dari kita lebih kuat bila mana kita sedang di landa dugaan...tatkala di terjah kesusahan, waktu dan tika itulah kita akan mula melihat manusia di sekeliling...yang katanya lebih beruntung.

Tapi sebenar-benarnya.....betulkah orang yang kita lihat selalu gembira itu, yang bahagia bersama insan tersayang itu lebih beruntung daripada kita? Mereka juga tentu ada masalah yang kita tidak ketahui...apa yang kita nampak cuma luaran..

Ikhlasnya, apabila aku melihat rakan taulan yang dahulunya hingus bersama-sama, kini telah jauh maju bersama keluarga sendiri dan kekayaan yang telah dimiliki...kadang-kadang terdetik perasaan kosong...iri hati...ada tapi berada nun jauh di sudut hati.

Perasaan itu yang membuatkan aku berfikir tentang keadaan aku sekarang, perkara yang mungkin berlaku masa hadapan...apa akan terjadi pada aku nanti....dan tentunya perbandingan diri aku yang serba-serbi kekurangan dengan mereka yang telah pun terbang ke awan.

Bila ini berlaku, aku gerenti kalau ada para pembaca yang turut pernah merasakan perkara ini pasti bersetuju jika aku katakan yang waktu inilah perkara-perkara negatif mula mengorak langkah di dalam membran-membran otak...menyuntik kesangsian sekaligus melemahkan semangat dengan apa yang sedang kita hadapi.



BERHENTI!!!!



SERIUS...BERHENTI BERFIKIR!!



ENAM SAAT....berhenti berfikir.

Taaaarik nafas dalam-dalam.....beristighfarlah....dan exhale~

Hehe....kenapa tiba-tiba kena berhenti?

Jeng jeng jeng......ini sebab musababnya..

Sebab kalau kita teruskan juga, kita sebenarnya hanya memberikan tekanan pada diri sendiri...yang mana akan menyebabkan dan mencetuskan entiti kemurungan dalam diri kita sendiri.

Tatkala itu berlaku, sudah tentu hidup akan dirasakan sangat-sangat tidak hebat. Hidup dirasakan sangat-sangat tidak adil. Hidup dirasakan sangat-sangat tidak sempurna.

Bila ini berlaku, jelas boleh membuatkan kita ibarat tidak bersyukur dengan apa yang telah Allah beri dan pinjamkan kepada kita.

Yup, betul, aku setuju jika ada yang mengatakan bahawa dugaan setiap orang adalah berbeza...dan aku setuju jika ada yang mengatakan "kau mana tahu kau tak alami benda ini".

Tetapi, itulah cantiknya manusia wahai para pembaca...jika semua orang mengalami perkara atau musibah yang sama, cuba bagi tahu aku siapa yang akan menenangkan hati kita di kala kesedihan? Dah kalau semua waktu tu tengah dilanda masalah sama....siapa yang nak berempati dengan kita? 

Siapa yang nak membantu menenangkan kita?

Hehe....dan lagi satu perkara, bila rasa diri tengah berada di ambang kenegatifan yang tinggi (akibat asyik layan dok kata orang tu lagi beruntung, orang tu lagi best hidup dia and such), cepat-cepat cari balik ke dalam diri anda kekuatan anda. Jangan biarkan diri diselubungi misteri...eh negatif. Haha...

Perkara ini aku bangkitkan sebagai peringatan kepada aku dan pembaca yang budiman. Supaya kita sentiasa cuba untuk berfikir positif...dan ingat, bergantunglah anda kepada yang hakiki supaya hati kita ini tidak mati....bergantunglah kuat pada Allah S.W.T....ehehehe..macam ustaz.

Aku menceritakan perkara ini bukan kerana peristiwa ayah aku sahaja...tapi berdasarkan pengalaman dugaan yang aku telah alami sepanjang hampir 7 tahun. Rasanya belum waktunya untuk diceritakan lagi. Apapun, jika kita rasa kita susah, lihatlah sebenarnya ada yang lebih susah. 

Macam aku, keluarga merupakan sumber kekuatan untuk aku terus tersenyum dan positif di dalam menghadapi dugaan ini...dan tentunya, masakan ibu itu merupakan ubat terbaik bagi hati jiwa aku. Huhuhuhu...

Buat para pembaca yang disayangi,

Belajarlah untuk menerima apa yang datang, dengan jiwa hati yang tenang...teruskan senyuman anda kerana jika ia tidak mampu menjadi penawar untuk anda, ia mungkin boleh menjadi penawar untuk mereka yang melihat...dan nanti mereka pula boleh menjadi penawar untuk anda. Hehe...faham ke tu?




Friday, April 15, 2011

InHaLe...eXhaLE..

Salam.

Kadang-kadang kita akan cuba untuk tersenyum, walaupun hakikatnya ia memeritkan. Di waktu itu, hanya Dia sahaja yang tahu betapa terasanya hati dan perasaan ini...namun untuk meluahkan, jauh sekali.

Yang termampu kita lakukan...sebaik mungkin mengukir senyuman ibarat semestinya tiada apa-apa yang berlaku.

Kerana kita tahu, jika kita gagal untuk tersenyum ketika dan waktu itu, pasti keadaan akan menjadi bertambah buruk. Mereka di sekeliling mungkin......bukan - PASTI akan kita sakiti dan berlakulah pertengkaran.

Nah, tatkala inilah selalunya kita beristighfar memohon dilembutkan dan disejukkan hati ini. Mengharap semoga tidak pecah amarah di dalam diri.

Dan akhirnya.....kita yang termakan hati.

Tapi masih berpegang kepada tidak mahu berkelahi, biarlah terasa seorang diri dari kehilangan rakan, teman dan mereka yang sentiasa di sisi...

Saat itu terasa masa letak terhenti.....dan kita sendiri...

Aku pasti para pembaca pernah mengalami situasi seperti ini. Bak kata orang dahulu - ditelan mati emak, diluah mati bapa..

Kita seringkali tersepit antara menyatakan dan menyimpan dari dinyatakan.

Aha!!

Jika ini pernah terjadi kepada anda, berbanggalah!!

Berbanggalah kerana anda merupakan insan yang mempunyai rasa hati dan mengambil berat terhadap orang lain.

Memang benar perkara ini jika kita simpan akan membuatkan kita terasa hati...tapi cuba ambil masa untuk bertenang. Jangan dikeruhkan lagi keadaan dengan melepaskan pelesit amukan kita. Tentunya mood orang di sekeliling kita akan lari dan semua pun mulut muncung saja...haha.

Jadi katakan kita terasa hati dengan kawan kita, ambil masa untuk bertenang...inhale....exhale...inhale...exhale...senyum. Haha...cuba cari kelebihan dan kebaikan dia yang boleh kita kagumi.

Mana tahu lama-lama kita boleh beradaptasi dari terasa kepada anggapan bahawa itulah cara dia bergura...

Kalau tak boleh juga.......beredarlah dari tempat tersebut secara berhemah dan kosongkan fikiran sendiri. Ambil masa untuk diri sendiri tenang dan berfikir.

Hehe....sekadar nasihat dari manusia yang tak terlalu pakar dalam menjaga perasaan. Haha...

Senyum =)

Tuesday, January 18, 2011

MeLAmBak-LaMbaK

Salam buat pembaca semua.

Harap semua dalam mood yang tenang dan gembira. Hehe..

Sekarang ni kalau diikutkan semua boleh dikaitkan dengan naik. Contoh paling mudah, naik harga....bila dah naik harga maka pengguna naik berang...dan ini menaikkan lagi ketegangan setiap insan dalam menyelia penggunaan duit masing-masing. Hehe..

Dah puas dengan naik, kita beralih pula kepada perkataan tambah. Sedang sibuk kempen kurangkan gula, maka bertambah-tambah lah menu-menu baru di kedai...sekaligus menambahkan nafsu makan dari dua pinggan kepada tiga..hehe. Menyebabkan penambahan berat badan insan bernama...aku.

Ceh, apa ni cerita pasal perkataan naik dengan tambah. Hehe...selingan.

Sebenarnya entri kali ini aku nak bercerita sedikit tentang kerja. Baru masuk tahun baru, masih di peringkat awal bulan..kerja dah banyak menunggu. Beratur satu persatu nak check in masuk dalam planner aku. Heh..

Bulan dua ni aku akan bersama segerombolan manusia pergi ke sebuah pertandingan, maka selaku ahli yang dilantik almaklumlah sibuk sedikit. Jenuh dengan penyediaan itu dan ini.

Tapi nak dibandingkan dengan pertandingan yang aku kena handle sebelum ini, kali ini lebih menenangkan kerana pengurusan lebih teratur.

Sebut pasal kerja...memang diakui kerja banyak dan aku ada merasakan bagusla kerja banyak cuma janganlah sampai tak terbuat. Hurm..

Tak tahulah apa yang orang atas fikirkan tapi kadang-kadang tu kerja sampai redundant. Dan ada juga kerja yang diberi nampak tak masuk akal.

Rasanya benda ni semua pernah terjadi pada para pembaca kan.

Tapi itulah, kita ni di pihak bawah. Selagi termampu ikut la kan. Sebab kalau kita kata banyak pun, tak mustahil satu hari nanti kita di tempat mereka kita buat benda yang sama. Silap-silap lagi dahsyat. Hehehe..

So live life...it's your life, take it, grab it, full it. Shine it the way you want it to be. It's your point of view who steer your mood. Just make sure that the steering is always on the right path. Hehe..

p/s: Just my 2cents ya..

Tuesday, October 5, 2010

NiLai teGuraN

Salam kepada semua pembaca blog..

Hurmm....pernah tak pembaca mengalami situasi di mana orang sibuk duduk kritik cara kita.

Dari cara kita berjalan....bercakap...ketawa...semua ditegurnya. Ada saja yang tak kena dek mata mereka.

"Eh kau ke...aku ingatkan robot mana tadi."

"Kau pernah tengok tak cara kau gelak depan cermin? Try beli satu.."

Pergh...memang pedas.

Aku rasa mesti ada di kalangan pembaca yang telah melalui perkara macam ni. Jadi apa yang boleh kita buat?

Aku merasakan yang sebenarnya ada banyak cara untuk kita selesaikan masalah ini. Meh kita usha tips-tips penting..hehe

-1-

Yang pertama sebagai permulaan kita boleh pandang dan senyum sahaja. Lagipun dengan senyuman kita dah kira bersedekah la pada mereka yang miskin akhlak ni. Hihi...

Tapi kalau dah kena tibai tiap-tiap hari siapa la boleh senyum lama-lama kan...jadi, kita pergi ke langkah kedua..

-2-

Kita balas balik dengan kata-kata yang membuatkan dia boleh rasa apa yang kita tengah rasa waktu tu...contoh:

Sindiran:
"Aku suka la tengok kau berjalan...habis satu koridor kau conquer."

Jawapan 1:
"Ok lah tu dari duduk saja atas kerusi tak berjalan-jalan...satu kerja pun tak siap."

Jawapan 2:
"Aku conquer satu koridor je...ko boleh conquer satu padang...kah3."

Hahaha...gerenti terkesima kejap orang itu. Huhu...

Tapi para pembaca, apapun yang orang lontar pada kita, sibuk duk komen pasal gaya kita berjalan, bercakap, sebenarnya itulah diri kita.

Memang ada betulnya mungkin cara kita berjalan atau gaya kita kurang sesuai..tapi bukankah adab kesopanan dan kelembutan bahasa itu tanda tingginya maruah bangsa kita?

Mana letaknya nilai-nilai itu?

Kalau kita ditegur cara yang baik, siapa pula yang hendak melenting. Betul?

Apapun untuk semua permasalahan yang datang dari mereka seperti ini, jawapan yang paling mudah adalah...

"Alhamdulillah...Allah itu Maha Adil."

Tau la dia tinggi rendahnya langit tu...hehe.

P/s: Bunyi macam marah je entri kali ini...hehe...sekadar menyelami. =)

Friday, October 30, 2009

f***

Im having a f*** day today.
A very f*** day indeed.
Don't know how to describe it but it's just so.... f***...just great.
Well who would have thought a normal Friday would turn out to be so damn f***.
..wish there is someone beside me...to share this day together..
hm......
Anyhow, with all the feelings I have inside me right now, just wondering would this f*** day get any better?
Haha.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Now, change the word "f***" to the word "FINE".
Read the sentences again.
How do U feel now?
Relief? Happy? Enjoy?

Haha...U see, I'm sure most of the viewer, the first time they read the sentences, the f*** word would be automatically be transformed into a famous foul word which is f*c*...and as U go on reading it, you get this uneasy feelings all over U. Because U read the sentences in a negative way.

What happen when U read the sentences by using the word Fine instead of the f*c* word? Easy! U'll feel that you just share some happy moments with the author and get this comfort yet warm feelings in U. And why is that? Because U read the sentences in a positive way. An appropriate way to be exact!!

So, it matters on how U see or analyze your thinking style. Positive way generates positive attitude and vice versa. Don't let your little negative thinking blocking your thoughts. Positive attitude gives positive aura. For U and for people around U!

So go ahead and start to think like a pro!! Start thinking positive!! U can do it!! Yes u can!!

p/s: saja cuba tulis dalam bahasa inggeris...hehe..silap grammar harap maaf ye.


Monday, September 28, 2009

apA puNya pELiK dA..

Salam buat pembaca semua.

Aha...macam mana dengan raya baru-baru ni? Bagi aku ok la.

Dapat pengalaman baru merasa bagi anak menakan duit raya. Hehe...anak menakan tu bahasa org utara. Maksud dia anak sedara.

Ok, dijadikan cerita satu hari di hari raya ni, aku pun pergi la ke Tesco untuk mencuci mata...er maksud aku membeli belah.

Pada hari tersebut, terdapat dua perkara yang aku masih ingat sampai sekarang...

Pertama:

Banyak jugalah barang yang aku beli hari tu. Bila time nak bayar, aku pun mulalah melilau cari kaunter yang kosong atau tak ramai orang....

Dengan selamba badak aku pun parking la kat satu kaunter ni. Tengah sedap menunggu...datang sorang brother ni.

"Aiya...ini lebih 10 barang meh"

Hahahaha.....aku pelik.

..........................

Aku pandang atas....

Ya Allah...sekali kaunter ekspress daa.....cuma 10 barang maximum. Keh keh keh....

Walaupun kulit aku hitam manis tapi ketika tu kalau dibandingkan dengan kain ela warna merah yang dijual di depan kaunter tu, lagi merah muka aku. Haha...

Lepas minta maaf kat brother tu aku pun menuju la ke kaunter yang betul.

Dan dalam perjalanan ke kaunter ni la perkara kedua itu berlaku...

Kedua:

Semasa aku tengah sibuk mencari kaunter lain untuk bayar barang yang aku beli...

Seorang ibu muda membawa dua orang anak yang dalam lingkungan 6 dan 4 tahun di dalam troli berjalan melintasi aku.

Berderau darah aku bila aku secara tidak sengaja terdengar..

"Mak ni tolak la cepat sikit..lembap la."

Pergh.....waktu tu muka aku merah bukan sebab malu dah tapi sebab tahan marah.

Aku tengok ibu muda tak buat apa-apa pada anak dia...mungkin dia tak dengar kot. Keadaan Tesco waktu tu pun bising.

Tapi yang aku geram macam mana boleh jadi sampai tahap tu. Aku teramat terkejut dengan apa yang aku dengar waktu tu.

Seorang budak berusia lingkungan 6 tahun dah boleh cakap macam tu. Dah la tu bukan dengan orang lain, mak sendiri....

Kalau aku kat tempat ibu muda tadi...dah sah-sah dua das atau lebih lempangan hinggap di pipi budak tu.

Astaghfirullah......mengucap mengucap....fuh..

Memang waktu bayar di kaunter tu aku tahan jer la muka ni....merah sebab marah..huh.

Para pembaca pun boleh nilai sendiri....

Apa yang betul dan apa yang salah..

Wednesday, September 23, 2009

Thursday, August 6, 2009

KelajUan yaNg berBeza

Fast learner atau nama lainnya cepat pick up....

Selalu kita dengar bila seseorang tu dapat tangkap sesuatu dengan pantas....contohnya bila kita dapat tangkap apa yang lecturer ajar dengan mudah....

Atau dapat jawab kuiz dengan betul dalam masa yang singkat...dan macam-macam lagi la...

Mesti orang akan cakap yang kita ni fast learner...

Waktu tu hidung kita pun kembang kempis....macam tak cukup udara jer nak hirup..haha. Rasa macam terbang di awang-awangan ja...heh.

Hurm..

Tapi pernah tak pembaca terfikir...

Sebenarnya....

Betul kah kita ni fast learner?

Atau lebih kepada fast keeper?

Heh..ada gak la masa beberapa hari ni aku terfikir benda ni. Beza fast learner dan fast keeper.

Fast learner pada aku adalah orang yang cepat memahami dan cepat belajar tentang perkara-perkara baru. Tak kisah lah dari segi pelajaran mahupun kerja, dia akan dapat memahami struktur dan corak konsep perkara tu dijalankan.

Dan bila dia dapat memahami perkara ini, maka dengan automatik otak akan memainkan peranan untuk terus mengingati perkara ini kerana dari pemahaman otak akan menjadi lebih agresif dan terbuka.

Berbeza dengan fast keeper, mereka juga cepat menangkap apa yang dipelajari. Tetapi proses seterusnya lebih kepada teknik penghafalan, bukan pada corak memahami konsep perkara yang dipelajari.

Pendek kata, fast keeper adalah orang yang cepat menghafal.

Namun, fast keeper ini mempunyai masalah bila mana perkara yang dipelajari itu tidak difahami, maka lama kelamaan perkara itu akan hilang.

Pernah tak para pembaca study last minute? Hehehe....jangan tipu...dosa tau.

Ingat tak sehari sebelum periksa, habis semua fakta kita hafal. Kita pulun abis-abisan...macam pulun durian daaa...

Tapi lepas ja periksa tamat...semua yang kita baca....puff!!! LESAP.

Hehe...

Jadi mana yang lebih baik? Fast learner atau fast keeper?

Bila orang kata kita ni fast learner...cuba tanya diri sendiri balik, betul ke?

So which one are U?

Monday, August 3, 2009

HaTi daN seNyuM

Salam..

Manusia memang ada macam-macam jenis...

Yang ensem..(sambil jari telunjuk menghala ke hidung sendiri..), yang cun..(peewit!!), yang tinggi, yang rendah, renek dan lain-lain....bak kata orang segala jenis rupa la ada.

Tapi memang kalau ikutkan, tak semua manusia kita boleh campur dan sekepala dengan mudah.

Lain orang, lain feelnya. Lain telinga, lain bunyinya...

Tapi ada satu petua yang aku tahu; apa dan bagaimana untuk kita menghadapi teman seperjuangan yang kadang-kadang boleh merosakkan mood dan jiwa kita..hehe

Bila mana kita berada di dalam satu situasi, kita berhadapan dengan insan yang contohnya suka cakap lepas (bukan melepas ek..), perli tak kena tempat dan lain-lain..

Ada dua cara yang kita boleh lakukan...

PERTAMA:

Sama ada kita terasa dan menarik muka panjang....

Yang akibatnya nanti kene pada diri kita sendiri...

Mood lari...

Kerja banyak tak jalan...

Orang sekeliling pun kene tempias...

Atau kita boleh guna langkah kedua.

KEDUA:

Pandang orang tu..

Cakap dalam hati "dia dah memang macam tu..huhu" sambil tersenyum ikhlas.

InsyaAllah...bila kita buat cara kedua ni, mood kita tak akan lari. Malah bertambah baik.

Tapi jangan lupa senyum waktu cakap dalam hati tu. Sebab kalau waktu tu ekspresi kita masam...tuning mood tu akan jadi lain. Jadi makin muram. Huhu...

Cubalah para pembaca amalkan...memang tak semua orang sekepala dengan kita. Tapi itulah antara rencah hidup yang menjadikan dunia ini lebih menarik. Hoho..

Try it and u'll see the difference..Lebih mudah dan efektif!!

Beam beam beam!!!


Thursday, December 4, 2008

iTu paSTi

Tak tahu la kenapa. Tiba-tiba ja terdetik di hati kecil ni tentang sesuatu yang perlu di lalui oleh setiap insan...KEMATIAN

Semuanya terjadi bila aku terpandang pada handphone aku.

Pernah tak pembaca terfikir...

Tempoh hidup kredit handphone kita mungkin lebih lama dari hidup kita.

Dalam erti kata lain, kita mungkin bertemu ajal sebelum sempat kredit handphone kita expired..

Aku pernah terfikir macam tu..bunyi memang macam kelakar tapi itu la yang aku terpikir semalam.

Contoh kata kredit kita expired lagi setahun...tapi hidup lagi ker kita tahun depan?

Nampak sangat ajal tu tak tunggu apa-apa dan sesiapa.

Segala peninggalan dan barang-barang memang tak akan ikut.

Tapi bila ek waktu kita akan sampai....dipanggil menghadap pada-Nya..

We know about it but what do we do?
- Ignore it
- Try to avoid it
- Searching for His blessing

Yet, it still happen...not 1 second less or more.

p/s: hehe....sekadar ingatan. mungkin ada kaitan dengan kejadian aku hampir excident kot..huhu~

Sunday, November 23, 2008

ManuSia seMakin jaHat

Manusia memang banyak ragam.

Kalau di berikan masa untuk kita belajar pasal manusia...ragam dan fe'el..

Memang tak akan habis.

Aku sendiri pun kadang-kadang pelik dengan manusia...walaupun aku juga masih bergelar manusia, aku sendiri kurang faham akan perangai makhluk paling mulia ini (bukan makhluk paling seksi tau..haha...makhluk paling seksi ialah zebra..lalala~)

Dulu secara jujur memang aku melihat yang mana mungkin ada manusia yang berhati keji, di penuhi dendam dan nanah derhaka..

Tapi aku silap.

Betapa naifnya aku pada ketika itu. Terlalu percaya bahawa dunia ni masih selamat. Masih ada harapan.

Bila mana aku sudah berada di dunia ni selama hampir 23 tahun. Aku mulai melihat kejadian dan perangai manusia. Mata aku mulai terbuka.

Kalau dahulu aku seringkali terlalu mudah percaya pada orang yang aku jumpa. Tapi sekarang tidak lagi. Aku lebih berhati-hati.

Benarlah. Pengalaman mendewasakan.

Sebagai contoh. bila aku terlihat pada motorsikal yang rosak di bahu jalan. Niat memang ada untuk berhenti dan cuba menghulurkan apa yang termampu..tapi di kala itu jugalah aku teringat kepada kisah samun yang berlaku pada seorang manusia ini.

Cuba menghulurkan bantuan kepada dua orang manusia yang sedang menolak motor di bahu jalan, akhirnya dia disamun oleh mereka yang hanya berpura-pura..meraih simpati untuk kepentingan diri..

Ahhh...aku pun dah mulai pening. Makin banyak manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri.

Aku marah.

Aku bengang.

Aku tertekan.

Kalau dunia ini penuh dengan manusia seperti ini...di mana lagi tempat untuk kita tinggal sebelum kita ke dunia yang kekal abadi?

Kerana kita cuma punyai satu dunia yang sementara...

Dan di sinilah kita sepatutnya mengharmonikannya..



p/s: Tapi aku tahu rakan dan sahabat serta manusia di sekelilingku baik-baik belaka...kerana kamu semua amat bermakna buat aku..sebagai pencetus inspirasi dan pembaikpulih semangat diri.. =)

Monday, November 17, 2008

TesCo daN tEsCo eXtrA

ni nak cerita sikit pasal Tesco dan Tesco Extra (bukan Wahazaextra k..huhu)

hari tu aku pergi beli barang-barang rumah dengan family...selalu memang kitorang pergi Tesco ja.


ntah macam mana hari tu teringin nak pergi Tesco Extra kat Taman Midah tu....


kesimpulan..

Tesco Extra lagi mahal dari Tesco!! huh..

dinasihatkan pada yang nak beli setakat barang dapur, antara Tesco dan Tesco Extra, pergi la Tesco ok.

pada yang suka beli pukal...ha, pergi la Tesco Extra..huh

Sunday, November 2, 2008

kaWan keR..??

hurm....mcm ni la. ak tau kita ni kalo berkawan mmg biar seribu...kalo nk lebih pon lagik bagus kan. dan ak gak tau kawan ni ada mcm2 jenis kawan. ada kawan yg kita rapat sebab berlawan...ada yg rapat sbb perasaan dan mcm2 lagi lah. ak juga tau x semua kawan kita bleh contact. mesti ada yg lost contact....ada yg jarang contact...ada yg wat2 x contact!! heh..

cuma....ak x paham la....naper ada kawan yg cuma ingt kita bila mana dia nk ajk kita masuk bisnes? bukan sekali berlaku kat ak tapi byk dah......member yg mmg x prnh umur dgr khabar...yg dulu2 anti kita...tetiba msj ato kol...ajak msuk bisnes. kata nk tlg member...mmg ak akui. benda tu kalo btol2 berjaya ak pon akn dpt untung. hurm...cuba para pembaca berada d tempat ak la kan....bila mana kawan cuma msj, sibuk ajk n cerita pasal bisnes ja. bila kata xmoh join...pastu diorng dh rs mls nk pujuk...trus ilang. x contact trus...ibarat dh x member. hahaha....serius...perkara mcm ni dh byk kali berlaku kat ak.

come on la....kalo stakat ingt kat member cuma pasal networking or MLM, and after that vanish (bukan sabun vanish tu ek), forget it....in my opinion...u'll never go far with that kind of attitude...sbb lali punya pasal...ada sorng member ni yg mmg dh lama x contact ak...bila mana dia contact, ak bleh detect yg dia nk ajk ak join networking...dan tekaan ak mmg betol!! haha...

kat cni bukan ak nk kutuk those networking people k. cuma nk menyatakan buah fikiran ak...kalo nk ajk org masuk...nk tarik org ni...bukan perkara yg mudah geng. show your generosity...bukan takat lepaskan diri sndri ja. nk tarik troli yg x bergerak pon sush...inikan pula nk tarik manusia yg berakal dan berperasaan. ak arap x da la yg terasa dgn posting ni...sekadar memberi sedikit IDEA (walaupun agak pedas) pada yg join menda2 ni supaya b more careful with this kind of method. u might lose more than u ever gain...

Wednesday, October 29, 2008

sEnSitiViTi

dh lama ak x marh macm ni....mlm ni btol2 darah ak naik. kepala ak memg dh menggelegak...ikutkan ati mmg habis la dia ak kerjakan. nasib baik ak masih d bwh pengaruh sedar..masih boleh bertindak rasional walau terumbang ambing dalam percaturan kadangnya..

masih panas lagi hati ini....redanya tidak lagi surut2...makin ku beristighfar, makin kuat godaan syaitan itu menaburkan minyak d hati yg kepanasan bakar membara...ak amat bengang...marah dan sedikit kecewa atas ap yg berlaku.

ada perkara boleh d bw gurau dan ada yg tidak....setiap manusia ada sensitiviti yg tersendiri...bg kita itu mungkin gurauan tapi bg mereka itu ibarat menghunus pedang mengajak berlawan. itu yg berlaku pd ak...bila mana gurauan itu sebenarnya igauan ak d masa kecil ku. d zaman kanak2 ku ak menjadi bahan ejekan...bukan gurauan tapi tomahan.

ak tahu ap mksud perkataan itu..walhal sewaktu d usia sekecil itu, ak masih tidak faham mengapa ak sering d ketawakan..lumrah budak kecil yg biasa, ak akan menangis bila mana itu berlaku. ibulah yg akn sentiasa berada d sisi tika itu..kawan2 x pyh cakap la....mmg xda..d permainkan dengan ank2 jiran adalah..heh, zaman kanak2 ku bukan lah satu perkara yg sedap untuk d ceritakan..byk perkara yg kurang enak d dgr dari yg indahnya.

bukan hendak memperbesarkan ap yg terjadi, tapi perkara yg berlaku tadi...puncanya merupakan titik tolak fobia ak kepada perkara itu. dan kerana itulah ak amat sensitif pabila perkara itu d jadikan bhn gurauan semula kerana bukan setakat zaman kecilku...malah ianya hanya berhenti bila ak masuk ke matrikulasi. betapa perit hidup ak selama 18 thn itu...ALLAH sj yg tahu.

nukilan ini sekadar memberi tahu akan setiap insan itu ada perkara yg boleh dan tidk boleh d bawa bergurau. setiap org ada sensitiviti tersendiri..ak tahu ak juga suka bergurau...terlalu suka mungkin..dan maafkan ak kira mana ada yg membuat hati terguris. beritahu padaku secara terus dan terang..pasti tidk akn ku ulangi gurauan itu. kerana ak tahu maknanya bila mana gurauan itu menjadi igauan...

Saturday, October 11, 2008

seSuaTu yaNg saMa

dengan ajakan dari gaban gemok, ak dan dia pun setuju untuk melawat matrik kami...melawat pensyarah2 yg masih bertaut d hati dan ingatan. walaupun rncgn itu mendadak tapi sempat juga ak mendapat sedikit ilmu d sana...mari kita sama2 renungkan..

katalah ak mempunyai sebuah handphone...nokia 3310 sahaja atau lebih d kenali dgn nama tiga2 sekupang. hehe...baiklah, sekarang anggaplah bahawa ak dan kamu sedang duduk bertentang dan d tgh2ny d dirikan handphone tadi...

ak yg menghadap bahagian depan handphone itu akan melihat imej seperti ini..

terdapat karikatur sin chan, perkataan 'unlock', gambar kunci, tanda 'silent mode' dan jam digital. terdapat juga perkataan nokia dan nombor2 pada keypad..tapi pada pandangan kamu, imej yg tertera akn menjadi seperti berikut..


lihat....imej yg kamu nampak adlh pelekat yg berbentuk separuh bulat shj..berbeza bukan. walaupun kita sbnrnya melihat satu benda yg sama, tapi arah pandangan kita berbeza.

jadi apabila kamu tersekat d suatu permasalahan, cuba lihat perkara itu dari sudut yg berbeza...sama juga kesnya pabila kamu mulai untuk berfikir secara tidak rasional (negatif)...cubalah sedaya upaya melihat dan menyusun semula pemikiran itu agar dapat kembali berfikir secara positif.

seperti kes handphone d atas, ap yg membezakan kita adalah corak pemikiran kita...baik fikirnya eloklah hasilnya....buruk fikirnya...rosaklah mood dan penaakulan mindanya...sekian.

Thursday, September 25, 2008

maRi maSaK nAsi

masak nasi pon x reti?? keh3.....kalau sebut pasal masak nasi mesti ada yg ingat itu adalah perkara paling asas tuk d ketahui oleh setiap org...kalo x pndai masak nasi mknanya mmg yg lain pon fail la...yeke?

kajian yg d buat oleh ak membuktikan bahawa fakta tu hanya auta...hehe. ada jer yg x reti masak nasi tapi boleh ja wat ayam masak kicap ngan begedil..huhu...ak la orgnyer. baru ak sedar yg masak nasi bukan lah semudah yg d sangka. langkah masak nasi sekarang mmg mudah sbb dh ada rice cooker. kalau zaman dulu mmg jerang guna periuk pastu nk kene slalu jaga api..skarang mudah je...masuk picit..pap! dah masak...tapi mudah camtu pon ak masih lagi fail masak nasi..dlu kat umah sewa ak dh sebabkan nasi yg d masak kurng air..lepas tu mmg dh x amik port dh pasal nasi..haha.

sini ak terangkan cara asas masak nasi guna rice cooker...saja tmbh general knowledge. ada byk cara sebenarnya nk masak nasi ni. ni adlh cara paling asas iaitu teknik serapan air ke dalam nasi..kalau nk tau cara lain masak nasi, cari dlm google:

1 - nasi seeloknya d basuh atau erti kata lain d bilas bagi menghilangkan kutu, ataupun habuk2 beras. bg yg beragama islam tu, seeloknya smbil basuh tu selawat la..itu la yg mak ak ajor..huhu. ak slalu basuh selama 3 kali bilas. ikut la kalo yg suka main air tu, sekati korang la tapi bil air pandai2 la byr nnt. heh.

2 - selepas d yakini kebersihan beras yg telah d bilas, baru sukat air tuk d tanak bersama nasi nnt. ni la part yg paling kritikal sbb kalau terlebih air, nasi jadi lembik. terkurang nasi keras sgt. dulu, mak ak ada ajar kalau nk mudah sukat guna jari telunjuk (tgn kanan ok)..wah macam hukum tgn kanan plak..haha.

caranya ratakan beras dan letakkan jari pada permukaan beras. lepas tu sukat air sampai paras pertama jari telunjuk kita. maknanya sampai pada garisan lipatan jari tu la..huhu. itu cara yg mak ak ajar la.

ada lagi satu cara iaitu perkara asas yg ak tahu kalau satu cawan beras, airnya antara satu stengah cawan hingga satu 3/4 cawan.

3 - lepas tu barulah masuk dalam rice cooker. sblum tu jgn lupa lap periuk bagi kering untuk menjaga hayat rice cooker anda. tekan 'on' dan tggu sehingga masak.

4 - lepas masak jgn lupa untuk kais nasi guna senduk atau kalo ak slalu guna senduk nasi yg kayu tu...nmpk klasik sket..hehe

itulah cara asas masak beras guna teknik resapan air yg aku tahu. cuma part yg menentukan jumlah sukatan air tu sebenarnya bergantung pada kualiti dan kuantiti beras yg d gunakan. macam ak, beras yg d gunakan sekarang mudah lembik..jadi ak kene slalu wat eksperimen tuk cari sukatan sebenar.

cuma bila mak ak yg masak..ok plak..? haha...mungkin ada hikmah tu ak masak nasi asyik lembik ja...mgkin bleh buka kedai sushi? jeng3....

caBaraN seOranG peNgaJar

ak masih ingat lagi dulu2 wktu ak masih bersekolah d tahap satu...mak ak siap pergi kat guru kelas dan cakap "cikgu, kalau ank saya ni buat salah, cikgu pukullah dia untuk mengajar dia, saya x kesah tapi jgn sampai ank saya ni berdarah". ahlamak....bila dgr mak ak ckp mcm tu...mmg la mak ak x kesah tapi ak kesah...hahahaha. tapi itulah gaya dan corak yang d berikan zaman dulu...ketinggian ilmu masih d sedari akan kepentingannya seiring dengan moralisme masyarakat.

guru pada masa dahulu boleh ja menepuk dan memukul anak murid mereka dgn tujuan untuk mengajar...sapa kata ak x pernah kena pukul ngan cikgu...mestilah pernah...dlu nakal seh..haha. cuma yg aku nk tekankan...itu semua berlaku pada zaman dahulu...ada yg mengatakan kononnya itu semua adalah trend zaman klasik. tidak boleh d guna pakai pada zaman sekarang...kepala otak hang!!

sekarang kalau kita lihat, ibu bapa byk berkata "kau tu cikgu aja, jgn la sibuk nk jaga tepi kain orang, ajar dlm kelas aja sudah la!!. pergh...banyak tahi idung mereka nk cakap macam tu. byk ibu bapa sekarang berpendapat bahawa guru itu tugasnya hanyalah mengajar d dalam bilik darjah. ap yg berlaku selepas tamat wktu persekolahan bukanlah lagi tanggungjawab guru itu. mmg kalau d ikutkan logik akal guru itu berperanan pada wktu persekolahan sahaja...tetapi jika d teliti mksud guru itu sendiri....ia lebih kepada mengajar atau membentuk.

jadi x salah jika satu hari c guru ternampak ank muridnya ponteng kelas d luar kawasan sekolah dan memarahinya kan? namun pabila d tegur, ibu bapa akan masuk campur dan memenangkan ank mereka bagai wira yg baru balik berjuang ttapi sebenarnya hanya kambing yg d sogok rumput yg busuk. ini hanya mengeruhkan keadaan sekaligus melahirkan generasi masa depan penuh dgn kemanjaan yg melampau lalu rosaklah negara dek kurangnya pemimpin masa hadapan.

apa yg ak ingin ketengahkan d sini adalah perbezaan pemikiran manusia ttg profession perguruan kini. jika dahulu guru dgn rotan d pndg mulia, kini guru dgn rotan sebolehnya akan d cerca. ingat, jgn terlalu memenangkan anak sendiri. selidik dahulu perkara yg berlaku seadilnya...ak tidak menafikan bahawa ada juga guru yg buruk sikapnya dan ak juga tidak menafikan ada ibu bapa yg masih relevan akal fikirannya...cuma perkara buruk ini bagi ak semakin hari semakin menular....

ak ada terbaca seorang guru wanita d cekik pelajar hanya kerana memukul dia d atas kesalahan pelajar itu sendiri...dan hasilnya, c ibu dan bapa pelajar memenangkan ank mereka dan berkata itu tindakan spontan anknya...chet. langsung tidak berasas!! tggu sajalah nnt satu hari anak tu akan memberikan tindakan spontannya kepada mereka balik...apa la. langsung x bleh terima pakai alasan ibu dan bapa tersebut. x relevan!!! nonsense!! yg pasti c ank mesti tersenyum melihat gelagat ibu bapanya yg ibarat memberi lesen besar kepadanya...astaghfirullah...

ak tahu suatu hari nnt ak akn menjadi seorang bapa dan ak amat berharap buah fikiranku ini d jadikan ingatan kepada semua yg membaca dan juga diri aku sendiri...apa nk jadilah dgn dunia. makin maju tapi moralisme makin celaru..mak ayah kerja tinggi2...tapi ank abis rosak diri..d tegur guru, guru katanya hanya makan gaji...

dulu ak ingt org gila xbleh ad ank dan berjaya...hurm....sangkaan ak meleset.....