Sunday, September 26, 2010

MelenGkaPi aKu

Salam.

Jeng jeng jeng.....baru-baru ini aku telah berkesempatan untuk membaham sebuah kamera dslr milik seorang rakan.

Aha...maka aku yang sememangnya tak pernah langsung menggunakan benda pelik itu bertanyakan perihal cara-cara yang paling mudah nak guna. Bak kata, kalau buat buku tu dah jadi judul "how to snap a picture using dslr camera for dummies"..haha.

Kira konon-konon reti la guna kamera dslr..padahal yang aku reti tekan-tekan jer. Hihi...

Oh sebelum itu..

Mesti para pembaca tertanya-tanya kenapa la pula aku nak guna kamera dslr ni.

Ni semua sebab aku nak menjadi tukang gambar untuk seorang member aku yang lain. Tapi yang lebihnya sebab aku suka belajar sesuatu yang baru.

Yup, memang sangat suka belajar sesuatu yang baru....dengan syarat ada guru. Kalau nak mengharap aku baca buku....satu muka pun belum tentu...haha.

Waktu mula-mula dapat kamera tu...risau juga nak jaga sebab barang orang. Lagipun kalau rosak mahunya kering poket aku nak bayar.

Tapi....

Tak sampai sejam, aku mula rasakan yang kamera dslr dan aku amat melengkapi antara satu sama lain..kah kah kah.

Rasa macam orang yang baru bila berjalan dengan dslr. Apa yang terlintas terus snap. Huh...memang satu kepuasan la. Biarpun gambar tak cantik, tapi yang penting gaya. Hihi..

Jadi...

Kesimpulannya, aku nak beli kamera dslr!!! Hahaha....


9 comments:

alhaqimi said...

hahaha....aku setuju!..

lea said...

ramai org tergila2 kat dslr skrg...

+ aisyah + said...

beli 2! satu utk abg pika, satu utk saya. thanx!! :D

Alan said...

memang best..akupun dah lama nak beli satu tapi harganya 4 bulan gaji aku...mana nak carik duit huhuhuhu

aShaBuLz said...

alhaqimi:
apa yang ko setuju nih..haha

lea:
hehehe...tapi blom sampai tahap gila lagi nih. baru tahap gaban ja...

aShaBuLz said...

aisyah:
wah.....nnt jap. kene cari kat petaling street ni. beli satu percuma satu. huhu

alan:
tu la bro...aku pun kalau nak kene kumpul duit woo...riban2 kot harganya

Firdhaus said...

aku igt ko dah ade awek...kalau ade murah bgtau aku deh...

aShaBuLz said...

firdhaus:
ceh...ko memang..apara. aku crita pasal dslr...haha

nnt ada murah aku roger ko.

AZHAR said...

Anda boleh join kelab kami.
di fB 'Kelab Peminat Fotografi KTMB'.

id aku di fB 'Azhar Hadzaha'.