Thursday, March 17, 2011

MeNunG maHaGaNGSa

Di sebuah kota yang penduduknya sibuk berjual beli, bunyi-bunyi pendekar-pendekar mengaji dan berguru jelas kedengaran...si gadis yang manis-manis mukanya membasuh baju di hilir sungai sambil menyanyi lagu-lagu rakyat lama..

Suasana yang nyaman dan tenang..begitu aman dirasakan, seperti seakan kota itu begitu hidup dengan suasana sedemikian..

Namun nun jauh di sudut kota itu, mundar-mandirnya seorang pemuda, nampaknya agak gelisah..gelagatnya pula ibarat orang yang berguru tak sudah.

Terngiang semula enam punama yang lalu, bagaimana perkara ini mula berlaku....

"Nah, surat kursus panggilan kejurulatihan dan kepengadilan sofbol." kata tok gurunya.

"Sofbol? Baiklah guru, hamba akan pergi." kata pemuda itu dengan nada yang ceria.

Harapan untuk mencuba permainan baharu menjadi. Jelas tergambar senyuman di muka pemuda itu, tatkala dipanggil bagi mewakili kotanya di dalam perkara tersebut.

Nah, bukan kepalang lagi gembira hatinya...

Maka pada waktu itu, pemuda itu mulai berguru untuk mempelajari teknik baharu permainan itu. Dilibas pemukul dan dibaling bola sofbol itu merata....malahan sanggup bertapa semalaman semata-mata untuk mendapatkan ilmu dalam permainan itu.

Hari demi hari, dipelajarinya ilmu teori perihal sofbol. Mula dirasakan sofbol itu amat cantik...malahan lebih cantik jika dibandingkan dengan Sari Menawan, gadis jelita gilaan pemuda di kotanya..

Sampai waktunya, pemuda itu diberikan ujian bagi menguji segala ilmu yang telah dipelajari...

Enam purnama pun berlalu....

Mahunya tidak melompat pemuda itu apabila sampainya surat yang mengatakan dia lulus!! Lulus cemerlang!!

Namun sedang elok jejarinya menyelak helaian seterusnya...

"Tuan hamba dikehendaki untuk membuat latihan praktikal di kota semangkuk laut."

Ahdoi.....si pemuda mulai berasa ragu. Maka dengan pantas dia menghantar burung merpati ke kota tersebut bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan latihan praktikal itu..

Elok sinar mentari pagi menyinari keesokannya, tahulah pemuda itu bahawa permainan sofbol akan diadakan dan dia akan dinobatkan untuk menjadi pengadil semasa perlawanan.

"Apa!!" (Sound effect...jeng jeng jeng...)

Masakan pemuda itu begitu arif tentang selok belok permainan ini. Terus pula dinobatkan untuk menjadi pengadil. Pada pemikiran pemuda itu, perkara ini agak tergesa-gesa dan itulah yang membuatkan si pemuda ini termundar-mandir ibarat manusia berguru tak sudah..

Sudahlah dahulu hanya bertemankan teori..masakan mungkin pemuda itu menjadi pengadil permainan...mahu sahaja nanti dihunus keris oleh pasukan-pasukan dari kota-kota yang bertanding...ish..

Tambahan pula ingatan tentang sofbol agak pudar kerana sudah enam purnama pemuda itu tidak mengamalkan ilmunya..haish...parah...parah...

Maka sehingga kini, buntulah pemuda itu.....

Apakah keputusan yang diambil pemuda itu?

Apakah kesudahan cerita pemuda itu?

Mungkinkah pemuda itu dan sofbol kembali bersatu?

Termenunglah pemuda itu...memikirkan perihal perkara ini...dan dari itulah terbitnya hikayat MENUNG MAHAGANGSA...

-Sekian. Haha...

Thursday, March 3, 2011

seMakiN mengHampiRi

Salam.

Permulaan tahun ini bukanlah sesuatu yang aku harapkan. Agak banyak perkara yang mulai merunsingkan aku. Dari aspek berkeluarga dan perjalanan hidup, memang banyak kali juga aku fikirkan.

Kadang-kadang tak larat nak fikir...heh. Apapun permulaan tahun ini benar-benar mengingatkan aku pada kematian.

Di awal tahun yang baru ini, aku telah kehilangan seorang pakcik yang telah pergi akibat kemalangan jalan raya. Ceritanya menyentuh hati-hati yang mendengar tatkala arwah kemalangan ketika pulang dari mengerjakan solat zuhur.

Arwah yang merupakan antara abang yang paling rapat dengan emak membuatkan emak merasa kekosongan yang teramat. Di benak ini jelas ku ingat bagaimana emak menitiskan air mata apabila menerima berita ini. Anak mana yang sanggup bersahaja bila memikirkan emak di sana sedang bermuram durja.

Alhamdulillah emak masih kuat. Sememangnya ketabahan itu mengagumkan aku. Emak menerima dengan redha takdir Ilahi..

Selang beberapa minggu dari itu, aku dikejutkan lagi dengan pemergian mengejut rakan kerja aku. Walaupun dirinya tidak aku kenali rapat, tapi lagaknya masih aku ingat. Dikatakan berpunca dari virus yang berada di dalam otak, arwah pergi menghembuskan nafas di rumah keluarganya.

Pemergian arwah membuatkan aku berfikir bahawa kematian itu datang tanpa lewat atau tercepat sesaat pun...

Yang terbaru, apabila salah seorang pelajar aku meninggal kerana kemalangan. Dikatakan di langgar kereta, arwah telah di hantar ke hospital dan koma.

Agak terkilan kerana di masa arwah sedang koma, aku telah pun berniat untuk pergi melawatnya bersama rakan-rakannya namun Allah lebih menyayangi...

Selang beberapa hari aku diberitahu arwah telah tiada...

Segar di ingatan aku bila mana arwah merupakan pelajar yang memerlukan perhatian lebih di dalam pelajarannya. Arwah merupakan seorang pelajar yang tidak banyak karenah. Agak sayu bila mengenangkan perkara ini...

Pembaca yang dikasihi,

Sesungguhnya kematian itu bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan. Setiap kematian mengingatkan kita tentang amal dan perilaku kita di muka bumi ini. Hala tuju semasa kita mencorak pegangan dosa dan pahala kita di akhirat kelak.

Bila pula masa kita? Allah sahaja yang tahu....

Al-fatihah...