Agak lama juga aku tak meletakkan entry baru dalam blog ini...minta maaf la sangat-sangat ye...masa tak tersempat. Ada juga terfikir nanti nak update blog...tapi setakat fikir je...sempatnya tak pernah pulak..hehe =D
Apapun dalam hampir dua bulan ni, memang banyak perkara yang dah berlaku. Pengalaman demi pengalaman aku dapat dan belajar. Tak kisah la dari aspek kerja mahupun kehidupan peribadi dan bermasyarakat, banyak kisah dan teladan yang masuk dan duduk mengajar aku.
Tapi entry kali ini aku nak berkongsi sedikit dengan para pembaca tentang satu aktiviti luar yang aku memang minat sangat. Aktiviti yang kalau boleh setiap tahun la aku nak buat...hehe.
Apa aktivitinya?
Menjadi fasilitator KMJ...!! Yeehhaaaa!!
Yup. Itu lah yang aku lakukan baru-baru ini..jom terbang bersama aku, kita selusuri kisah-kisah menarik sepanjang bergelar fasilitator baru-baru ini!! Moganya para pembaca juga akan dapat merasakan betapa gembiranya aku di sana..hehe
Oh sebelum tu, KMJ adalah singkatan untuk Kolej Matrikulasi Johor...lokasi di tangkak, sangatlah dekat dengan Gunung Ledang...kadang-kadang boleh dengar Puteri Gunung Ledang menyanyi...ehehe....gurau jer..
Jadi seawal bulan tiga lagi aku dah buat perancangan dan perhitungan. Minta cuti selama seminggu semata-mata untuk menjadi Fasi KMJ. hehehe....mula-mula KJ aku ingat aku nak bercuti sebab nak bertunang...ehehehe...
Tapi Alhamdulillah la...dapat juga cuti diluluskan..gembira waktu tu memang tak terkata la...sangat dahsyat..hehe.
Jadi dipendekkan cerita, tanggal 7 mei 2010 aku pun bertolak la ke tangkak menaiki motosikal...hehehe. Pau motosikal ayah...yeehaa!! Tapi serius la...dah lama tak naik motosikal jalan jauh-jauh ni...sakit pulak pinggang...hehehe...dah tua kot.
Macam biasa la...waktu mula-mula sampai ni memang ramai gak yang aku tak kenal. Untuk pengetahuan pembaca, Fasi KMJ ni ada alumni sendiri...jadi orang dari pelbagai batch digabungkan di bawah nama Fasi KMJ. Aku batch kedua....fasi paling baru batch ke lapan..hahaha..jauh kot bezanya..
Tapi tak apa la...mungkin aku ni jenis mudah bergaul (orang yang cakap ek) jadi Alhamdulillah la pergaulan tu tak menjadi masalah.
Memang manusia-manusia yang jadi fasi ni datang dari pelbagai latar belakang...ada yang dah ambil Phd....ada yang dah kerja jurutera...ada yang jadi pendidik...tapi bila bersama, memang satu kepala...tak dapat bayangkan macam mana gilanya kami waktu tu.
Biasa la kan, kalau kerja dengan orang yang sekepala memang kerja susah pun jadi mudah..hehe
Tahun ni, kisah yang aku tak boleh lupa bila mana ada pihak yang cuba mengacau keutuhan sesama fasi bila mana dia mengatakan yang dia berkuasa penuh terhadap kami sedangkan kami ini sukarelawan dan bernaung di bawah pentadbiran lain...
Ceh...memang ayam orang itu...
Tapi berkat satu hatinya fasi-fasi, perkara tersebut menjadikan kami semakin kuat...serius cakap, aku sangat bangga dengan semangat mereka!!
Kalau dulu kita rasakan pendapat kita yang paling hebat, tak mustahil kita akan jumpa sepuluh kali ganda orang yang lebih hebat.
Kalau dulu kita rasakan kita tak punya keyakinan untuk bercakap dan melatah di depan orang, nah cuba rasakan penangan menjadi fasi, perubahan yang akan membawa kepada kenaikan segala rasa kendiri kita.
Memang aku tak tipu kalau ada rezeki tahun depan aku akan datang lagi ke KMJ. Bukan sahaja fasi dia best. Budak-budak baru pun sporting abis!! Memang gembira sangat-sangat!! Hahaha...
Tapi aku ni makin tua...kadang-kadang ada gak terpikir sampai bila la ek nak jadi fasi KMJ...*sigh
Gerenti...







