Sunday, February 21, 2010

bUat raKan yaNg JauH...

Salam.

Banyak perkara yang berlaku satu dua menjak ni dan aku pasti semua orang mengalaminya. Memanglah adat kehidupan yang baik dan buruk gerenti ada. Kalau nak semuanya baik....balik tidur mimpi elok-elok. Haha..

Erm...aku masih terkejut dengan pemergian seorang rakan sekerja yang meninggal secara tiba-tiba. Mungkin orang kata sudah ajalnya...benda dah ditetapkan. Rahsia hanya ALLAH saja yang tahu...

Ingat lagi aku pagi rabu itu, arwah sempat menghantar e-mail mengucapkan selamat hari lahir kepada dua orang staf yang menyambut hari lahir pada hari itu. "Semoga panjang umur...masih menunggu hadiah"...itu lah mesej terakhir arwah yang memang gemar bergurau senda dengan rakan staf.

Walaupun aku tak seakrab mana dengan arwah, tapi pemergiannya menghadap Ilahi amat terasa....masih teringat lagi aku bila mana kami tengah sibuk-sibuk menjual bio-disc, arwah semangat membantu. Sanggup membawa turun alat memeriksa tekanan darah tinggi. Memang tergelak habis kami main dengan alat tu. Lepas sorang-sorang periksa darah tinggi. Haha...

Aku sempat menziarah arwah buat kali terakhir di hospital pada malam itu. Terukir senyuman di muka arwah sewaktu kami pergi menziarahnya.....Meninggalkan empat orang anak yang mana paling kecil sekali masih tidak mengerti apa-apa, sebak bila melihat isteri arwah masuk ke bilik mayat bagi menatap wajah peneman hidupnya yang kini kaku tidak bernyawa.

Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan di kampung halamannya..

Hidup memang penuh rahsia dan tanda tanya, yang penting adalah bagaimana kita mencorak haluan dan pegangan kita.

Al-fatihah buat arwah...

8 comments:

dr itu! said...

semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi pemergiannya...amin!

Aidy Shahiezad said...

al fatihah untuk beliau...

Afzainizam said...

Salam Takzim dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Kami sedang melayari entri kamu.... kira kunjungan tanpa diundang
Antara Aku, Kau, Kita & kami
Salam lawatan buat mu dari ku
Bagiku…
Kau selalu jadi sahabatku
Selalu dalam hidupku
Karena kau adalah sahabat
Yang memiliki erti
Dari dulu sampai sekarang
Ku pohon sejuta kemaafan diri
Andai bicara seloka tersayat duri
Mengguris hati tanpa sengaja
Menyemarak rasa marah beraja
Memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
Membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya?

Ketahuilah kalian semua...
apa sahaja yang aku lakukan, ku cari damai dihati..

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…“

Semoga Allah melimpahkan seluas-luas rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya ke atas roh yng telah terdahulu meninggalkan kita, dan mengurniakan sabar dan tabah sebanyak-banyakkan buat seluruh ahli keluarga beliau.

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [al-Baqarah 2: 156

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

al fatihah...................

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Anak Jawa said...

teringat lagu.... "kapanku tau, bila tiba ajalku...."

masa utk kita akan tiba juga

Lea Isnawi said...

Al-fatihah..

arwah meninggal sebab ape?

aShaBuLz said...

semua:
terima kasih..moga rohnya dicucuri rahmat..
erm..arwah meninggal mengejut. lepas main futsal terus pengsan..dah ajal.

@xiM said...

teringat seorang kawan dua hari lepas kena masuk CCU sebab tetiba semput..muda lagi,baru umuq 31 tahun..tapi tulah,sekarang dah tak kira tua atau muda kan..

al fatihah untuk arwah..

peringatan tu untuk kita yang masih hidup..

Afzainizam said...

Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

kematian mengejut rupanya....

dah ajal.... Allah menyayangi arwah....

Andai Ku Tahu
"andai kutahu, kapan tiba ajalku. ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku.andai kutahu kapan tiba masaku,ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku.aku takut akan semua dosa dosaku. aku takut dosa yang terus membayangiku.andai kutahu malaikatMu kan menjemputku,izinkan aku mengucapkan kata tobat padaMu. ampuni aku dari segala dosa dosaku.ampuni aku menangisku bertobat padamu.aku manusia yang takut neraka, namun aku juga tak pantas di syurga."

sesungguhnya hari ini,sebentar tadi,semalam,kelmarin,minggu-minggu yg akan datang, minggu-minggu yang sudah-sudah serta tahun yang telah jauh meninggalkan aku dan tahun-tahun yang bakal menyusul tiba sambil berlari meluru untuk mendapatkan aku.Walaupun dalan hidup ini tidak pernah kesal+sesal dgn setiap yang telah aku lalui.Setiap yang ku lakukan itu melalui suara hati ini yang selama ini hanya duduk menyepi.Tapi ta'kala ini aku duduk termenung mengenangkan nasib bersama takdir yang telah ditentukan olehNYA.

sekali lagi Al Fatihah buat Arwah