Tuesday, March 2, 2010

kiTa maSiH beruNtuNg...

Masuk ini sudah kali kedua aku menaiki feri ke penang...yang pertama adalah waktu aku masih belajar lagi...waktu tu hensem lagi...budak U la katakan..haha..tapi tu dulu...orang tua-tua kata waktu dolu-dolu..hehe.

Jadi, berbekalkan motor merah keorenan aku, bersama seorang rakan kami pergi melawat adiknya yang kini di hospital penang akibat penyakit buah pinggang. Penerimaan awal berita tentang adiknya agak mengejutkan mengenangkan usianya yang muda - hanya 14 tahun. Namun Alhamdulillah penyakitnya masih di tahap yang selamat..

Membawa sedikit buah tangan, kami sampai di hospital itu. Lantas menuju ke wad kanak-kanak. Sepanjang menuju ke bilik kawal jangkit, aku melihat begitu ramai kanak-kanak yang terlantar di wad....ada yang sibuk berborak dengan rakan sebelah, cakap-cakap dengan mak diorang, main PSP....duduk pandang siling pun ada.

Kami berjalan menuju bilik kawal jangkit.

Pintu bilik dibuka..

Aku kaku seketika tatkala melihat selain daripada adik rakanku, terdapat seorang kanak-kanak yang aku rasakan dalam 3 tahun duduk di katil sebelah dan ada 3 orang kanak-kanak lain duduk berborak di tepi tingkap bilik.

Setelah berbual dan bertanyakan khabar adik rakanku, kami mengambil peluang untuk bertanyakan pada ibu adik yang berusia 3 tahun itu.

Baru aku tahu, semua kanak-kanak yang ada di dalam bilik itu merupakan pesakit buah pinggang..adik yang berumur 3 tahun itu rupanya telah mengalami penyakit sejak dari lahir lagi. Kini, perutnya ditebuk bagi membolehkan darah dicuci..kata ibunya, mereka telah duduk di hospital ini selama 3 bulan, walhal rumah sewa yang baru dicari berdekatan hospital pun tak sempat nak tengok. Tak tahu pun macam mana rupa rumah tu...yang tu suami dia uruskan.

Kata ibu adik kecil itu lagi, cuci darah perlu 4 kali sehari. Sekali cuci dalam 4 jam....Ya Allah...terkedu aku mendengar. Begitu peritnya liku hidup yang perlu dilalui mereka...aku melihat dan meniti tubuh kecil adik itu. Jelas tiub dilekatkan pada hidungnya bagi tujuan pemakanan. Perutnya terdapat tampalan bagi menutup tebukan yang dibuat bagi mencuci darah. Adik itu masih petah bercakap, memanggil aku abang walaupun sedikit pelat..dalam usia yang baru 3 tahun, masih mentah tetapi telah diuji seberat ini....Allahuakbar..

Aku kemudian bertanyakan perihal 3 kanak-kanak yang berada di tepi tingkap bilik tadi. Rupanya salah seorang dari mereka bukan kanak-kanak tetapi telah pun berusia 16 tahun! Tapi sungguh aku katakan, riak wajah susuk tubuh budak itu sebiji kanak-kanak berusia 8 tahun. Ibu kepada budak itu memberitahu bahawa dia juga telah mendapat penyakit buah pinggang itu sejak dari lahir. Bermakna telah 16 tahun budak itu menghadap penyakitnya.

Ibunya berkongsi cerita dengan kami....

16 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Pelbagai dugaan dan cabaran dilalui bersama anak lelaki tunggalnya itu. Raya, puasa, segala jenis cuti...setiap hari adalah sama kerana menjaga anak di hospital. Baju raya tak usah pikir sebab anak lebih penting...harta benda semua taruk tepi sebab anak lebih penting...

Ibunya juga memberitahu bahawa orang yang ada penyakit buah pinggang ni tak boleh makan (antaranya):
- nasi lemak
- susu coklat (contohnya milo)
- soya
- buah pisang
- lauk lemak, gulai dan bersantan
- daging dan ayam (kalau nak juga, letak kunyit tanpa garam sahaja)

Jika dilihat pada budak itu, di lehernya sahaja sudah 3 kali tebuk, di perut sudah 13 kali tebuk...aku sendiri melihat kesan parut dari tebukan itu....Allah...sungguh besar ujian-Mu pada mereka...

Hm...

Pengalaman pergi ke hospital seperti ini adalah sangat jarang bagi aku. Ia membuatkan aku untuk berfikir bahawa betapa patutnya kita yang sihat-sihat ini bersyukur dengan keadaan kita sekarang.

Kita sibuk mengatakan kita hanya dapat berjalan-jalan di semenanjung sahaja, teringin nak jalan ke australia, london dan sebagainya...

Tapi bagi mereka, 16 tahun dihabiskan hanya dengan mengenali katil hospital, makanan hospital, bilik cuci darah, dan rakan katil yang datang dan pergi..tentu bahagia mereka sebahagianya jika kaki itu dapat dijejakkan walau ke luar hospital, bermain seperti insan biasa..

Aku menceritakan ini agar pedoman dapat diambil kerana aku tahu pengalaman setiap kita adalah berbeza...yang menyatukan kita di sini adalah ukhwah bersama..kita lihat kembali segala perkara yang kita rasakan kurang sebelum ini, cari kesyukuran di sebalik kejadian..

p/s: maaf dah banyak entri aku tak ada gambar..tak dan nak snap snap..

9 comments:

dr itu! said...

begitulah kehidupan...ada yg diuji dengan nyata...ada juga yg diuji dengan perasaan.

dua2 sama berat...dua2 perlukan pergorbanan...cuma kdg kala ujian itu terlalu hebat..hingga pertolongan dr sesiapa pon xdapat membantu..

akhirnya, pertolongan dr yg satu juga jadi pilihan utama dan sejati!

percaya la...semua org diuji! kekalkan semangat..
sedeyh ar entry ni!!

adie-ishmael said...

nikmat yang paling besar selepas nikmat iman dan islam ialah nikmat kesihatan...

Aidy Shahiezad said...

agak terkesan dengan ayat:

"Kita sibuk mengatakan kita hanya dapat berjalan-jalan di semenanjung sahaja, teringin nak jalan ke australia, london dan sebagainya..."

haish... tak terkata !!

Unknown said...

Salam Ashabulz. Ramai orang tidak tahu bahawa pihak missionaries banyak menghabiskan wang membeli jiwa dan perasaan pesakit-pesakit di hospital kerana mereka tahu orang-orang sakit memerlukan belaian. Maka akhirnya ramai yang menganut agama itu. Kita tidak pernah mengambil iktibar dan nasihat Nabi s.a.w. untuk selalu menziarahi orang sakit dan kata Nabi, mintalah daripada pesakit doa mereka kerana doa orang-orang adalah doa yang mujarab. Terima kasih atas perkongsian ini.

DrSam said...

kita doakan semoga ujian Allah SWT dapat dilalui oleh mereka semua dengan sabar.

Afzainizam said...

Afzainizam said...
Salam Dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~@@@@~~~~~
“Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang”

“Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa”
~~~~~@@@@~~~~
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu….

uisssshhhh baru tahu lah.... amat-amat lah mengemparkan....

Ya Allah! Kami pohon kepadamu keselamatan pada agama,kesihatan pada badan,
Pertambahan pada ilmu,keberkatan pada rezeki,bertaubat sebelum mati,mendapat
Rahmat ketika mati dan mendapat keampunan selepas mati. Ya Allah
Permudahkanlah keatas kami sakaratulmaut dan terlepas dari api neraka dan
Mendapat keampunan ketika hisab.

nursari said...

Salam ukhwah Ashabulz.. tersesat tadi. Sempat saya baca cerita ni. Nauzubillah. Tuhan sayang, tuhan beri ujian supaya kita tidak lupa. Jangan lupa kekayaan dan anak-pinak juga adalah ujian. www.hidayahsolehah.blogspot.com

Afzainizam said...

lama sungguh tak ziarah blog ni
Sorry ye...ape pun aku tetap ingat kat blog kamu ni....
أحسن شئ كلام رقيق يستخرج من بحر عميق على لسان رجل رفيق

"Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang dalam, daripada seorang yang lemah-lembut"
Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

aShaBuLz said...

semua:
terima kasih di atas sokongan. Allah jua yang membalas jasa anda semua...