Seperti rakan pembaca tau, aku sekarang kerja part-time ngan member aku kat shah alam.
Seksyen 13, dekat Stadium Malawati. ada expo Selangor Ria. 13-21 disember 2008.
Setiap hari ada ja perkara yang menarik dan mendebarkan berlaku...ni retetan suara aku kat expo tu...huhu~
***************
Day 1
Ini merupakan hari yang paling mencabar....serius, tercabar kemachoan aku.
Waktu ni kami (aku dan member aku) datang memang bawa barang-barang untuk dijual sahaja. Persediaan lain tak ada.
Dengan kehendak-Nya...
Hujan.
Memandangkan tapak kami di corner lot, terpaksalah pinjam kanvas kat jiran booth (pasangan berkahwin anak satu) kami..
Buat muka tebal ja...di ikuti dengan senyuman mesra..haha.
Disebabkan persediaan yang kurang pada hari pertama, ada kain dan tudung yang digantung menjadi lembap sebab terkena ujan sikit...huhu~
Nak dijadikan cerita juga, waktu tu kami tak bawa beg plastik dan resit. Kira kalau pelanggan datang beli....abis la...haha.
Maka aku pun pergi la beli plastik kat Tesco Extra yang ada dekat situ..
Hari pertama ni jugalah aku belajar pasal jenis tudung, jenis kain dan cara menggulung tudung...hehehe.
Malam tu pula, jiran kami (yang kami pinjam kanvas) hilang dompet ngan kamera...ada pelanggan pura-pura tengok baju...
Jadi member aku jaga kedai, aku tolong abang tu cari pencuri tu.
Maka pergilah Tesco.
Tak jumpa.
Pergi pula Giant.
Tak jumpa.
Tapak expo tu dah pusing beberapa kali juga tapi tak jumpa.
Tuk pengetahuan pembaca, pencuri tu wanita berumur hampir 30. Siap bawa anak sorang...hurm..
Macam mana kitorang tahu dia? Sebab dia sorang ja customer waktu tu. Lepas dia keluar abang tu tanya isteri dia ada hilang apa-apa.
Check tengok beg terbuka dan dompet ngan kamera ilang....
Benda nak jadi....hurm
Day 2
Tak sepenat hari pertama sebab kami telah bersedia.
Kanvas pun dah beli.
Kira kalau hujan, turunkan kanvas, maka terlindunglah dari hujan..huhu
Dapat baik dengan anak pasangan booth sebelah.
Adana nama dia.
Comel ya amat...huhu.
Aku tarik dia dengan bagi lukisan ultraman.
Sebab dia minat ultraman.
Maka belajarlah aku beberapa bahasa budak dua tahun setengah yang petah ini:
pes pes - ultraman max
kelopok kelepeng - spongebob squarepants
aeropelain - aeroplane
patit - patrick
nelemon - doremon
Aku pun dah ajar dia gaya ultraman sakit perut dengan gaya ultraman tengah fire..muwahahaha
Selain tu, pelanggan pun bertambah...walaupun hujan turun dua kali.
Alhamdulillah...hujan itu rahmat...
Day 3
Berjalan lancar.
Cuma aku masuk kerja lambat, dalam pukul 3 petang sebab ada urusan keluarga kejap.
Aku pun dah cakap dengan member supaya potong gaji.
Tak sedap la kan kerja datang lambat tapi gaji penuh.
Dah la kerja ngan member.
Nanti sebab duit takut boleh bawa gaduh..hoho.
Berjaya tidurkan Adana.
Mak dia kata budak ni susah nak tido..bangga jap. Haha.
Jualan meningkat. Amat memberansangkan..huhu.
Keluarga aku pun datang hari ni melawat expo sekaligus melawat aku.
***************
Itulah serba sedikit pasal apa yang aku lalui.
Bagi aku semua tu pengalaman.
Best dapat meniaga.
Best dapat sakat dan dibuli budak kecik. Haha.
Walau penat tapi berbaloi!!
Meh la jenguk aku!! Huhu~
p/s:
tudung manjalara bidang 45 kain bawal satu kami jual rm20..ngah promosi..huhu~
orang booth sebelah kata aku dah kena kawin sebab pandai jaga budak..tapi aku jawab aku belum pandai jaga bini lagi...muwahahaha.
