Tuesday, January 18, 2011

MeLAmBak-LaMbaK

Salam buat pembaca semua.

Harap semua dalam mood yang tenang dan gembira. Hehe..

Sekarang ni kalau diikutkan semua boleh dikaitkan dengan naik. Contoh paling mudah, naik harga....bila dah naik harga maka pengguna naik berang...dan ini menaikkan lagi ketegangan setiap insan dalam menyelia penggunaan duit masing-masing. Hehe..

Dah puas dengan naik, kita beralih pula kepada perkataan tambah. Sedang sibuk kempen kurangkan gula, maka bertambah-tambah lah menu-menu baru di kedai...sekaligus menambahkan nafsu makan dari dua pinggan kepada tiga..hehe. Menyebabkan penambahan berat badan insan bernama...aku.

Ceh, apa ni cerita pasal perkataan naik dengan tambah. Hehe...selingan.

Sebenarnya entri kali ini aku nak bercerita sedikit tentang kerja. Baru masuk tahun baru, masih di peringkat awal bulan..kerja dah banyak menunggu. Beratur satu persatu nak check in masuk dalam planner aku. Heh..

Bulan dua ni aku akan bersama segerombolan manusia pergi ke sebuah pertandingan, maka selaku ahli yang dilantik almaklumlah sibuk sedikit. Jenuh dengan penyediaan itu dan ini.

Tapi nak dibandingkan dengan pertandingan yang aku kena handle sebelum ini, kali ini lebih menenangkan kerana pengurusan lebih teratur.

Sebut pasal kerja...memang diakui kerja banyak dan aku ada merasakan bagusla kerja banyak cuma janganlah sampai tak terbuat. Hurm..

Tak tahulah apa yang orang atas fikirkan tapi kadang-kadang tu kerja sampai redundant. Dan ada juga kerja yang diberi nampak tak masuk akal.

Rasanya benda ni semua pernah terjadi pada para pembaca kan.

Tapi itulah, kita ni di pihak bawah. Selagi termampu ikut la kan. Sebab kalau kita kata banyak pun, tak mustahil satu hari nanti kita di tempat mereka kita buat benda yang sama. Silap-silap lagi dahsyat. Hehehe..

So live life...it's your life, take it, grab it, full it. Shine it the way you want it to be. It's your point of view who steer your mood. Just make sure that the steering is always on the right path. Hehe..

p/s: Just my 2cents ya..

Sunday, January 9, 2011

sisipan 18

Sungguh aku risau tentang itu,
Benar-benar risau tidak menentu,
Boleh dikata semua serba celaru,
Lepas ku tahu akan dirimu..

Mungkin tidak selalu ku tunjuk,
Yang aku kisah bagai kemaruk,
Biasalah lelaki risau disorok,
Waktu tertentu baru dihantuk..

Marah mungkin kata sebenar,
Pada diri yang melewa-lewa,
Awalnya lagi sudah kau khabar,
Adanya ia kau kurang selesa..

Maafkan aku tidak berteman,
Maafkan lagi tidak mencuba,
Dapat andainya ku ulang zaman,
Ku akan selalu sentiasa ada..

Harapnya moga tiada lah apa,
Aku di sini berdoa semata,
Hendaknya engkau hebat di sana,
Mampu melakar senyuman semula...

Saturday, January 8, 2011

KeRja aDa...kEreTa??

Salam.

Its been a while.

Macam mana pembaca semua? Sihat-sihat belaka la hendaknya ya.

Hurm...sejak masuk alam pekerjaan ni aku makin jarang nak kemaskinikan blog enchem aku nih. Hehe.....almaklumlah..kerja tetap satu hal, dah tu aku ada juga cuba cari side income dengan meniaga. Alhamdulillah la setakat nih...tak kaya tapi tak papa. Hehehe...

Jadi siapa-siapa yang hendak buat bisnes dengan aku, jom la. Nanti entry lain aku cerita pasal bisnes aku nih.

Okeh, kerja dah agak lama...tapi kereta masih tak ada lagi. Bukan sengaja tak nak beli kereta....cuma aku nih tengah pening nak pilih. Huh...kalau ikut kehendak jiwa muda (ececehhhh..), memang kemampuan dari segi kewangan tu jauh la sangat. Haha..

Ini kriteria-kriteria kereta yang aku nak beli:

1. Boleh long distance selalu tanpa meragam.
2. Interior smart.
3. Servis tak tinggi dan mahal (aku insan biasa ja...haha)
4. Bonet luas....nak letak barang niaga.
5. Empat pintu.
6. Jenis Sedan.

Ha......lepas baca tu mesti ada pembaca yang terpikir forte atau inspira ek....haha...maaf banyak-banyak tapi tak mampu pokcik.

Jadi, berdasarkan pada tahap kecerewetan aku dalam memilih kereta ni...sesiapa ada cadangan?

I'm lost....bttzzzzzttt~