Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.
Betulkah semua perasaan yang kita rasa ini ada gunanya?
Contoh macam ego itu sendiri..ada baiknya kah perasaan ego ni?
Ini merupakan pendapat peribadi dari aku untuk tatapan para pembaca.
Pada aku, setiap apa yang kita rasa ini ada gunanya...cuma macam mana kita salurkan perasaan itu yang penting. Itulah yang akan membawa kepada baik mahupun buruk akibatnya.
Contoh macam ego itu sendiri pun. Ego biar bertempat. Makna kata kita tau bila nak guna ego tu. Ego kepada diri sendiri akan menyebabkan kita tak mahu mengalah. Katalah dalam kerja ataupun belajar...kita tanam sifat ego dalam diri. Ego kepada diri sendiri...yakni tak nak kalah dan bersifat sombong dengan kekalahan ataupun kekurangan ilmu. Jadi bila kita dah tanam dalam kepala benak kita yang kita ni tak nak kalah dalam menuntut ilmu mahupun perform dalam kerja, InsyaAllah kita akan menzahirkan perbuatan itu secara positif.
Tapi nanti mesti ada para pembaca yang dok pikiaq (ha....loghat utagha mai dah..) bukankah itu akan menyebabkan hasad dengki bila tengok orang lain lagi power atau terer dari kita?
Jeng jeng jeng....inilah perlunya disiplin diri. Yang kita pergi dengki dengan kejayaan orang lain buat apa? Lagi elok tanam cabaran tu dalam diri sendiri. Aku nak jadi lebih elok. Lebih baik. Ingat ye para pembaca....setitik dakwat hitam mampu merubah tata rupa si kain putih. Samalah juga kesnya dengan hati....awalnya di baja dengan setitik noktah hitam...lama-lama mati dan keraslah hati nalurinya nanti.
Ha...nanti mesti ada pula para pembaca yang fikir...'ish, positifnya dia ni'.....oppppss. Stop jap. Aku ni bukanlah orang yang begitu positif. Tapi tak salah kan kita cuba. Aku pun ada juga waktu up and down aku...tapi kadang-kadang bila kita tolong ingatkan orang lain, sebenarnya kita juga mengingatkan diri kita sendiri. Hehehehe..
Eh iklan pula....tadi kan tengah cerita benda lain. Ish..
Ha....kalau tadi kita cerita tentang ego, sekarang jom kita ambil contoh perasaan yang bila disebut, rasa positif, nyaman, suam-suam kuku je. Tapi sama juga kalau diletak pada tempat yang salah. Buruk juga jadinya. Senang kata perasaan sayang. Ha......tu kenapa ada yang tersipu-siput? Hehehe..
Sayang ni merupakan salah satu anugerah dari Allah kepada manusia. Dengan perasaan sayang ni lah kita belajar untuk melindungi, menjaga, bertoleransi...dan macam-macam lagilah. Tapi perasaan ini pun kalau silap haribulan boleh membawa kebinasaan kepada kita. Senang cerita, direct to the point tengok la sekarang...satu perasaan sayang yang begitu indah tetapi dewasa ini ditafsir kepada lahirnya anak luar nikah. Sayang yang begitu lembut dan halus nalurinya tetapi kini ditafsir sehingga membawa kepada pergaduhan kerana berebutkan yang hendak dimiliki...
Jadi, di mana baiknya sayang? Di mana pula buruknya ego?
Para pembaca semua, sekali lagi ini adalah pendapat dari aku yang khilaf. Kalau ada salah perbetulkan dengan hemah. Cuma apa yang boleh aku simpulkan, terletak kepada kita untuk membawa diri kita ke arah yang mana. Lebih baik atau sebaliknya. Setiap yang ada pada diri ini ada gunanya...bagaimana kita menggunakannya?
Tepuk dada, anda tahu jawapannya :)
Sekian.
No comments:
Post a Comment