Friday, December 27, 2013

RaGaM baNdaR yaNg mUsyKiL

Salam buat pembaca semuanya..

Harap sihat selalu ye...hehe.

....................

Hari ni aku lebih mengenali manusia..perangai, sopan dan adabnya..

...

Petang

Selesai menunaikan yang hak, aku bergerak menuju ke nadi ibu kota. Kuala Lumpur. Perjalanan hanyalah untuk mencari hadiah buat ibu tersayang. Sebuah hadiah yang ada disebut dahulu untuk ku cari di kedai buku. Maafkan aku ibu, anakmu ini hanya mampu untuk membelinya sekarang..

Perjalanan aku ke kotaraya menaiki LRT. Bukanlah tidak boleh membawa motor, cumanya aku lebih selesa menaiki LRT jika ke KL. Mudah dan tak perlu risau parkir. 

Alhamdulillah, masih ada mereka yang berhati mulia di nadi kotaraya yang kian tua dan penuh carca dosa. Aku menaiki LRT bersama seorang pakcik buta yang ingin ke Masjid Jamek. Biarpun ianya memang sudah menjadi rutin harian, tapi hati mana yang tidak tersentuh melihat OKU berseorangan menonong menaiki LRT. 

Bagus, ada orang yang memberikan tempat duduknya kepada pakcik tua ini di dalam tren. Biarpun pada mulanya dia seakan menolak, tapi semua pun tahu...lebih elok dia duduk kerana stesen yang dituju masih jauh. Hati kecilku tersenyum melihat situasi itu. =)

Pulangnya pula, seorang budak remaja yang sibuk bermain dengan handphone tak semena bangun....oh, memberi duduknya kepada seorang kakak yang sibuk membawa beg. Huhu...ha, yang ni aku terkesan...tertepek dekat dahi sendiri...sebab budak tu duduk sebelah aku je dan dia bangun dulu. Huhu...rasa sangat malu pulak sebab tak bangun. Badan dah la tough. Haha malu aku.

Tapi itulah para pembaca, pergi dan pulangku menguatkan hati ini, masih ada orang yang berhati mulia. 

Kuala Lumpur belum mati!! 

Malam

Keluarga dalam perjalanan nak pulang ke rumah...bawa bersama keledek rebus. Telefon aku minta dicarikan sambal tumis. Hehe..

Dipendekkan cerita, aku pun pergi ke kedai yang kakak aku katakan tapi.....tutup. Maka bermulalah pencarian sambal...jeng3

Aku tiba di kedai mamak #1. Nampak sambal kosong dalam periuk kecil. Hurm...kalau bukan sambal ikan bilis, yang ni pun ok kot...

"Sambal kami tak jual. Ini saja ada."

Pergh.........geram juga dengar. Tapi bukan kedai aku...aku pun angkat kaki.

Jumpa kedai mamak #2. Minta sambal dua hengget. Alhamdulillah....dapat..tapi bila nak bayar, mamak tu kata..

"Takpa la...kasi angkat free."

Huh....memang beza dengan kedai sebelum ni...walhal sambal kat kedai mamak #2 ni lagi sikit dari yang #1. Hahaha....macam betul ragam manusia ni. Tapi aku sangat bersyukur jumpa kedai mamak #2 ni sebab kalau tak mungkin pandangan aku terhadap kedai mamak ni memang teruk kot. Huhu..

Tapi sambal yang aku dapat masih belum cukup...maka aku pun singgah di downtown cheras mencari kedai-kedai yang ada di tepi jalan. Jumpa satu kedai jual nasi lemak. Erm...mulanya minta nak beli sambal je...tapi kakak tu macam berat nak bagi. Boleh nampak dari riak wajah dia. Haha...

Apapun dapat juga beli sambal dari dia...dan dari perbualan, mungkin lepas ni dia tak nak jual sambal saja dah. Heh..

Dalam perjalanan balik...aku terfikir, aku nak beli sambal...bukan nak curi...bukan nak guna duit haram pun...niat nak beli..kenapa susah sangat orang nak jual? Hanya kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan, bermakna ia tak boleh? 

Musykil....

.............................

Itulah para pembaca, macam ragam manusia ni...kalau aku duduk lama lagi sini, aku pun pening kot. Maaf, bukan nak kata apa cuma di tempat aku mencari rezeki, perkara ini tak ada masalah. Asal betul akad jual belinya, semua boleh. 

Haha...pening kan. Moga Allah sentiasa memberi pedoman pada kita dan mereka untuk lebih elok daripada semalam.

Peace. 

KaLAu

Its been ages since my last fever....

Tapi sekali kena...mau tahan sampai tiga minggu dah...hahaha...harun.

Tak cukup rehat pun mungkin juga...baru-baru ni aku naik gunung lagi. Tapi mungkin sebab demam belum kebah betul, injured pulak...hihi.
Tapi apapun alhamdulillah la semua baik belaka. Apa yang berlaku semua dugaan.

Sekarang aku ada di rumah...nak sambut hari lahir ibu tercinta. Walaupun di sambut awal, tapi wajib sambut...mak aku kot. Sorang ni je la pun yang ada. Sangat sayang omak den. Hehehe...
Kami sambut mcm biasa je. Pergi makan satu keluarga. Itu je pun cara sambutannya. Yang penting dapat kumpul semua beradik.

Aku masih demam..risau juga berjangkit dekat kakak aku. Dia tu mudah sangat dapat penyakit tapi lambat nak baik...kesian lak aku tengok. Huhu.

Aku bila dah demam ni...kadang-kadang sangat la malasnya nak buat kerja.....erm, jap . Pembetulan, bukan kadang-kadang...most of the time...hihi. Tapi macam mana pun aku tahu kerja aku kalau lambat akan susahkan orang lain. Jadi kalau taknak orang susahkan kita kelak, jangan berani nak mula susahkan orang..hehe. Selalu motivasi diri sendiri guna ayat ni...and guess what, it works!! Sometimes...hahaha.

Para pembaca pernah tak mengeluh? Maksud aku, macam teringat balik kisah lama....dan terfikir..."kalau la waktu tu aku...."

Ha....jangan tipu, jangan tipu...mesti pernah kan. Macam pernah je, macam pernah je...haha

Aku pun ada juga jadi macam tu. Kita semua bukan sempurna...kalau difikir, banyak sebenarnya perkara yang kalau boleh kita nak ubah. Tapi kena ingat...perkataan "kalau" tak berguna dengan masa lampau...sememangnya ia tak boleh di ubah.

Kalau la aku buat macam ni dulu....kalau la aku tak tahu...kalau la aku kenal dia dulu...kalau la aku bersabar...

Hentikan.

Andai kata tetiba para pembaca terimbas masa lampau dan terkeluar fikiran "kalau" ni, hentikan.

Mengeluh tidak membantu apa-apa. Percayalah..

Ada orang kata perkara yang lalu usah dikenang...tapi sebenarnya bagi aku, nak kenang boleh tapi ambil buat pengajaran untuk masa mendatang...bukan untuk bermuram dan mengeluh panjang...waste of time. Huhu..

'Venture to the past so you could shape out your future'

=)

P/s: Aku menasihati sesama kita je. Pesanan buat kita bersama. Peace.


Wednesday, December 18, 2013

peNyaKit daN hiKmaH

Salam buat para pembaca..

Hehe..sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya...nampak atau tidak kita sebagai manusia biasa ni.

Kenapa aku mulakan dengan tazkirah ringkas ni? Sebab benda ni baru sahaja terjadi pada aku. =)

Balik dari kursus di Perlis hari tu, terus ke Tambun bersama keluarga memenuhi hajat adik bongsu aku tu yang nak bebenor mandi di sana. Maka dengan rasminya waktu tu abang dia ni pun jadi la budak-budak sekali..hehe...sekali je tau. Haha...

Dah lepas tu pula...pulang ke tempat bekerja. Hasilnya, demam dua hari selepasnya..haha. Laptop yang tiba-tiba meragam sewaktu kursus (hang secara tiba-tiba...habis digest aku) masih belum dapat dirawat..memandangkan aku pun waktu tu tak terawat. Haha..

Ibarat jatuh ditimpa tangga dan kren, bunyi macam malang gila aku dua minggu ni. Tapi entah kenapa aku tak rasa begitu berat waktu datang semua dugaan tu. Hehehe...mungkin sebab ada sahabat-sahabat yang sangat mengambil berat dan siap tolong belikan ubat. Alhamdulillah..

Hari ni, demam dah kebah...hanya tinggal sakit-sakit urat dan fenin lalat sikit..hihi. Tapi apapun waktu macam ni aku kena bagi keluar peluh sebab nak bagi cepat sihat...hehe. 

Kan penyakit itu kifarah dosa. =)

Laptop pula, baru hari ni ok. Aku buat balik system restore. Setakat ni Alhamdulillah...hehe. Tetiba rasa lapang je dada.

Para pembaca kalau ada mengalami nasib yang lebih kurang macam aku, cuba sedaya mungkin lihat dari sudut yang positif ye. Kalau nak lebih kuat, dapatkan sokongan keluarga dan sahabat handai. Huhu..

Harap sihat sepenuhnya untuk naik gunung jumaat ni. Huhu...

p/s: Demam hari tu dah turun 1.5kg...haish...

Wednesday, December 11, 2013

GaRisaN senYuMan

Salam buat pembaca semua...atau mungkin yang terselisih dengan blog ni..heh.

Bulan ni kursus datang macam air....penuh sebulan ni weekend aku diisi dengan kegiatan keluarga dan kerja...bab keluarga ok lagi. Tapi bab kerja...haha.

Apa mau buat...sedut udara dalam2....exhale...hehe.

Alhamdulillah masih bernafas walaupun hakikatnya banyak perkara yang merunsingkan mula mengetuk pintu kerisauan aku. Haish...bahaya ni. Kalau tak dikawal mahunya boleh jadi hulk macam beberapa tahun yang lepas...ekekeke.

Para pembaca macam mana dengan aktiviti seharian? Gerenti ada ups and down kan..hehe. Tapi tu la biasa la kan benda macm ni. Kalau tak diduga manakan mungkin kita boleh jadi lebih hebat masa akan datang nanti. Bak kata orang tetua, kalau tak jatuh macam mana nak bangun. Hihi..

Baru2 ni penyakit datang menyerang lagi...kali ni agak teruk juga. Mungkin salah satu faktor datang dari tekanan kot. Hehe...bukan tekanan apa pun...tekanan kerja. Kalau tekan tubi ke ok juga. Dapat la jadi tough sikit. Hihihi...

Biar la...malas pulak nak pikir pasal penyakit...hidup yang penting pegang pada janjiNya..insyaAllah ok. Huhu..

Esok kena kursus lagi...saja tetiba teringat dekat blog ni. Tu yang bubuh post ni...gaya bahasa dan penulisan pun jadi lebih kasual dan santai...bahasa campur suka ati...haha. Harap pembaca faham la ye..hihi.

Kadang bila dah lama kerja, pernah terfikir nak berubah angin..bukan apa. Mencari kelainan...atau mungkin juga penat bila banyak perkara tidak relevan yang dicanang disuruh buat. Entah, mungkin logik pada pemikiran mereka tapi bukan pada aku. Kata go green tapi bukti semua nak atas kertas. Ironi kot. Huhu..

Aku teringin nak merantau berjalan ke negara orang...tengok apa yang tak ada di sini...bandingkan apa yang kita ada dan mereka tidak....membuatkan kita rasa bersyukur. Tapi...ada beberapa perkara yang aku perlu ambil kira, dan ianya bukan semudah mana. Haha..

Haipp....kenapalah post ni macam sedih. Apa lah aku ni...hihi. Minta maaf ye pembaca. Biasa lah mood pagi buta ni kadangnya ke laut...laut hindi...pasifik....hehe.

Dah cukup melalut. Selamat malam semua. 

Belajarlah untuk senyum selagi mampu...sekurangnya ia mampu menghiburkan hati sendiri. =)