Sunday, October 19, 2008

tiAdA MaRA d LanGKah KU

ak tahu ini merupakan salah ak. sememangnya kalau apa kesalahan pon, seeloknya kita menilai dahulu diri sndiri sblum mencari kesilapan dari pihak yg lain....itulh yg sering ak lakukan. walau gaduh ngan member mcm mana pon...akhirnya, setelah d pikir panjang ak akn tetap cuba mencari salah dalam diri dahulu lalu menyalahkan diri sendiri...pokoknya kerana ak bukanlah jenis yg suka memnjangkan perkara2 seperti ini...

apapun post kali ini bukan hendak menceritakan konon betapa baiknya diri ak yg selalu beralah atau sebagainya...tapi berkenaan dengan permohonan ak d MARA...untuk pengetahuan semua pembaca, ak sekali lagi gagal untuk mendapat jawatan pensyarah d MARA...pada ketika ak mulai memeriksa keputusan permohonan ak, serius berdebar hati ni...berkali-kali ak memasukkan no kad pengenalan ak hanya untuk memastikan bahawa permohonan ak benar2 d tolak..x cukup dengan itu, ak menukar cara memasukkan no kad pengenalan dengan menambah sengkang..tapi hasilnya tetap sama.

betapa luluh hati ak tatkala permohonan ak d tolak MARA....buat kali terakhir, ak memasukkan no kad pengenalan dan memeriksanya dengan kad pengenalan d tanganku...hampa. tika itu, jiwa ini ku rasakan amat kecil...dunia yg kononnya terbentang d depan mata ku rasakan begitu jauh sekali...hati ak benar2 hancur...d tika itu juga fikiranku kosong...segala ap yg ak pelajari sepanjang 23 tahun ini ibarat lari meninggalkan ak satu persatu...ak termangu, termenung..

agak sukar menerima kenyataan...dulu wktu nk mohon masuk skolah MRSM, gagal...kali ni nk mohon kerja d MARA pon gagal..heh, org MARA x suka ak kot..kui3...tapi ak sedar..ini semua berpunca dari kesalahan ak sendiri....kalau keputusan ak mantap, mana mungkin ak d tolak. ak tidak menyalahkan org MARA atau sesiapa sebaliknya ini mmg benar kesalahan ak yg sememangnya malas benar...heh, sudah terhantuk baru terngadah.

maka kini tinggal ak d sini..memanjangkan wktu menganggur..tatkala rakan2 yg sudah grad mulai membina kerjaya, ak masih duduk terpinga2...ak yakin semua ini dugaan-Nya...tatkala ak tahu betapa byk dosa hamba-Mu ini, Kau masih menyayangi dan memberikan jalan yg terbaik untuk diri ku...pada-Mu ku lagukan kesedihan ku..dan pada-Mu ku kirimkan hasrat hati benak ku...berikan berkat-Mu Tuhan ku...Allah yg Maha Esa....amin...

Monday, October 13, 2008

sisipan 5

ak cuba memberi kata
bahawa ak sibuk sentiasa
d kala wktu ini kita sukar bersama
kerana ak ada sahaja halnya

tapi benar rasa itu sukar d simpan
kekadang engkau mengadu bosan
dek kerana kita tak berkesempatan
melagu cerita hikayat kayangan

kuharap nnt engkau kan faham
mengapa, kenapa ak tenggelam
tidak timbul memberi kalam
membisu sahaja d kala malam

engkau d sana d harap membaca
ak d sini bukan sengaja
menutup hati membakar bara
tapi ak ada sebabnya....

rAdiKaL taPi maSiH loGiKaL

12.10.08
dengan tekad dan azam ingin menukar penampilan, ak pon melaksanakan hasrat untuk memotong rambut...botak no.2. hahaha....last botak wktu form 1....pastu mmg dh mls nk botak sbb wktu tu ak terpengaruh ngan anasir2 luar...hihi.

maka inilah hasilnya:



bg sesetangah org, botak tu apa la sgt....itu pun nk masuk dlm blog ker...tapi peduli apa ak...bg ak benda ni ak dh lama x wat...kira sejarah la bg ak..hehehe. mgkin pasni ak akn lebih kerap botak...kot. apapun, kepala mmg ringan jer bila botak....minyak rmbut pun dh saving...hehe.

Saturday, October 11, 2008

seSuaTu yaNg saMa

dengan ajakan dari gaban gemok, ak dan dia pun setuju untuk melawat matrik kami...melawat pensyarah2 yg masih bertaut d hati dan ingatan. walaupun rncgn itu mendadak tapi sempat juga ak mendapat sedikit ilmu d sana...mari kita sama2 renungkan..

katalah ak mempunyai sebuah handphone...nokia 3310 sahaja atau lebih d kenali dgn nama tiga2 sekupang. hehe...baiklah, sekarang anggaplah bahawa ak dan kamu sedang duduk bertentang dan d tgh2ny d dirikan handphone tadi...

ak yg menghadap bahagian depan handphone itu akan melihat imej seperti ini..

terdapat karikatur sin chan, perkataan 'unlock', gambar kunci, tanda 'silent mode' dan jam digital. terdapat juga perkataan nokia dan nombor2 pada keypad..tapi pada pandangan kamu, imej yg tertera akn menjadi seperti berikut..


lihat....imej yg kamu nampak adlh pelekat yg berbentuk separuh bulat shj..berbeza bukan. walaupun kita sbnrnya melihat satu benda yg sama, tapi arah pandangan kita berbeza.

jadi apabila kamu tersekat d suatu permasalahan, cuba lihat perkara itu dari sudut yg berbeza...sama juga kesnya pabila kamu mulai untuk berfikir secara tidak rasional (negatif)...cubalah sedaya upaya melihat dan menyusun semula pemikiran itu agar dapat kembali berfikir secara positif.

seperti kes handphone d atas, ap yg membezakan kita adalah corak pemikiran kita...baik fikirnya eloklah hasilnya....buruk fikirnya...rosaklah mood dan penaakulan mindanya...sekian.

Friday, October 10, 2008

eVoLuSi hELmeTKu

hari ni sekali lagi ak merealisasikan idea melukis ak pada permukaan yg bukan d panggil kertas. haha....sblum ni ak melukis d motor ak..yela, nk wat air brush x mampu..mahal bagi ak. nk tampal sticker macam xdak yg berkenan. jadi senang citer, wat la sndri. br puas hati. haha..

d pendekkan cerita, kali ni ak melukis atau mendekorasikan helmet ak. teringan nk beli helmet airoh yg full face...xpon yg caberg downtown tapi apa kan daya...haha. helmet ak ni kaler itam jadi nk samakan corak ngan lukisan pada motor ak ni, idea pon datang la tuk melukis...supaya helmet ngan motor nmpk la serasi. hehehe...baru seiring dan sejalan. huhu....

maka ak pon dengan keringat menganggur, melukis corak pada helmet menggunakan pen kaler silver. huhu...bg matching sama itu helmet. alhamdulillah...corak yg d hasilkan memuaskan hati ak...cukup memuaskan. hehe...ni gmbr helmet ak setelah d gabungkan bersama idea ak..hehe


ap pendapat kalian? bg ak dah cukup lawa dan kena ngan moto ak..hehe. nk d jadikan cerita, adik ak si irfan tu pon sibuk. lepas tgk jer helmet ni...dua tiga kali dtg terjah bilik ak minta lukis gak...dah penat halau dia, last2 ak lukis gak...hahaha. bukan ap sbnrnya xnk lukis kat helmet dia sbb helmet dia kaler kuning...ak xdak pen yg betol2 bleh masuk ngan kaler helmet dia tu. tapi dah mintak gak...lukis jer la...huhu. ni la rupa helmet dia..jeng3..

haha...kira boleh la kot...oh lagi satu helmet dia dh ada visor..ari tu ujan, kesian lak ak tgk dia. trus brenti kedai moto belikan visor. hahahaha....tapi tuk pengetahuan sumer, ak lukis kat helmet2 ni sebelah bahagian jer. sbb kat moto tu pon ak cuma lukis sebelah jer...kira kene la kot..heh. ni gmbr helmet ak ngan adik ak dari sudut pelan dan belakang. hahahaha....macam belajar lukisan kejuruteraan la plak rasanya...keh3..



heh...harap post ak ni dpt memberikan inspirasi kepada mereka2 d luar sana. kalau nk save duit, bersyukur dgn apa yg ada dan sentiasalah menggunakan ap yg anda ada sebaik mungkin...hehe. mcm ak ni kos pen x smpai spuloh ringgit pon. huhu...wat pon x smpai stgh jam...d mana ada kemahuan d ctu ada jalan k...juz need your courage, positive thinking n of course..determination.

Thursday, October 9, 2008

dUa BuLan BerLaLu

konvo 9.8......hari ni 9.10. dah genap, cukup, tepat2 dua bulan ak menganggur. sedih btol bila dgr perkataan menganggur....lagi sedih bila ramai tny skarang ni wat pa. haha....tau2 jer la musim raya ni, ramai sedara mara yg dtg....apa lagi, bertimbun2 la ak dpt soklan yg sama tu. ada gak kdg2 otak gila ak ni membenakkan buah fikiran supaya d tulis jer kat dahi "masih manganggur", baru org x tny...hahaha. tapi alhamdulillah ak masih waras..hehe.

ak tau bila mana dok umah ni, ak boleh meluangkan masa dgn keluarga lebih lagi. tolong hntr adik g skolah, amik ubat ayah ak, tlg potong bwg ker...tapi itu la kan...bila sorang2 tu...wktu2 sblum tido mesti ada terpikir. belajar 4 tahun...dapat ijazah....nama kos dah mantap tapi kerja xdak....ak tau kalo d ikutkan ak mgkin bleh dpt kerja cuma ak rs slh ak juga....terlalu memilih kerja kot. nk kerja yg bercirikan mengajar...jadi kena la sabar dlu. hehe...dh mohon PPD tapi kene tggu thun dpn la sbb budak dh abis silibus dah thun ni...adeh.

la ni ak tggu keputusan dari mara....keputusan tu keluar senin depan...harap sgt dpt...mmg sementara tggu kene panggil posting ni ak tekad nk kerja ngajor dlu. tu yg memilih.,.hahaha. tapi nk kata x nyesal sbb memilih tu tpu la kan...sapa x tension tgk member sumer dh kerja. tapi xdak la nyesal seratus peratus. sbb jauh d ruang hati ak, ak masih yakin yg jalan yg ak ikut ni betol dan mmg ini yg ak inginkan buat masa sekrng...huhu. harap ap yg d pilih ini betul dan d redhai-Nya...amin

ini bukan coretan untuk meminta simpati cuma mencungkil sedikit suara kehidupanku untuk d kongsi bersama...x kongsi nnt cakap kedekut lak..haha

poll 1

hari ni ak masukkan lagi satu bahagian dlm blog ak iaitu poll. heh....kira mcm undian atau survey la tgk ap kata mereka2 yg melawat blog ak ni.

untuk pembukaan poll, ak tlh menanyakan satu soklan yg kritikal: ADAKAH AKU MENARIK DAN BERGAYA?

heh...ini keputusan yg ak terima

hurm...nmpknya yg jwb survey ak cuma 6 org jer....ak dh survey dan kemungkinan besar x ramai yg undi sbb diorng xdak akaun gmail...hahahaha...ataupun mmg mls nk amik port kot..kui3

apapun, undian yg paling byk menunjukkan yg ramai x suka ak ni. lebih 50%..hehe. xpa, ak tau sebab musabab dia: jeles...kwang3...

ada juga yg jatuh hati pd pndgn pertama!! kwang3...

apapun d ucapkan terima kasih pada yg suda gatalkan tgn terbabit dlm poll ini. huhu....

p/s: ak x undi k....jgn ingt ak lak yg ngundi poll ak sndri...haha