Baru-baru ini aku telah menghadiri dua kursus yang boleh dikatakan antara yang terbaik pernah aku hadiri. Jom kita tinjau apa la kursusnya tu...
Training Camp Robot Soccer Bil.2
Bertempat di Melaka atau lebih dikenali sebagai Melakau..kursus ini merupakan pengenalan dan latihan asas kepada penggunaan dan pengaturcaraan Robot Soccer.
Sebagai pengenalan, Robot Soccer merupakan satu pertandingan bola sepak (menggunakan bola golf bewarna oren) yang di main secara auto oleh robot. Pertandingan ini disertai oleh 20 politeknik. Memandangkan 12 politeknik baru sahaja mendapat robot mereka, maka telah dianjurkan latihan dan kursus ini untuk memperkenalkan kami kepada perihal Robot Soccer....maka nanti boleh la masuk bertanding bulan Julai ni.
Bagai mengantuk disorong bantal (boleh guna ke peribahasa ni?), aku yang memang minat programming rasa teruja gila duduk kat kursus tu. Mana taknya, dekat situ banyak ilmu yang aku dapat. Cara programming.....tentang penggunaan istilah-istilah programming....
Oh lupa pulak...kenapa Training Camp ni belajar programming je ek?
Sebab robot semua dah dibekalkan KPTM. Jadi kami belajar programming untuk membuat strategi pemain. Sebabkan nanti robot bermain secara auto, jadi programming tu ibarat AI (Artificial Intelligence) diorang la..
Best sangat...memang best. Hehe..
Kursus Pertolongan Cemas
Kursus ni nak menjadikannya amatlah perit.....dengan karenah orang atas yang memeningkan...akhirnya Alhamdulillah..jadi juga.
Untuk kursus ini, pihak PBSM di panggil bagi memberikan input kepada pensyarah. Kalau dah panggil PBSM tu...tentu-tentu la ada exam...untuk melayakkan kita mendapat sijil sebagai first-aider selama 3 tahun. Huhu...
Kursus dua hari ni, banyak input dan info yang aku dapat antaranya:
1. Perempuan punya jantung mengepam lebih laju daripada lelaki...sebabnya? Perempuan ada dua hormon manakala lelaki satu je...haha
2. Tulang pelvis perempuan lebih besar dari tulang pelvis lelaki...sebabnya? Senang melahirkan anak..oh...macam tu ek?
3. Kepala bayi lebih anjal kerana tulang-tulang kepala belum bercantum berbanding orang dewasa.
4. Orang dewasa (8 tahun ke atas) mempunyai denyut nadi normal 60-80 seminit.
5. Kalau orang histeria, bagi bernafas dalam paperbag...sebab mengikut sains histeria berlaku kerana hyperventilation (terlebih oksigen) tu sebab bagi bernafas dalam paperbag..
6. Jangan bagi orang asma tidur melentang sebab mengecilkan lagi saluran bronkus.
7. Ular yang terus mematuk apabila dikacau (contoh terpijak) tidak berbisa berbanding ular yang merenung mangsa sebelum mematuk. Sebab bisa ular mengambil masa untuk sampai ke taring dari tekaknya...
Tu antara info yang membuatkan aku melopong dalam kursus. Tak tahu pulak sebelum ni..haha.
Selain dari tu, dah gerenti la aku ada belajar balutan ngan CPR kan..hehe...sekarang ni aku ingat lagi macam mana nak buat CPR..biasa la. Pengalaman tu..
Apapun itulah kursus yang aku lalui sepanjang bulan Mac ni. Sehingga bulan ni jer...aku dah ada 15 hari waktu berkursus...tak masuk mesyuarat lagi. Wahaha...ganbate!!