Friday, October 30, 2009

f***

Im having a f*** day today.
A very f*** day indeed.
Don't know how to describe it but it's just so.... f***...just great.
Well who would have thought a normal Friday would turn out to be so damn f***.
..wish there is someone beside me...to share this day together..
hm......
Anyhow, with all the feelings I have inside me right now, just wondering would this f*** day get any better?
Haha.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Now, change the word "f***" to the word "FINE".
Read the sentences again.
How do U feel now?
Relief? Happy? Enjoy?

Haha...U see, I'm sure most of the viewer, the first time they read the sentences, the f*** word would be automatically be transformed into a famous foul word which is f*c*...and as U go on reading it, you get this uneasy feelings all over U. Because U read the sentences in a negative way.

What happen when U read the sentences by using the word Fine instead of the f*c* word? Easy! U'll feel that you just share some happy moments with the author and get this comfort yet warm feelings in U. And why is that? Because U read the sentences in a positive way. An appropriate way to be exact!!

So, it matters on how U see or analyze your thinking style. Positive way generates positive attitude and vice versa. Don't let your little negative thinking blocking your thoughts. Positive attitude gives positive aura. For U and for people around U!

So go ahead and start to think like a pro!! Start thinking positive!! U can do it!! Yes u can!!

p/s: saja cuba tulis dalam bahasa inggeris...hehe..silap grammar harap maaf ye.


Wednesday, October 14, 2009

Lagak Baru

Salam kepada pembaca semua.

Apa khabar?

Harap semuanya sihat dan baik-baik belaka.

Tak banyak yang hendak di khabarkan pada entry kali ini. Kehidupan bekerja agak sibuk sejak kebelakangan ini. Ditambah dengan sedikit projek perniagaan kecilan, aku semakin pening. Haha...tapi semua itu bukan alasan untuk aku berundur dan malas ke depan. Sebaliknya aku akan menjadi semakin bersemangat dalam menghadapi hari-hari mendatang. InsyaAllah..

Diikutkan, minggu ini aku terpaksa menghadapi satu lagi kursus wajib iaitu induksi dalaman. Aha....mahu tak mahu kena juga la pergi kan. Kalau tak mahunya pengarah baling dengan cokmar. Hahaha....

Kalau di kira, dah hampir 7 bulan aku di tempat orang. Corak kerja dan hidup sini memang berbeza dan aku suka dengan perbezaan ini. Ketenangan yang aku dapat di sini berbeza dengan ketenangan di kota. Kedamaian yang aku peroleh di sini berbeza dengan erti damai di kampung konkrit. Tapi dalam apa hal sekalipun, keluarga tetap menjadi tempat utama dalam hati aku.

Mungkin juga sebab terlalu sibuk dengan urusan pindah yang masih tidak selesai, aku akhirnya melakukan sedikit penukaran pada imej diri. Saja-saja...orang kata ubah angin sikit. Bukan angin kentut ek. Hehe..

Gaya Flat-top

Aku nampak tembam....atau bahasa sini orang panggil tambun. Hehe..

Ramai orang kata tak ensem dah.....tapi kalau kita fikir positif, semua tu tak ada hal la..lagipun tak lama lagi aku akan botak juga.

"Kalau tak hensem, still comel lagi"

Lagipun masih ada yang sayang =)

Hahaha....

Monday, September 28, 2009

apA puNya pELiK dA..

Salam buat pembaca semua.

Aha...macam mana dengan raya baru-baru ni? Bagi aku ok la.

Dapat pengalaman baru merasa bagi anak menakan duit raya. Hehe...anak menakan tu bahasa org utara. Maksud dia anak sedara.

Ok, dijadikan cerita satu hari di hari raya ni, aku pun pergi la ke Tesco untuk mencuci mata...er maksud aku membeli belah.

Pada hari tersebut, terdapat dua perkara yang aku masih ingat sampai sekarang...

Pertama:

Banyak jugalah barang yang aku beli hari tu. Bila time nak bayar, aku pun mulalah melilau cari kaunter yang kosong atau tak ramai orang....

Dengan selamba badak aku pun parking la kat satu kaunter ni. Tengah sedap menunggu...datang sorang brother ni.

"Aiya...ini lebih 10 barang meh"

Hahahaha.....aku pelik.

..........................

Aku pandang atas....

Ya Allah...sekali kaunter ekspress daa.....cuma 10 barang maximum. Keh keh keh....

Walaupun kulit aku hitam manis tapi ketika tu kalau dibandingkan dengan kain ela warna merah yang dijual di depan kaunter tu, lagi merah muka aku. Haha...

Lepas minta maaf kat brother tu aku pun menuju la ke kaunter yang betul.

Dan dalam perjalanan ke kaunter ni la perkara kedua itu berlaku...

Kedua:

Semasa aku tengah sibuk mencari kaunter lain untuk bayar barang yang aku beli...

Seorang ibu muda membawa dua orang anak yang dalam lingkungan 6 dan 4 tahun di dalam troli berjalan melintasi aku.

Berderau darah aku bila aku secara tidak sengaja terdengar..

"Mak ni tolak la cepat sikit..lembap la."

Pergh.....waktu tu muka aku merah bukan sebab malu dah tapi sebab tahan marah.

Aku tengok ibu muda tak buat apa-apa pada anak dia...mungkin dia tak dengar kot. Keadaan Tesco waktu tu pun bising.

Tapi yang aku geram macam mana boleh jadi sampai tahap tu. Aku teramat terkejut dengan apa yang aku dengar waktu tu.

Seorang budak berusia lingkungan 6 tahun dah boleh cakap macam tu. Dah la tu bukan dengan orang lain, mak sendiri....

Kalau aku kat tempat ibu muda tadi...dah sah-sah dua das atau lebih lempangan hinggap di pipi budak tu.

Astaghfirullah......mengucap mengucap....fuh..

Memang waktu bayar di kaunter tu aku tahan jer la muka ni....merah sebab marah..huh.

Para pembaca pun boleh nilai sendiri....

Apa yang betul dan apa yang salah..

Wednesday, September 23, 2009

Tuesday, September 15, 2009

sisipan 14

Kunci kata disusun rapi
Menjadi rima alunan bunyi
Pada yang indah sering di hati
Ku ukir corak madah berseni

Ibarat tiang tanpa atapnya
Samalah kira kita berdua
Kerna tanpa lagu dan rima
Tidakkan lunak suara bergema

Sehari ini mari kemari
Kita berjalan juga berlari
Melakar segala warna pelangi
Engkau aku setia di sisi

Simpanlah ini sebagai tanda
Bahawa kita sentiasa ada
Rasa angan dan juga suara
Sehingga masa akhirnya tiada..

p/s: haha...jangan buat spekulasi. Sekadar berkarya.

Sunday, September 13, 2009

KurSus beRtopeNg

Salam buat pembaca sekalian.

Hurm...kalau di ikutkan reminder, aku sepatutnya menulis blog pada hari Khamis yang lalu...hehe...tak apa la.

Apapun, usia dah bertambah setahun....harap kematangan dan kebijaksanaan aku seiring dengan umur yang dikendong. Heh...

Ok, untuk entry kali ni, aku nak cerita sedikit tentang kursus yang aku pergi baru-baru ini. Tak lain tak bukan...kursus induksi. Haha...

Kursus ni lain sikit sebab dah la lama....dua minggu woo. Habis kerja aku tertangguh..sampai sekarang masih pening-pening lalat. Hehe.

Kursus ni diadakan di KL dan yang paling mencabarnya, walaupun dua minggu, tapi ada orang kata kursus kami ni dua bulan. Kenapa? Sebab jangka masa kursus kami ni melibatkan dua bulan : bulan tak puasa dengan bulan puasa. Jadi dua bulan la...haha

Nak dijadikan kisah, waktu tu pula kes H1N1 tengah hangat. Aku ada juga terfikir....kursus di KL....dengan jerebu lagi. Tapi yang penting kita berserah ajer la.

Mungkin dugaan, hanya aku sorang saja staf dari tempat kerja aku yang diletakkan di dalam kumpulan kursus tersebut. Dengan lagak seorang perwira, aku pun menongkah la keadaan kursus tu sorang-sorang.


Muka tanpa perasaan..haa

Tapi Alhamdulillah sepanjang kursus aku banyak bertemu kawan baru. Dari seluruh pelusuk ceruk hiruk Malaysia. Suka sangat dapat kenalan baru. Memang ramah la diorang.

Dijadikan cerita, sebab selalu terdedah pada penyaman udara dan cuaca yang tidak menentu, kami dikuatkuasakan untuk memakai mask. Heheh....waktu ni best gak la...ada macam mask rider tu. Hihi....

Henshin!!! Bertukar!!

Tapi best punya best, aku pun lepas tu kene demam da....takut H1N1 punya pasal, malam tu juga aku minum 100 PLUS ngan makan panadol. Berselubong sampai berpeluh dan naik turun tangga.

Berkat usaha dan izin-Nya, demam aku beransur pulih. Hihi..Alhamdulillah.

Kursus ni memang menduga aku. Nasib baik peperiksaan dia aku boleh jawab. Sangat berterima kasih pada rakan-rakan. Semangat woo bila kita ada member. Hehe...

Mask riders...

Cuma satu jer la....lepas kursus...balik tempat kerja...kerja bertimbun daaa..

Haha..tak dapek den nak nolong ae...

Tuesday, August 25, 2009

reZeki duGaaN

Salam buat pembaca semua..heh

Buat masa ni aku memang amat jarang meng'update' blog. Al-maklum la agak sibuk sekarang.

Ni sebenarnya aku tengah berkursus ni. Heh....saja curi-curi masa sikit. Nak tahu kursus apa, nanti ada masa aku post entry ek. Hehe..

Oh entry kali ini berlaku sebelum aku bergerak ke KL untuk berkursus. Ceritanya macam ni.....

Hari sebelum aku bergerak ke KL, aku pun gagahkan kaki yang malas ni untuk pergi ke area penang. Tujuan hanya untuk tukar tayar motor yang sudah semakin uzur dan botak...biasa la, selalu layan lap kan...kihkihkih...

Bersama dengan aku, aku bawalah laptop sekali....kononnya dah sebulat hidung (kira nekad la ni) nak betulkan laptop aku ni tak kira berapa pun kosnya...macam orang kaya daaa...haha

Maka dengan gagahnya aku pun menongkah arus perjalanan yang agak kurang selesa...biasa la kalau dah lalu jalan motosikal tu, paham-paham jer la..

Alhamdulillah sampai selamat ke tempat yang di tuju...tapi.....*sigh*..

Mamat 1: Ada apa bang?

Aku: Erm...minta tukar tayar belakang motor ni. Ada tak?

Mamat 1: Jap saya tanya dalam.

Ada la agak-agak dalam 5 minit lepas tu....

Mamat 2: Er...ni kena order dulu bang.

Aku: Eh? Nandeska? Biar betul...

Heh...akhirnya tak dapat aku tukar tayar sebab kena order dulu da...

Lepas tu aku pun gagahkan diri pergi la kedai komputer PC DEPOT. Terkenal tu...tapi..

Amoi cantik: Oh kalau U nak barang-barang ni U kena pergi service centre dia orang.

Aku: Mana service centre terdekat ek?

Amoi cantik: Aha...this is for U.

Dia pun bagi aku senarai service centre Compaq yang ada....paling dekat di Penang Island ngan Alor Star..haha.

Dengan masalah motor yang tak tukar tayar, aku pun tengok langit dah mula gelap...memang kalau hujan basah lencun punya.

Lalu aku pun ambil la keputusan balik terus...tanpa satu rancangan pun berjaya...

Seperti yang aku jangka, hujan turun dengan lebat petang tu. Bawa motor pun rasa macam bawa beskal jer...heh.

Beg yang aku galas untuk letak laptop pulak sebenarnya beg sekolah biasa je...aku tekad waktu tu memang taknak berhenti. Biarla hujan macam mana pun, aku cuma cover bahagian dalam atas beg tu dengan jaket merah aku je.

Alhamdulillah....sampai juga aku kat tempat yang dituju. Banjir tak payah cakap la...memang habis baju aku lencun. Tiba-tiba rasa macam hero dalam cerita hindustan lak...basah-basah lencun ni. Kah kah kah.

Maha Suci Allah....sampai di Kulim, aku melihat satu fenomena yang aku tak pernah lihat secara realiti di depan mata aku. Mungkin ini dugaan buat mereka..

Berdekatan dengan tempat kerja aku, terdapat deretan restoran yang selalu menjadi tarikan dan tumpuan pelajar....

Tapi dengan kehendak-Nya, pada petang itu kesemua deretan restoran itu musnah...

Katanya ada ribut..

Pokok yang rebah menyambah bumi..


Salah sebuah restoran yang terlibat..


Papan tanda pun jadi tanda tanya je...

Agak mengejutkan tapi itulah yang dikatakan dugaan. Semoga mereka yang terlibat dengan kemusnahan petang itu tabah dan bangkit semula dengan lebih tinggi...

Bila difikirkan balik, nasib baik aku ada di penang waktu tu sebab selalunya petang-petang aku memang suka jalan-jalan naik motor keliling bandar....Allahuakbar!!

p/s: Selamat berpuasa semua...jaga pemakanan. Heh.