Monday, September 28, 2009

apA puNya pELiK dA..

Salam buat pembaca semua.

Aha...macam mana dengan raya baru-baru ni? Bagi aku ok la.

Dapat pengalaman baru merasa bagi anak menakan duit raya. Hehe...anak menakan tu bahasa org utara. Maksud dia anak sedara.

Ok, dijadikan cerita satu hari di hari raya ni, aku pun pergi la ke Tesco untuk mencuci mata...er maksud aku membeli belah.

Pada hari tersebut, terdapat dua perkara yang aku masih ingat sampai sekarang...

Pertama:

Banyak jugalah barang yang aku beli hari tu. Bila time nak bayar, aku pun mulalah melilau cari kaunter yang kosong atau tak ramai orang....

Dengan selamba badak aku pun parking la kat satu kaunter ni. Tengah sedap menunggu...datang sorang brother ni.

"Aiya...ini lebih 10 barang meh"

Hahahaha.....aku pelik.

..........................

Aku pandang atas....

Ya Allah...sekali kaunter ekspress daa.....cuma 10 barang maximum. Keh keh keh....

Walaupun kulit aku hitam manis tapi ketika tu kalau dibandingkan dengan kain ela warna merah yang dijual di depan kaunter tu, lagi merah muka aku. Haha...

Lepas minta maaf kat brother tu aku pun menuju la ke kaunter yang betul.

Dan dalam perjalanan ke kaunter ni la perkara kedua itu berlaku...

Kedua:

Semasa aku tengah sibuk mencari kaunter lain untuk bayar barang yang aku beli...

Seorang ibu muda membawa dua orang anak yang dalam lingkungan 6 dan 4 tahun di dalam troli berjalan melintasi aku.

Berderau darah aku bila aku secara tidak sengaja terdengar..

"Mak ni tolak la cepat sikit..lembap la."

Pergh.....waktu tu muka aku merah bukan sebab malu dah tapi sebab tahan marah.

Aku tengok ibu muda tak buat apa-apa pada anak dia...mungkin dia tak dengar kot. Keadaan Tesco waktu tu pun bising.

Tapi yang aku geram macam mana boleh jadi sampai tahap tu. Aku teramat terkejut dengan apa yang aku dengar waktu tu.

Seorang budak berusia lingkungan 6 tahun dah boleh cakap macam tu. Dah la tu bukan dengan orang lain, mak sendiri....

Kalau aku kat tempat ibu muda tadi...dah sah-sah dua das atau lebih lempangan hinggap di pipi budak tu.

Astaghfirullah......mengucap mengucap....fuh..

Memang waktu bayar di kaunter tu aku tahan jer la muka ni....merah sebab marah..huh.

Para pembaca pun boleh nilai sendiri....

Apa yang betul dan apa yang salah..

Wednesday, September 23, 2009

Tuesday, September 15, 2009

sisipan 14

Kunci kata disusun rapi
Menjadi rima alunan bunyi
Pada yang indah sering di hati
Ku ukir corak madah berseni

Ibarat tiang tanpa atapnya
Samalah kira kita berdua
Kerna tanpa lagu dan rima
Tidakkan lunak suara bergema

Sehari ini mari kemari
Kita berjalan juga berlari
Melakar segala warna pelangi
Engkau aku setia di sisi

Simpanlah ini sebagai tanda
Bahawa kita sentiasa ada
Rasa angan dan juga suara
Sehingga masa akhirnya tiada..

p/s: haha...jangan buat spekulasi. Sekadar berkarya.

Sunday, September 13, 2009

KurSus beRtopeNg

Salam buat pembaca sekalian.

Hurm...kalau di ikutkan reminder, aku sepatutnya menulis blog pada hari Khamis yang lalu...hehe...tak apa la.

Apapun, usia dah bertambah setahun....harap kematangan dan kebijaksanaan aku seiring dengan umur yang dikendong. Heh...

Ok, untuk entry kali ni, aku nak cerita sedikit tentang kursus yang aku pergi baru-baru ini. Tak lain tak bukan...kursus induksi. Haha...

Kursus ni lain sikit sebab dah la lama....dua minggu woo. Habis kerja aku tertangguh..sampai sekarang masih pening-pening lalat. Hehe.

Kursus ni diadakan di KL dan yang paling mencabarnya, walaupun dua minggu, tapi ada orang kata kursus kami ni dua bulan. Kenapa? Sebab jangka masa kursus kami ni melibatkan dua bulan : bulan tak puasa dengan bulan puasa. Jadi dua bulan la...haha

Nak dijadikan kisah, waktu tu pula kes H1N1 tengah hangat. Aku ada juga terfikir....kursus di KL....dengan jerebu lagi. Tapi yang penting kita berserah ajer la.

Mungkin dugaan, hanya aku sorang saja staf dari tempat kerja aku yang diletakkan di dalam kumpulan kursus tersebut. Dengan lagak seorang perwira, aku pun menongkah la keadaan kursus tu sorang-sorang.


Muka tanpa perasaan..haa

Tapi Alhamdulillah sepanjang kursus aku banyak bertemu kawan baru. Dari seluruh pelusuk ceruk hiruk Malaysia. Suka sangat dapat kenalan baru. Memang ramah la diorang.

Dijadikan cerita, sebab selalu terdedah pada penyaman udara dan cuaca yang tidak menentu, kami dikuatkuasakan untuk memakai mask. Heheh....waktu ni best gak la...ada macam mask rider tu. Hihi....

Henshin!!! Bertukar!!

Tapi best punya best, aku pun lepas tu kene demam da....takut H1N1 punya pasal, malam tu juga aku minum 100 PLUS ngan makan panadol. Berselubong sampai berpeluh dan naik turun tangga.

Berkat usaha dan izin-Nya, demam aku beransur pulih. Hihi..Alhamdulillah.

Kursus ni memang menduga aku. Nasib baik peperiksaan dia aku boleh jawab. Sangat berterima kasih pada rakan-rakan. Semangat woo bila kita ada member. Hehe...

Mask riders...

Cuma satu jer la....lepas kursus...balik tempat kerja...kerja bertimbun daaa..

Haha..tak dapek den nak nolong ae...

Tuesday, August 25, 2009

reZeki duGaaN

Salam buat pembaca semua..heh

Buat masa ni aku memang amat jarang meng'update' blog. Al-maklum la agak sibuk sekarang.

Ni sebenarnya aku tengah berkursus ni. Heh....saja curi-curi masa sikit. Nak tahu kursus apa, nanti ada masa aku post entry ek. Hehe..

Oh entry kali ini berlaku sebelum aku bergerak ke KL untuk berkursus. Ceritanya macam ni.....

Hari sebelum aku bergerak ke KL, aku pun gagahkan kaki yang malas ni untuk pergi ke area penang. Tujuan hanya untuk tukar tayar motor yang sudah semakin uzur dan botak...biasa la, selalu layan lap kan...kihkihkih...

Bersama dengan aku, aku bawalah laptop sekali....kononnya dah sebulat hidung (kira nekad la ni) nak betulkan laptop aku ni tak kira berapa pun kosnya...macam orang kaya daaa...haha

Maka dengan gagahnya aku pun menongkah arus perjalanan yang agak kurang selesa...biasa la kalau dah lalu jalan motosikal tu, paham-paham jer la..

Alhamdulillah sampai selamat ke tempat yang di tuju...tapi.....*sigh*..

Mamat 1: Ada apa bang?

Aku: Erm...minta tukar tayar belakang motor ni. Ada tak?

Mamat 1: Jap saya tanya dalam.

Ada la agak-agak dalam 5 minit lepas tu....

Mamat 2: Er...ni kena order dulu bang.

Aku: Eh? Nandeska? Biar betul...

Heh...akhirnya tak dapat aku tukar tayar sebab kena order dulu da...

Lepas tu aku pun gagahkan diri pergi la kedai komputer PC DEPOT. Terkenal tu...tapi..

Amoi cantik: Oh kalau U nak barang-barang ni U kena pergi service centre dia orang.

Aku: Mana service centre terdekat ek?

Amoi cantik: Aha...this is for U.

Dia pun bagi aku senarai service centre Compaq yang ada....paling dekat di Penang Island ngan Alor Star..haha.

Dengan masalah motor yang tak tukar tayar, aku pun tengok langit dah mula gelap...memang kalau hujan basah lencun punya.

Lalu aku pun ambil la keputusan balik terus...tanpa satu rancangan pun berjaya...

Seperti yang aku jangka, hujan turun dengan lebat petang tu. Bawa motor pun rasa macam bawa beskal jer...heh.

Beg yang aku galas untuk letak laptop pulak sebenarnya beg sekolah biasa je...aku tekad waktu tu memang taknak berhenti. Biarla hujan macam mana pun, aku cuma cover bahagian dalam atas beg tu dengan jaket merah aku je.

Alhamdulillah....sampai juga aku kat tempat yang dituju. Banjir tak payah cakap la...memang habis baju aku lencun. Tiba-tiba rasa macam hero dalam cerita hindustan lak...basah-basah lencun ni. Kah kah kah.

Maha Suci Allah....sampai di Kulim, aku melihat satu fenomena yang aku tak pernah lihat secara realiti di depan mata aku. Mungkin ini dugaan buat mereka..

Berdekatan dengan tempat kerja aku, terdapat deretan restoran yang selalu menjadi tarikan dan tumpuan pelajar....

Tapi dengan kehendak-Nya, pada petang itu kesemua deretan restoran itu musnah...

Katanya ada ribut..

Pokok yang rebah menyambah bumi..


Salah sebuah restoran yang terlibat..


Papan tanda pun jadi tanda tanya je...

Agak mengejutkan tapi itulah yang dikatakan dugaan. Semoga mereka yang terlibat dengan kemusnahan petang itu tabah dan bangkit semula dengan lebih tinggi...

Bila difikirkan balik, nasib baik aku ada di penang waktu tu sebab selalunya petang-petang aku memang suka jalan-jalan naik motor keliling bandar....Allahuakbar!!

p/s: Selamat berpuasa semua...jaga pemakanan. Heh.

Thursday, August 13, 2009

kAmpuNg hiDupku

Kita selalu terlepas pandang sesuatu perkara itu sehinggalah ianya tiada lagi..

Berada di perantauan membuatkan aku mulai sedar akan perkara-perkara yang masih belum aku terokai.

Kampung umpamanya.

Maka cuti itu, aku berkesempatan untuk balik ke kampung ayahku di Negeri Sembilan...ha..orang tua-tua kata nogori..heh.

Lama juga aku tak balik. Kekangan dan faktor-faktor luar menghadkan aku untuk pulang ke kampung ayah.

Tapi Alhamdulillah..akhirnya sampailah kami sekeluarga ke kampung.

Tanpa berlengah lagi, terus aku keluarkan kamera handphone aku. Hahaha...dah cukup lama blog aku ni tak bergambar. Eloklah ada gambar guna kamera handphone..daripada tak ada. Muwahahahaha...

Sambil aku bawa kamera tu, aku pun berjalan-jalan lah sekitar rumah kampung aku tu...menuju ke kolam ikan.

Kolam ikan..?

Aha....ini lah kolam ikan di kampung aku. Nampak cetek je kan. Mana taknya....musim kemarau sekarang ni.

Bayangkan dah dekat sebulan tak hujan. Air sungai pun kering daa...huhu

Tapi persoalan sebenar....ada ker lagi ikan dalam kolam tu?

Dulu ada la ikan talapia....siap melompat main teng-teng lagi dalam kolam tu. Haha...tapi sekarang..

Adik aku kata ada...tapi yang aku nampak ikan kecil-kecil ada la..mungkin diorang menyorok kot. Heh..

Aha...jangan pula para pembaca tanya kenapa air kolam tu tak biru...nak biru letak nila. Hahaha..

Dah puas tengok kolam, aku pun pergi la lagi berjalan kat belakang rumah....jumpa la beberapa pokok yang aku tengok dah pandai berbuah.

Dulu aku tengok ranting ngan daun je..haha.

Pokok apa ni? Ntah...haha

Aha...mesti para pembaca tak nampak kan pokok apa ni. Hehe....meh kita tengok buah pokok ni...zoom!!!

Ni lah buah pulasan...hoho..pulas pulas!!

Hehe...dah tau dah? Tu la buah pulasan. Rupa ada macam rambutan..rasa pun lebih kurang aja..huhu..

Aha....lepas aku habis meratah buah-buah pulasan yang aku boleh petik, aku pun terjumpa la dengan salah satu buah favourite aku...

Aha...ni lah pokoknya..

Tu dia...pokok buah mata kucing...yeehaa!!! Aku memang suka buah ni. Lagi-lagi kalau makan waktu panas..best wo. Letak dalam lai chi kang..pergh....terliur jap. Haha..

Tapi buah yang dekat kampung ni mungkin tersilap baja kot...biji dia terlebih besar. Maka isinya dapat sikit aja..

Zoom in buah mata kucing..

Itu aku tak kesah sangat sebab banyak aja buah mata kucing ni depan mata..makan aja sepuas rasa. Muwahahaha...burrppp..Alhamdulillah~

Lepas tu aku jalan-jalan lagi....terjumpa pulak sejenis pokok ni..

Apakah pokok ini? jeng jeng jeng..

Hehe...pokok apa tu ek? Aku ingat-ingat lupa nama buah tu..maka aku pon menggunakan super-cosmos powered eyes untuk zoom in buah pokok tersebut...

Fokus menggunakan kuasa mata..haha

Oh....baru aku ingat..tu buah ciku. Haha...bukan cikugunya tapi buah ciku sahaja. Huhu....tak puas hati dengan penemuan tu, aku pun tangkap lagi satu gambar buah ciku.

Kalau-kalau ada pembaca yang belum tau rupa buah ciku, meh cini tengok. Hehe...

Ini ciku...

Aha...tu lah rupa sobenor buah ciku...hehe. Jalan punya jalan lagi, aku pun jumpa la pokok yang aku kenal sangat. Pokok cili.

Dulu pokok ni tak besar sangat lagi. Tapi sekarang...dah berbuah-buah dah..

Aha...tengok sikit cili tu..pergh..

Haha...rasa nak geget-geget aja cili-cili kat situ. Tapi nanti orang kata buang tebiat pulak. Huwahahaha...

Meh makan...ngaaaaap!!

Haha..best woo berjalan meneroka kampung. Banyak juga la perkara yang aku buat hari tu.

Tapi perkara aku paling tak boleh lupa, aku tiba-tiba teringin nak minum air kelapa.

Amek ko....guna galah aluminium untuk kait buah kelapa. Berat woo...hahaha. Tapi dapat juga la dalam 3 ke 4 biji.

Waktu tu jugalah parang nak belah buah kelapa tak ada...haha. Terpaksa guna parang kontot daa....kontot pun kontot la janji boleh buka...cuma masa lambat sikit lor..heh

Kenangan....kenangan...

Entahlah...

Terpikir juga kenapa aku boleh tak nampak benda-benda ni sebelum ni. Heh, apapun aku cukup menghargai pengalaman dan hari-hari aku di kampung.

Pembaca pun cubalah balik ke kampung dan teroka benda-benda yang ada di sekeliling kampung kita tu.

Masih ada benda lain yang kita kadang-kadang terlepas pandang...huhu~

Thursday, August 6, 2009

KelajUan yaNg berBeza

Fast learner atau nama lainnya cepat pick up....

Selalu kita dengar bila seseorang tu dapat tangkap sesuatu dengan pantas....contohnya bila kita dapat tangkap apa yang lecturer ajar dengan mudah....

Atau dapat jawab kuiz dengan betul dalam masa yang singkat...dan macam-macam lagi la...

Mesti orang akan cakap yang kita ni fast learner...

Waktu tu hidung kita pun kembang kempis....macam tak cukup udara jer nak hirup..haha. Rasa macam terbang di awang-awangan ja...heh.

Hurm..

Tapi pernah tak pembaca terfikir...

Sebenarnya....

Betul kah kita ni fast learner?

Atau lebih kepada fast keeper?

Heh..ada gak la masa beberapa hari ni aku terfikir benda ni. Beza fast learner dan fast keeper.

Fast learner pada aku adalah orang yang cepat memahami dan cepat belajar tentang perkara-perkara baru. Tak kisah lah dari segi pelajaran mahupun kerja, dia akan dapat memahami struktur dan corak konsep perkara tu dijalankan.

Dan bila dia dapat memahami perkara ini, maka dengan automatik otak akan memainkan peranan untuk terus mengingati perkara ini kerana dari pemahaman otak akan menjadi lebih agresif dan terbuka.

Berbeza dengan fast keeper, mereka juga cepat menangkap apa yang dipelajari. Tetapi proses seterusnya lebih kepada teknik penghafalan, bukan pada corak memahami konsep perkara yang dipelajari.

Pendek kata, fast keeper adalah orang yang cepat menghafal.

Namun, fast keeper ini mempunyai masalah bila mana perkara yang dipelajari itu tidak difahami, maka lama kelamaan perkara itu akan hilang.

Pernah tak para pembaca study last minute? Hehehe....jangan tipu...dosa tau.

Ingat tak sehari sebelum periksa, habis semua fakta kita hafal. Kita pulun abis-abisan...macam pulun durian daaa...

Tapi lepas ja periksa tamat...semua yang kita baca....puff!!! LESAP.

Hehe...

Jadi mana yang lebih baik? Fast learner atau fast keeper?

Bila orang kata kita ni fast learner...cuba tanya diri sendiri balik, betul ke?

So which one are U?