Sebelum aku mulakan bicara entry kali ni, izinkan aku melakukan sesuatu jap ek...pek..pek!! pekk!! wooshh...!! woshh!! beam beam beam!!!
Fuh...akhirnya, segala sawang, kurap dan kulat blog ini telah dibersihkan..hahahaha..
Wokeh, berbalik kepada entry kali ni, dengan rasa syukur aku nak bagitau kat para pembaca yang aku telah pun diterima bagi jawatan pegawai pendidikan pengajian tinggi. Alhamdulillah..
Secara tulisnya, aku akan menjadi pensyarah di politeknik kulim bermula 24 mac ini. Tapi aku berjaya membuat penangguhan seminggu untuk menyelesaikan segala perkara termasuk perletakan jawatan GSTT aku.
Sangat-sangat bersyukur...Alhamdulillah...Allahuakbar!! Setakat ini memang ini yang aku impikan..berharap sangat aku akan dapat melakukan yang terbaik kat sana nanti.
Tempat memang baru bagi aku...doa aku pun hari tu supaya aku dapat area utara...hehe. Jangan nak buat spekulasi....saja ja nak cari pengalaman di belah pelusuk sana pula. Tak salah kan? Huhu...beam beam beam!!
Ntah macam mana la nanti kat sana kan...aku harap sangat dapat menyesuaikan diri dan yang paling penting, dapat ajor budak-budak tu dengan penuh dedikasi dan kehenseman (chewah...)
Aku akan bertolak ke kedah pada hari Jumaat ini (27 mac 09)...so bloggers kat sana hola la aku kalau terserempak!! haha..
Doakan aku yang terbaik wahai para pembaca..hehe.
p/s: Esok aku akan pergi ke sekolah wat kali terakhir sebelum bertolak ke kedah. p/s lagi: Kamera rosak rosak rosak....memang takda gambar berkualiti la gamaknya..huhu..