Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, December 22, 2009

TenTaNg....

Salam dan selamat sejahtera buat pembaca semua..

Apa khabar hari ini? Hari yang indah? Ceria? Hehe...

Ok, hari ini aku nak berkongsi sesuatu dengan para pembaca semua....

Berkongsi cerita tentang sebuah buku...

Buku? Tentang apa?

Tentang Cinta..(peewit!!)

Karya Ust. Pahrol Mohd Juoi. Telaga Biru

Hehe...sebenarnya buku ini aku dapat pada awal tahun 2009 dan baru habis baca hujung tahun ni...bayangkanlah berapa lama masa yang di ambil untuk menghabiskan satu buku...huhu.

Buku ini sememangnya dihadiahkan oleh seorang teman kepada aku. Teman yang peramah...cute...redup-redup tingginya. Haha..mungkin dia tahu yang aku ni kurang minat membaca, jadi terus dia bagi aku buku.

Apapun, memang buku ini memberikan pemahaman kepada aku tentang apa sebenarnya cinta. Cinta itu sememangnya bukan hanya sesama manusia (aku yakin pembaca semua tahu tentang ini)..ada banyak jenis cinta dan yang jelasnya cinta kepada Pencipta adalah yang paling utama.

Dari cinta itulah akan lahir secara indah cinta kepada manusia yang menjuruskan segalanya kerana Allah.

Penulisan di dalam buku ini amat ringkas dan mudah difahami. Tidak seperti buku-buku yang selalu menggunakan ayat-ayat formal. Buku ini memberikan penjelasan ayat dalam konteks yang ringan dan tidak formal.
Bahasa yang seiring dengan pertuturan remaja sekarang...gerenti baca sampai habis. Haha..

Dalam buku ini turut dimuatkan pro dan kontra bercinta sebelum berkahwin dan bercinta selepas berkahwin. Tak bermaksud bercinta sebelum berkahwin itu salah dan tidak pula bermaksud bercinta selepas berkahwin itu pasti bahagia.
Siap ada komen Dr. Fadzilah Kamsah lagi..
.
Apa yang penting kena cinta kepada Allah dahulu...baru cinta kepada yang lain akan kekal..
..
Terima kasih kepada teman yang memberi buku ini. Aku membaca, menerima dan menterjemahkan isi-isi buku ini di dalam entri kali ini, sekadar berkongsi untuk peringatan aku dan para pembaca semua.
...
Tentang cinta~...tajuk yang sedap...peewit!!
....
Bacalah!! =D
**
p/s: jom pakat ramai-ramai baca buku...best woo..
**
Q -kenapa tulis dalam BM?
A - tak salah kot kalau guna bahasa rasmi..hehe